Bila cerita mengenai duit
Hai,
Aku tahu isu duit ini sangat sensitif untuk diperbincangkan, tapi itu dulu dan bagi aku sekarang manusia sudah terbuka mata untuk bercerita tentang topik ini. Isu yang terpalit dengan kehidupan sekarang dan masa hadapan. Kalau tidak mahu tahu, boleh berhenti baca. Tetapi kalau mahu tahu lebih, boleh sambung baca. Mungkin kematangan membawa kita untuk tahu ini semua.
Bagi aku subjek matematik bagus untuk pendedahan bahagian kewangan. Dididik daripda awal pembelajaran, dan supaya di lentur daripada kecil. Kalau yang masih belajar, mungkin susah untuk menyimpan, tapi kalau sudah bekerja... ada juga yang langsung tiada simpanan! Apatah lagi yang ada anak isteri untuk kena tanggung. Lagilah, tutup mata sambil berjalan atas duri. Bila masa kecemasan, baru hendak buka mata dan cari tabung.
Jadi, untuk itu... rajin-rajinlah mengambil tahu tentang kewangan anda. Bukan hendak membuka riak cakap mengenai duit beribu berjuta di bank. Dan tidak juga memalukan si miskin yang berjumlah sesen dua, tapi untuk mengambil pembelajaran dan ilmu tentang kewangan. Bila kita dipengaruhi ilmu yang betul, salah silah cara menyimpan atau membuat duit. Kta jadi semangat dan berusaha untuk mengubah taraf hidup kita sendiri. Janganlah bila ibu bapa miskin, kita sambung riwayat kais pagi amkan pagi untuk cucu cicit kita juga. Ubah, perubahan datang daripada diri sendiri.
Ada banyak cara untuk menambah pendapatan. Dari sekecil jual donut atau air tepi jalan ke bekerja sambilan di kedai kopi atau menabung di ASB dengan pulangan 4-5% atau membuat investasi di saham. Jadi, rexeki itu ada di mana-mana, untuk buka mulut dan mengerah tenaga. Bukan salah siapa kita tidak mempunyai duit, emak ayah sudah lepas masa dan tenaga mereka. Kini, masa kita untuk bersinar ataupun sambung malap. Fikirkan.
Dan, bila sudah ada kenaikan gaji atau mendapat pulangan modal. Janganlah menambah atau mengubah sisi lifestyle yang pelik-pelik. Bila dapat duit, pergi makan hotel lima bintang. Habiskan dengan belanja tas tangan baru atau kereta baru. Gunakan duit itu untuk menambah kewangan lagi. Menyimpan untuk masa depan atau berinvestivasi kan ia. Jadi banyak.
Seperkara lagi adalah bercerita mengenai tabung kecemasan. Silalah wujud tabung kecemasan walau hanya tiga bulan untuk si bujang atau si yang dan berkahwin. Duit ini sangat penting sebab mungkin kesihatan atau kena berhenti kerja atau sebab lain. Jadi kita ada duit standby! Jadi tengah pening hendak cari kerjaan baru, ada simpanan yang mampu tanggung untuk biayai bulanan. Bukan masa itulah baru hendak pinjam kawan atau Ah long. Parah.
Banyak yang aku boleh ulah untuk duit ini, aku bukan professional finanacial advisor tapi untuk topik kewangan-boleh cari di inernet atau You Tube. Banyak sudah orang bercerita mengenai kewangan baik mahupun di Malaysia atau daripada tips luar negara. Silalah ambil amsa 30 minute atau sejam untuk baiki kewangan kita demi masa depan! Ok.
Comments
Post a Comment
-please share your thoughts here, dude