Posts

Showing posts with the label beli rumah dan kos

Translate

Rumah. Kongsi pengalaman beli rumah.

Image
 Hai. Bersambung daripada Part 1 tajuk Rumah. Layak atau mampu?  Terus terang memang tujuan aku beli rumah ini sebab untuk tambah pendapatan. Aku masih stay oversea jadi beli rumah untuk duduk memang tidak berbaloi, jadi aku beli memang untuk disewakan. Jadi bila hendak sewa pada orang lain, benda pertama kena tahu adalah tidak wajib ya untuk rumah itu adalah rumah baru. Sayang betul kalau rumah baru, kenapa? Sebab satu mahal dan campur kos renovation semua dengan tambah maintanance semua. Lepas itu aklau dapat penyewa yang suka musnahkan harta benda awam. Pergh...Sure, menyesal. Jadi, aku tahu hendak sewa aku memang letak bajet bawah RM 300k.  Sebelum ini aku pernah mention yang location dan harga rumah kenalah berbaloi! Aku survey rumah dekat tiga empat tahun sebelum buat keputusan beli rumah aku sekarang. Beli rumah bukan macam beli ikan dekat pasar. Salah pilih boleh merana seumur hidup. Beli kereta lagi senang daripada beli rumah, okay. Macam contoh aku bajet RM 300k, aku mula-mul

Rumah. Layak atau mampu?

Image
Hai.  Hari ini aku hendak bercerita mengenai rumah. Bila buka topik , sebut rumah ramai persepsi diterima. Ada kata beli rumah masa muda, Ada kata sewa ajelah sampai tua. Ada pesan beli sekarang, Ada yang rumah kena lelong selepas beberapa bulan. Ada rumah siap tip top, Ada rumah banyak kena betulkan. Ada rumah tanah kontraktor lari, Jadi siapa betul, dan siapa salah? Siapa punya nasihat yang harus ikut!  Aku bukanlah kaki property, hendak sembang rumah lima enam puluh biji. Jauh lagi hendak kata rumah berjuta riban... Aku bukan hendak kata aku bagus. Tapi, ini adalah pendapat aku selepas beli rumah pertama tahun 2024 ini. Ini adalah cerita aku tentang bidang rumah-perumahan alias property investment. Ikut lah mana baik ambil pengajaran. Mana tidak betul atau contra, timbal balik. Bagi aku, rumah adalah hutang terbesar dalam hidup seseorang. Jadi, ini penting! Dekat Malaysia rumah condominium KL boleh dapat 350-500k, dengan gaji kau yang hanya RM 3-4k. Memanglah agent kata lepas, bank