Hal Kahwin: Adakah jodoh itu akan datang dengan sendirinya? (satu)
*Petikan daripada buku Dosa-dosa
wanita yang dianggap lazim, muka surat 357
DOSA WANITA MENGENAI PERKAHWINAN
DAN INTERAKSI DENGAN SUAMI
Menangguhkan perkahwinan
dengan alasan pendidikan, usia masih muda atau yang lain.
Diantara kesalahan besar yang sering dilakukan oleh para wanita adalah
menolak pinangan dengan alasan menamatkan pendidikan. Kadangkala, dia dipinang
oleh pemuda yang taat beragama, namun dia lebih mendahulukan pendidikannya.
Keadaan seperti ini terus berterusan sehingga sampai pada fasa perawan tua.
Pada masa itulah dia mahukan lelaki yang masih muda. Dia menyesal semasa dia
mendengar seorang budak kecil memanggil ibunya, “Ummi…”
Berikut kami sampaikan sebuah
kisah agar anda dapat mengetahui nilai sebuah kehidupan berkeluarga bagi
golongan wanita. Salah seorang wanita berkata dengan penuh penyesalan, “Pada
masa aku berumur 15 tahun, ramai lelaki yang datang padaku dari berbagai tempat
untuk meminang. Aku menolak mereka dengan alasan aku ingin menjadi seorang
doktor. Akhirnya, aku pun masuk ke sebuah universiti dan menolak berkahwin
dengan alasan aku ingin dapat menggenakan jubah putih (sebuah gambaran seorang
doktor). Sehinggalah aku berusia tiga puluh tahun. Pada masa itulah, ramai
lelaki melamarku, namun mereka adalah orang yang telah beristeri. Maka, aku pun
menolaknya. Setelah mengalami susah payah dan sukar tidur, aku berkata pada
diriku sendiri, ‘Bagaimana mungkin aku berkahwin dengan seorang lelaki yang
telah beristeri? Aku memiliki harta, nasab dan ijazah tinggi, lantas bagaimana
mungkin aku berkahwin dengan seseorang yang telah berkahwin?”
Subhanallah, wanita yang malang ini lupa bahawa usia tiga puluh tahun
itu tidak diminati oleh para pemuda lantaran banyak faktor. Oleh kerana itu,
dia berfikir untuk menerima lamaran lelaki yang telah berkahwin dan meluahkan
akta-kata tersebut. Akhirnya, sesudah sampai pada usia empat puluh tahun,
wanita itu berkata, “Berikanlah kepadaku lelaki separuh umur.”
Dr. Nasir Al-Umar Hafizahullah telah menceritakan kepada kami,
sebagaimana yang tertera dalam risalah As-Sa’adah Bainal Wahm wal Haqiqah,
mengenai seorang perawan tua yang bekerja sebagai doktor, di mana dia
menjerit-jerit sambil mengatakan, “Ambillah ijazahku dan berilah aku seorang
suami.” Dia mengatakannya pada pukul tujuh pagi pada setiap hari.
Wanita tadi berkata, “Suatu masa yang menjadikan diriku gusar dan
membuatkan air mataku menitis. Mengapa? Aku duduk di belakang pemandu dalam
perjalanan tempat kerjaku. Atau lebih tepatnya kuburku atau penjaraku. Aku
mendapati para wanita beserta anak-anak mereka yang sedang memerhatiku dan
memandang baju putihku, seakan-akan ia adalah kain sutera Iran, padahal menurut
pandanganku ia adalah pakaian berkabungku. Aku masuk ke ruang tempat kerjaku
sambil meletakkan stetoskopku yang seakan-akan ia adalah tali gantung yang
melilit di sekitar leherku. Dan sekarang, lilitan ketiga itu telah sedia untuk
disempurnakan lilitannya di sekitar leherku. Sikap pemisis membayangi diriku
pada masa akan datang.” Lantas, dia menjerit, “Ambillah ijazahku, jubahku,
seluruh buku rujukanku dan harta kekayaanku. Katakan padaku panggilan, ‘Mama!”
Kemudian, dia membaca bait syair berikut:
Aku telah berharap dipanggil sebagai
‘doktor’
Dan itu telah terlaksana, namun aku tidak
memperolehi apa pun dari panggilan itu
Katakanlah kepada kaum wanita yang
(hanya) melihat kepada kemasyhurannya
Hari ini dia berada di tengah-tengah
manusia sedang menyesali dirinya
Seluruh angan-angan sebahagian budak
kecil dia kumpulkan
Namun, mungkinkah dia membelinya dengan
hartanya.
p/s: bersambung sini (bab dua)… untuk cerita dari sudut pandangan aku.
Comments
Post a Comment
-please share your thoughts here, dude