Translate

Hidup atas masalah orang lain

Assalamualaikum
Hurm, aku tengah pikir ni-makin lama kita kenal orang (maksud aku orang ramai), makin banyak masalah kita kena ambil tahu. Contoh bila kita kenal si A, kita kekadang kenal family dia, pastu hal adik beradik di, kekawan dia. Next dari situ kita kenal si B, hal dunia, hal politik, hal ekonomi… then kena amik tahu hal luar Negara. Hohohoh… (santa kelaus lalu). Bertali-tali pastu pula, kenal la si C, si D, si E,…. Dan terjadilah rumpun masyarakat.


Bila sebut pasal masyarakat… banyak benda boleh komen. Jujur lah kan.. aku sampai sekarang, tak tahu pun nama-nama kebanyakan kedai kat area kampong aku tu. Yang aku tahu, apa barang basah yang mak aku pesan-ada dan bayo kat kaunter… bila dah jadi hak milik, balik rumah tengok Tv. Layan program masakan Lima rencah lima rasa! Point penting, chef dia boleh tahan. I like.

So, aku memang tak bercampur la kan. Obviously. Bila kawan aku dok sodap cerita pot-pet pasal si Pulan bin Pulan… aku? Aha, iyerr.. ohhh (gaya cam kenal), tapi bila dah abis citer- aku pun tanya la… rupa dia camner ek? Dia anak saper? rumah dia kat aner yer??? * Seb bek tak kena lempang dengan kawan aku. Trang-trang-tarang….

Benda yang aku ingat… jejiran blok aku sdn. bhd sahaja. Nama diorang dan anak-anak diorang sahaja yang cukup untuk satu gig memori. Dan bila tang sebut anak cucu cicit dia, aku geleng kepala. Jangan tanya lelebih leh tak?

Sebabnya…
-tak sempat nak beramah mesra atas kekangan masa, alasan terbaik. (bila kita terlebih peramah, kang ti kata aku buang tebiat).
-coz kebanyakan bebudak sini poyos, apa barang lalu depan rumah aku dua tiga kali… (not cool OK), kang aku bina tol tak berdaftar baru hang rasa.
-diorang rasa aku ni cam tak wujud, so aku pun invisible kan diri sendiri (lebih selesa layan cik Ziqa dengan Apiz)
-malas keluar rumah, tapi rajin keluar gi bandar JB… ahaks!

Aku tahu la apa yang orang lain pikir pasal aku…. Tapi, ada aku kisah? Sempoi! Cara hidup aku senang jer, kau suka-kau punya pasal, tapi kalau tak suka… jangan jadi bodoh la kan. Coz aku takkan amik tahu… sila rujuk ayat aku di awal perenggan ini.

Aku boleh jadi pendengar setia-aku tak suka siram minyak atas kemarahan orang. Bagi aku, kebanyakan orang akan pikir bahawa lagi korang luahkan lagi better korang rasa. Sebab tu, aku tak kisah dan takkan ada perasaan nak tikam belakang. Korang nak curhat hari-hari pasal itu ini… aku dengar. No hal, anytime.  Dari dulu sampai sekarang, pegang tittle pendengar yang baik seantero dunia. Choi, berlagak! … Seriously! Itu masalah korang, aku takkan hidup atas masalah orang lain. Full stop.

Satu jek- if aku leh tolong, aku tolong. Tapi…

Tak yah nak canang cerita keburukan orang (ni aku paling pantang). Aku dapat rasa ‘aura ini’ kalau kau ni tengah curhat atau ajak bergossip. And then aku akan be aware you’re antara orang akan tikam belakang. So,bila bab cakap si pulan bin pulan gaya gini… aku akan balas dengan ayat lebih positip (first step)-bior diorang ni terdiam sikit. Tapi bila diaorang makin pedas… aku susah nak padam apinya. Silap-silap boleh membakar diri. So, aku chow dulu. Kalau korang perasan la. Aku akan bebuat bz dan tada…

Nasihat terbaik: buat apa korang hidup atas masalah orang lain? If masalah sendiri pun tak selesai. Diorang tak kacau pun kau nak menghirup oksigen. Jangan jadi minah ronggeng la sibok-sibok tahu semua cerita pastu beria dengar macam korang prihatin. Lastly, gi jaja cerita keburukan orang-ni nak kena toing dengan aku kang.

No tikam belakang. Mostly best ever is beritahu mereka akan jalan penyelesaiannya. Maka, sampai akhirat diorang akan ingat budi baik kau. Ingat tu.


Mekasih (sambil buat muka garang).

Comments

Popular posts from this blog

Cara buat Pengekalan Nama / Retention of Name

ME: Example of resign letter/ Contoh surat berhenti kerja

Solat subuh tiga rakaat