Translate

Belajar daripada pengalaman hidup

Hai, 
Aku ada terbaca suatu papran daripada media sosial tentang perlakuan yang bagi aku tidak bagus untuk dicontohi atau di pamerkan secara awam. Mungkin aku terbawa sifat matang diikat dengan umur yang masuk 30' series. Tapi bagi aku ianya tetap tidak bagus, lagi-lagi jika terlihat oleh anak-anak kecil yang lalu lalang atau buruknya membesar dan si pelaku adalh si ayah atau ibu atau saudara dekat atau jiran tetangga. 

Ap ayang aku hendak cakap adalah berkaitan sikap bercakap besar-sikap bermegah-megah, sikap saling menyalahkan-sikap mudah marah. Orang-orang ini perlu dapatkan rawatan segera, dan ia tidak hanya memberi kesan buruk pada diri sendiri tapi orang sekeliling. Aku yang tiada kaitan sangat terasa auranya, apa lagi yang itu pasangannya, itulah emak ayah nya, itulah adik kakaknya, itulah saudara kandungnya. Pasti hidup tercalit sama.

Sebab itu, perlihatlah cara keluarga atau kawan dan orang sekelilingnya bergaul. Itu mencerminkan sifat si pelaku seterusnya. "How successful you are influence by people surrounding you''. Even jika kau berkawan dengan si tukang sapu yang berperangai baik hati-kau akan berasa rendah diri walau kau mendongak ke langit atas. Itu berlaku hanya jika engkau mengambir ikhtibar hidup. Sebab itu, belajarlah daripda kehiduan bukan menyalahkan takdir Tuhan.

Orang yang suka menyalahkan, ia tidak akan berjaya. Ia menyalahkan semua, tapi tidak diri sendiri adalah paling bahaya. Dia bukan hebat malah menunjukkan kebodohan berpanjangan. Orang bukan terasa dengan dia, orang mentertawakan sikap si pelaku itu sendiri. Mungkin engkau rasa gah, rasa bangga, rasa puas. Tapi engkau tidak tahu bahawa engaku membuka pekung sendiri. Tertipu pada keyakinan yang tiada kesannya. 



Life is a great teacher! 
Maybe it is not about your life, then how about learnt from someone else life. Cool!

Popular posts from this blog

Cara buat Pengekalan Nama / Retention of Name

ME: Example of resign letter/ Contoh surat berhenti kerja

Solat subuh tiga rakaat