Translate

Cerita raya 2013 (bab satu)

Assalamualaikum.

Hari Isnin lepas, aku dah start kehja. Not in mood! Ramai lagi yang tak balik… tapi, di sebabkan aku antara manusia se-Islam yang balik paling awal-dengan baik hati, kue raya aku supply la gak. Dodol, serunding, almond paris (bukan London), tart nenas, bahulu… dan kue deram. *aku panggil kue deram la-even ada yang cakap kue telinga keling? … Obviously korang memang racist giler. Huh, penat gak la usung semua tu daripada Johor ke Kolumpo. Jem tak payah cerita la-tersangat menggoyahkan mulut daripada mencaci setiap kereta yang lalu lalang, coz aku dok dalam bus di tepi tingkap (muka sememeh baru bangun tidur). Orang yang tengok pun mungkin pandang dua tiga kali-zombi kampong UFO mana sesat plak?

Back to asal, aku memang der banyak cerita nak update masa raya ari tu… naper tak update tima raya? Mano den ada maso nak jadi typewriter maser semua orang dok sibok anyam ketupat dan belah ayam semua. Batteri phone sampai mati, den buat dak kesah jek. Apa boleh kata. Jadi kiranya tak salah if muka akulah yang post bertepek dua tiga ari ni, mintak map la yer. Firstly, korang kena baca ini dulu untuk intro… Buku yang patut (kaum wanita) miliki. *ganer pengalaman aku yang tersalah tunggu dibalai berlepas dan buku best in list.

3HB AUGUST
Aku sampai sabtu malam dalam area kol 7.15 petang dan nek bus seterusnya ke kampong halaman. Hari itu gak aku berbuka dengan sepatah biskut kering Munchy’s (biskut yang di patahkan dan di masukkan balik dalam beg) tanpa air. Sebab segan dengan Mak cik sebelah yang boleh pulak telan nugget ball dan air tebu ais… aku diam jek la sambil peluk beg hijao beso tu kuat-kuat, nafsu tu semua. Sampai Kota Tinggi-abang, adik lelaki dan abang ipar sedia menjemput aku. Nak gi shopping raya katanya. Tanpa berlengah, aku campak beg kat boot belakang dan terus ke McD berdekatan. Asid terlebih rasa nak pecah perut dah ni. McChicken ngan air Milo… ada aku kesah?

*mekasih kat pekerja Hoover yang sporting layan kitaorang yang banyak karenah ni. Rupanya lelaki ni-pilih kasut lebih difficult lagi beli underwear! Huauauuahhuuaa...
Pastu, gi Gedung Kota Tinggi…  diorang beli baju Melayu, jeans, T-shirt , underwear dan kasut. Aku soh adik aku beli kasut sukan Nike *kat Hoover nun. Kebaikan korang beli kasut raya versi kasut sukan adalah boleh digunakan di mana jua dan menang memakai.  Hurmmm, first time gak  meleretkan kad kredit aku… huhu, ikhlas, ikhlas belanja orang… siap semua, aku sampai rumah dalam kol 11.00 malam. Semua orang dah tidor ka? Tak boleh jadik ni.

Malam tu, kerja aku kacau cik Ziqa dan Apiz… tapi diorang cuma bukak mata dan pejam balik dan buat muka cam nak nangis, kakak aku dah buat muka garang… ceh, diorang tak bangun plak. Hurmm, aku tak putus asa. Kacau pulak kakak dan adik perempuan aku yang dok tersadai tidur atas katil. *Hehhehe, devil mind. Tapi, tetiba plak kakak aku buat ayat seposen:
“Bah, esok-esok la cerita. Kami tengah tidur ni, sok kena bangun sahur.” Hahhahha…
Ader aku kisah? Luckily, yang sedor cuma adik pompuan aku… hahhaha, mission possible. Ader gak yang boleh diajak berbual.

4HB AUGUST
Sahur ngan family. Pastu layan cik Apiz yang turut nak sahur sama. Hang nak pose gak ka Apiz oi? Mission menggeluarkan segala baju kotor untuk di basuh amatlah menggujakan. Kakakka… habit-habitat-yang-tak-boleh-diubah.

Kol 10 pagi, gi jejalan dengan family member yang ada (cik Jima, cik Ziqa, Apiz, mak dan ayah, cik Tira). Gi la pasaraya Kini… berbelanja tok ayah (baju kemeja dan seluar-coz baju melayu dia mesti cap homemade mak aku). Rupanya cerewet giler ai ayah aku ni… Perangai sama macam cik jima! Telek baju seluar semua cam ader auto scan kat mata. Ni kualiti tak bagus, nipis, tak selesa,…blah blah dan blah…

Siap semua, kami dan mak gi pasar basah…plan lauk berbuka: nasi ayam. Alkisahnya, gila murah tersangat! Beli salad, mee kuning, lada, lengkuas, serai cuma RM 3. Aku tak tahu pulak kalau abang (bukan pak cik coz dia nampak muda sangat) yang jual tu malu-malu ayam dengan kami semua. Huhui. Cer kenyit mata sikit, konpom beli satu free satu. Hahahha… Takper, janji mesti ditepati untuk next time berbelanja kat cik abang tu lagi.

Petangnya, cik maya sampai *orang Batu Dipahat dah mai dah. Dengan segala kue raya dan barang-barang berperang  untuk buat kue raya. Jeng, jeng, jeng… Berbuka reramai memang seronok! Dan, aku masak OK hari itu… nasi ayam Hainan. Bolehlah, just masin sikit (puasa kan).  Malamnya, kitaorang menggadakan aktiviti menelek baju raya setiap sorang. Baju aku adalah yang paling dan tersangat simple sekali. Tak do ni, klabuci lace bagai… homemade mak aku buat lagi. *Terasa hangat seperti pelukan dakapan ibu. Choi, ayat tak boleh blah. Tapi, seriously… baju paling best-adalah baju mak aku wat. Designer mana pun kalah la. Mesti kembang kempis hidung mak aku bila baca statement ni. Kuang-kuang-kuang.

Pastu layan la Apiz dan kakaknya, cik Ziqa. Si Apiz yang suka dok dalam walker, dan suka masukkan ibu jari dalam mulut. Geram jek aku tengok. Tapi dia jenis tak banyak bunyik, so senang hati la jaga. Kakak dia, cik Ziqa ni mulut dia-pot pet pot pet jek… even dia cakap, atok dia pot pet (ayah aku)… tapi aku rasa, dia lagi pot pet mengalahkan minachi. Dan aku baru tau rahsia muka comel dan awet muda cik Ziqa… guess what? Banyak gila dia kumpul bedak powder dalam bakul basikal merah dia. Bila tak de keja dia tepek tu semua kat muka dia-hang beso nanti, jerawat den tak tahu. Hahhha… pastu kena marah dengan mak aku (nenek dia), licin lantai-bahaya! Bila kena marah, mula la wat muka seedy. And one more thing, dia siap boleh wat trademark Upin Ipin lagi:

“Jari-jemari Salleh… bahagian dua.” Sambil tangannya meliuk-liuk cam orang menari zapin Kadazan. Good job, good job!

Comments

Popular posts from this blog

Cara buat Pengekalan Nama / Retention of Name

ME: Example of resign letter/ Contoh surat berhenti kerja

Solat subuh tiga rakaat