Saat kita bersama: I missed you!
Assalamualaikum.
(Pix-gambar raya tahun 2009/2010)
“…I could stay awake, just to hear your breathing…
Watch your smile, while you are sleeping,
While you're far away dreaming
…I could spend my life, in this sweet surrender,
I could steel this moment,
Forever…
Where every moment spends with you
Is moment I treasure…”
‘R.I.N.D.U—G.I.L.A’
Kalau kita dok jauh daripada family memang amat mencabar bagi yang
perhubungan seerat ini. Seb baik aku tak dok seberang benua, kalau tak! Kalau
tak! Kalau tak menangis, aku meraung. Huhuhuu, dok kat Malaysia pun dah rindu
bagai-gane tu.
Kitaorang beradik (lapan orang), memang ginilah. Balik kampong jek
kecoh satu rumah, sampai jiran sebelah pun ade jenguk-jenguk sekali untuk tahu
apa yang meriah sangat. Diorang cakap: kalau ada gelak tawa, gelak sampai
mengalir air mata-ada la tu sorang dua yang balik. Kalau bagai nak pecah satu
rumah, mesti semua balik la tuh. Ada ke patut. Tapi, itulah reality-nyer. Seb
bek sekarang rumahnya dah versi batu, so boleh tahan kalis gelak.
Kuangkuangkuang…
Hurm, happy jek kan kalau jumpa. Banyak benda di kongsi, update gossip
dan cerita terbaru. Even selalu/ hari-hari buat calling, SMS, video call--we
chat, line, whatsapp, kakao talk--takkan sama, bila jumpa face to face. Really!
Tak tipu.
Then, yang tak boleh blah adalah bila ceritakan balik pasal zaman
kanak-kanak:
-siapa yang pijak kucing sampai kucing tu jadi arwah. (sebab tu rumah
aku takde kucing sampai la ni)
-siapa yang pembawak basikal sampai ada ibu jari kaki tersepit. (sampai
bawak klinik)
-siapa yang degil terlebih sampai ponteng gi ngaji. (coz nak tengok
cerita P.Ramlee)
-siapa yang ajak guna papan skaeteboard turun bukit sampai tergilis
dahi aku. (seb bek tak berparut)
-siapa yang baling baling underwear sampai kena marah mak ayah.
(bengong)
-siapa yang duduk besor sangat sampai tertinggal sorang kat belakang
masa naik motor. (aku ingat lagi)
-siapa yang takut nak raya sampai terberak kat longkang. (siap-siapa)
-siapa yang suap anak orang minum soft drink sampai tersedu budak tu.
(terjal tak bersebab)
-siapa yang selalu panjat pokok jambu dan buat cam rumah sendiri. (siap
cop setiap cabang dahan lagi)
-siapa yang bising bila raya dapat dua poloh sen jek sampai dengar dek
tuan rumah. (kahkahkah)
-siapa yang takut main pantai sampai poket seluar penuh pasir pantai.
(ahaks! Ngaku cepat)
-siapa yang patahkan pintu peti ais bahagian freezer dan takut sampai
nak lari rumah. (tak matang)
-siapa yang selalu pergi ikut lelaki pergi mancing ikan belakang rumah
sampai kena marah mak. (lalalla)
-siapa yang pernah sorok duit poket orang lain sampai sekarang tak
ngaku (yok-oh)
-siapa yang selalu ‘press/dry’ baju sampai kalau job tu ada orang dah
amik, dia takkan wat kerja rumah.
-siapa yang tukar duit dua hinggit dengan duit dua poloh sen sampai
kena tuntut hutang. (choiii)
Siapa-siap-siap-siapa???
Kahakhkah… inilah segelintir story yang pernah berlaku dalam family
kami masa bebudak dulu. Bila semua dah besar, dan sekarang ada yang kerja dan
belajar jauh-jauh… Sebab tu susah kitaorang semua nak kumpul cam dulu. Bila
yang dah kahwin, lagilah terikat dengan family sendirik. Hanya time raya la
selalunya kami dapat membawa erti se-family. Missed you all so much!
One more thing benda menarik yang nak di kongsi adalah saiz badan dan
ketinggian kami semua lebih kurang sama jek. Daripa mak, kakak, aku dan adik
(untuk kaum wanita jek la). So, kami akan bertukar-tukar baju raya, t-shirt,
seluar sesame sendiri. Jimat kan! Variety baju pun boleh pilih mana berkenan.
Ni la keunikan-nya.
Kekadang untuk hal pakwe/makwe pulak-mak ayah tak tahu, secret sesame
sendiri (adik beradik). Bila dah serious, baru nak kecoh kat parents. Hahaha,
siapa yang tragis buat semua ini. Aku tak de special lagi. So, tak termasuk
list.
Anak sedara setakat ini, empat orang: Ziqa, Alia, Haris dan Hafiz (dua
perempuan, dua lelaki)… ni lagilah aku rindu kat mereka semua. Dah besor gak
memasing. Ni gak la pengubat rindu mak ayah (atok and nenek mereka). Yek la,
anak-anak dia kekadang segan gak nak manja-manja cam dulu, so cucu la pengganti
terbaik.
Last word: Tunggu aku balik time Raya nanti yek! Cannot wait.
Assalamualaikum.
Best kan bila ada banyak adik-beradik. Buat bising sama-sama.
ReplyDeletehahaha... if dulu zaman budak-budak, kena marh. bila dah besar, kalo tak buat bising-no sense.
Delete