Translate

Rumah. Kunci punca hutang terbesar.

Hai.

Aku suka cerita mengenai rumah alias property sekarang ini. Hendak tahu rentetan cerita, boleh pergi ke G3 yang dekat atas sekali itu. Aku bukan daripada agensi jual beli rumah, atau hendak menjatuhkan meremehkan jual beli rumah or etc. Tetapi, aku bercerita tentang realiti hidup siapa-siapa yang beli rumah. Terutamanya pada sesiapa hendak beli rumah pertama mereka. Dia biasanya blur sana sini, lepas itu bila kena bayar nampak yang bertimpal-timpal-budget mula lari. sedikit rasa menyesal, tetapi sudah buat bayaran deposit semua. 

Reason biasa orang beli rumah adalah selepas kahwin, ada pasangan hendak duduk berdua dengan tujuan untuk kalian berdikari. Atau bila ada anak, perlu ruang lebih besar kadang-kadang. Bagus tetapi bila sebut kelayakan, semua orang boleh beli rumah. Tetapi bila sebut mengenai kemampuan, boleh main tarik tali. Aku punya tajuk tentang mampu atau layak dekat link sini. Bukan setakat si pembeli atau suami kena fikir semua ini, kalau ada partner yang join nama atau tidak...sama-sama fikirkan. Sebab ia pembelian yang terbesar dalam hidup. Faham? Kalau suami tiba-tiba sakit, atau hilang, atau kes cerai-siapa mahu sambung bayar? Jual rumah, heNdak tinggal mana selepas itu?

Faktanya, antara pembelanjaan or expenses yang utama dalam hidup adalah rumah, kereta atau pengangkutan dan makan minum. Aku ada cerita tentang ini di link ini. Dan rumah adalah hutang terbesar dalam hidup seseorang, sebab ia mengambil kira dalam ratusan ribu, dan dalam jangka masa yang panjang antara 20-35 tahun. Kudrat kita untuk membayar pada masa sekarang mungkin boleh tutup sebelah mata, tetapi apakah sama tenaganya bila umur sudah meningkat ke 40-50-60 tahun , dan masih perlu membayar hutang bank. 

Jadi, bila kita sebut mengenai aku mampu beli rumah! Maka, kamu akan lebih memelih bayar deposit 20-30%, tiada masalah. Bayaran naik sebab campur legal fees dan insurance rumah, benda sudah predict daripada awal, tiada masalah. Bayaran bank daripada 35 tahun hendak pendekkan ke 10-15 tahun, sebab apa? Sebab mampu, tiada masalah. Bayar masuk elektrik TNB, air, keperluan asas tiada masalah. Bayaran untuk kos renovation after beli, mungkin telan 40-100k tambahan, sebab mahu selesa dan tiada masalah. Bila pemikiran begini, kamu akan akan tetap sat cool, dan tidak perlu korek sana sini.

Kenapa aku cakap beli rumah bila mampu, sebab aku hendak elakkan siapa-siapa rasa menyesal kemudian hari. Beli rumah masa muda, bagus. Tapi kena bersedia untuk tengok orang travel sana sini, layan branded things, Iphone tetapi engkau makan Meggi bulan-bulan. Bila rumah masa 30-n ada stable, tetapi masih tahap mampu atau tidak itu yang penting. Beli rumah 40-an risiko semua tinggi. Ikut kira-kira sendiri, jika engkau mampu beli dengan financial stability-beli. Tetapi bila bulanan masih perlu ikat perut dan perlu pula tambah hutang rumah, baik sewa. 

Mana tahu rezeki, bila beli rumah lambat...tetapi mampu sebesarnya. Boleh bayar deposit 30-40%, buat ikat bank hanya 5-10 tahun. Tidak perlu pening fikir OPR naik atau apa. Rumah pula rumah baru untuk retirement, lagilah selesa ya amat. Lokasi cantik dekat dengan semua facilities. Mana lebih untung? Jawapannya, adalah diri sendiri. Fikirkan dan selamat membeli! 



Popular posts from this blog

Cara buat Pengekalan Nama / Retention of Name

ME: Example of resign letter/ Contoh surat berhenti kerja

Solat subuh tiga rakaat