Translate

Cerita di Gua Hirak

 Assaalamulaikum.

Sempena aku cuti empat hari kerja, yang jarang-jarang dapatnya. Maka digunakan dengan sehabis baik untuk cuci baju biasa, cuci cadar dan seragam kerja. Lepas itu, aku ganti tidur lapan jam sebab post-night dua hari. Dengan itu, aku cuci bilik air, dapur dan kemas mengemas almari baju. Susun mana boleh.

Hari kedua aku pergi beli barang dapur. Aku sempat belikan coklat kecik-kecik yang niat untuk bagi cleaner Indonesia tempat aku kerja itu. Aku tahu mesti dia suka. Aku beli mini version, sebab boleh makan banyak kali-praktikal bukan? Aku juga beli dua coklat premium version untuk head manager dengan satu senior atas aku, sebab satu bekas cantik itu baru 18 Riyal-not too bad. Sedekah kebaikan yang diperpanjangkan.

Malamnya tepat pukul 1200, aku dengan rakan sebilik kami pergi ke Haram naik bas. Lepak hotel Hilton Double Tree kawan sekejap dan pukul 0200 gerak ke Gua Hirak. Bayaran dia sepatutnya murah tapi kami pergi amlam jadi kena 50 Riyal. Sekarang sudah maju, ada pintu gerbang dan ada jual-jual aiskrim dan minyak wangi. Kedai-kedai tarikan pelancong. Kawan aku belanja aiskrim campur sambil jalan hendak ke trail Gua Hirak. Lepas itu, kau macam "Hurm, umat Nabi zaman sekarang. Dulu Nabi pergi Gua Hirak sebab hendak bersendirian, berfikir tentang Tuhan." Terus buang separuh aiskrim itu. 

Memang serius penat mendaki Gua Hirak, majunya sekarang hanya ada dua trail. Satu untuk laluan berpasir dan satu laluan bertangga. Jadi pilihan masing-masing. Tengok sejarahnya dipanggil, Gunung Hirak di Jabal Al Nour. Jadi, tahu lah perjalanan mendaki gunung macam mana. Pikir balik Nabi panjat gunung dengan berbatu berpasir pula itu. Alhamdulillah mendaki awal pagi-jadi ditemani angin sejuk. Bagaimana zaman Nabi, bagaimana Siti Khadijah membawa makanan untuk bekalan Nabi. MasyaAllah. 

Hendak masuk ke tempat penerimaan wahyu Nabi memang sempit-macam dikatakan tiada lalauan. Aku sampai terlajak laluan ke hujung gunung. Sebab memang tidak ada laluan macam gunung biasa, hebat Nabi perselidung dan dilindungi. Tempat itu patutnya dijaga dengan baik. Tapi... Nanti aku cerita dekat bahagian akhir perenggan. Aku duduk atas sana daripada pukul 0400 sampai pukul 0500 pagi, sebab hendak tengok matahari terbit. 

Ditemani lampu-lampu Kota Mekah dan pandangan Menara Haram. Juga menyaksikan azan Subuh berkumandang menggejutkan si lena daripada katil empuknya untuk menghadap si Pencipta Alam. Subhanallah-Cantik betul meyaksikan Kota Mekah terakam sinaran sedikit demi sedikit. Jalur langit kemerahan dan biru bercampur. Aku suka. Dekat atas sini, ada juga yang menjual air dan batu permata. Dan aksesori lainnya. Ada tiga meja dengan tiga penjual. 

Turun daripda Gua Hirak memang cepat, boleh tangakap banyak gambar juga. Melihat orang ramai lelah penat menaiki batuan tangga untuk sampai ke atas. Hanya doa menemani mereka, dan banyakkan selawat ke atas Nani. Ada melihat si ibu menggendong beban bag yang bertampal tampal penuh air dibelakang badan. Memikul pula si anak di bahagian depannya. Apakah daya si penjual begitu hebat tenaganya untuk mencari sesuap nasi buat keluarga di rumah. Aku hulurkan seikhlas yang mungkin, aku sedih. Moga Allah memudahkan urusan dia.

Apa aku hendak sentuh adalah di bahagian sudut tempat Nabi menerima wahyu-ada anak kucing yang kelaparan hanya berteman air dan biskut kering pemberian orang yang bersinggah dan berbau juga. Ada seekor anak kucing mungkin sudah mati berkedudukan seperti melutut dan aku risau padanya. Orang mungkin tidak perasan boleh memijak dia. Aku sungguh terkilan, dengan tanggapan orang pada tempat ini. Patutnya diterapikan dengan baik. 

Itu belum penuh botol-botol minuman yang bersepah-mencerminkan keperibadian seorang Muslim-walau disediakan tong sampah. Daripada atas gung tengok bawah-semua sudut ada sampah. Aku masa itu, macam hendak ambil kutip semua masuk dalam tong sampah hitam bawak balik turun bawah. Aku geram. Ap salahnya botol minuman itu yang dibawa, di masukkan kedalam bag balik. Dan dibuang dibawah. Kalau malas, buanga sahaja di tong sampah yang disediakan.

Aku melihat para pemuda yang sihat memegang penggaru sampah, tiada smpah yang terlihat terkumpul. Hanya menggejar orang untuk balasan ayat sedekah. Apakah itu wahai situasi? Aku hanya menggeleng kepala. Berbagai pengagajaran aku ambil daripada perjalan naik dan turun Gua Hirak. Sunnguh aku terkesima pada tenaga Nabi Muhammad dan para sahabatnya untuk menyebarkan Islam. Allahu Akbar!

Comments

Popular posts from this blog

Cara buat Pengekalan Nama / Retention of Name

ME: Example of resign letter/ Contoh surat berhenti kerja

Solat subuh tiga rakaat