Aku tak pandai bancuh air?!
Assalamualaikum.
Pada lapan hari sebelum raya, nampak ke-jelasannya akan kekurangan
terbesar aku. *tertunduk tengok lantai. Bila mana kawan serumah aku, suruh bancuh air
untuk berbuka. Hurmmmm, disebab diorang dah masak… so turn aku la yang kena
bancuh air. Gila! Kalau aku tahu, aku mintak time off kat bos nak balik awal. And
air TEH?! Apa. Aku terdiam, ada ke air nama gitu? Air the O aku tahu la. Tapi,
aku rasa… aku pernah minum… Jap aku pikir dulu. Warna dia cam milky, diorang
campur susu tepung ker susu manis ker letak cokelat putih?
Pening-pening… Peh, lagi mencabar minda daripada buat sekawah nasi
ayam! Senang cerita, apa kata kita semua minum air putih jek la! Kan tak baik
minum manis-manis ni (ayat selamat). *coz aku tak geti buat air tu la, wahai
manusia berbulu. Lastly, ada sorang kakak tolong aku (kawan dunia akhirat). Dia
cakap, takper…
“Teruih terang”. *malu.
“Bukan apa kak, kalau suh buat air teh O, air sirap, sirap limau, milo…
saya geti ar.”
Lagi-lagi if di tembaknya, suruh aku wat air kopi… Nescafe… ice shake…
memang seriously out! So, kalau korang jenis gila kopi-kita ni memang takder
jodoh, coz dalam hidup aku no caffeine berlebihan-tapi aku minum teh O (the one
and only). That’s why, everyday aku lebih prefer minum air putih/ milk.
Hahhaha… aku harap benda ini tak membuatkan nama aku kena black list dengan
mak-mak mertua di luar sana. Choi!
Agak-agak kalau akulah kerja bahagian pembuat air, mahu bankrupt C
café/ restorent tersebut. So, sila berikan respect tabik hormat kat sesiapa
yang pegang title ‘pembancuh air’, korang memang superb awesome!. Gila-gila
mencabar punya job. Aku lebih rela cuci bangunan KLCC daripada buat itu. And
korang tak nak ajar aku ker??? *muka tutup dengan helmet.
Comments
Post a Comment
-please share your thoughts here, dude