Translate

beg plastic VS beg kulit.


Assalamualaikum.

Beg oh beg…
Hei, memang tak dapat di nafikanlah bahawa mungkin aku antara 1:100 manusia yang paling sempoi sedunia. Why? Semuanya hanya kerana beg. Op kos, beg dengan pompuan memang bagaikan air dengan tebing… tapi TIDAK bagi prinsip aku. Aku tak kesah pun kalau nak pakai ke dak. Dan aku actually lebih suka pakai beg belakang daripada handbag biasa. Nanti aku nak lari-lari or jalan-jalan senang coz aku memang tak suka ada benda kat tangan. Karang hilang: aku ingat kat sini tapi aku letak mana ntah. Dan biasanya untuk duit-phone semua aku sumbat  masuk poket. Amacam?

Dulu waktu kat kolej-aku everyday pakai, tapi sejak bekerja… hampeh. Oh yes… sejak dua menjak ni, ke-sempoi-an aku makin bertambah… malas sebenarnya. Korang tau kan aku merempit gi kerja. So pakai handbag silang tepi memang amat membahayakan. Dan oleh sebab aku punya beg belakang gaya orang nak gi trekking, maka aku dengan rela hati just guna beg plastic! Aku pun sumbat la id, buku garis satu, pen, charger… semualah. Buat apa nak lawa-lawa, beg masuk laci gak nanti. Keselamatan pun terjamin… mungkin ke-selamba-an-badak aku menyelamatkan semuanya. Ahaks!

Orait…
Alkisahnya, masa aku tengah nek train daripada kelas untuk balik ke rumah… aku baru perasan bahawasanya lelaki sekarang lebih mendahului aku 201%. Jeng-jeng-jeng…



Pheewit! Beg pun brand kulit… aku pakai plastic jek. Tu pun versi selonggok seringgit. Warna dan corak pun tak semnggah mana…  Mesti dia ingat, ‘apa ke selekehnya la budak ni. Ini KL you know’. Sedikit rasa malu gak la time tu, dah la siap berdiri depan aku sambil men handset. Tapi just sikit jek ke-maluan-nya coz selebihnya like what I care? Aku tak susahkan kau dan kau pun tak susahkan aku… mak ayah aku pun tak komen pa per. Janji rock wuu’uu!

p/s-aku may be pertimbangkan untuk beli beg belakang baru selepas apa yang berlaku. Next year punyer planning. Hahahha… 

Comments

Popular posts from this blog

Cara buat Pengekalan Nama / Retention of Name

ME: Example of resign letter/ Contoh surat berhenti kerja

Solat subuh tiga rakaat