Dessert: Cendol Bujang.
Assalamualaikum.
Hallo ha! Sekarang ni cuaca tak menentu… jap panas betol, kejap hujan
lebat-selebatnya. Then, kaadang-kadang malam tu sampai berpeluh-peluh tidur-macam
mimpi di kejar Xena(gempak Starz). Aku pun tak tau kenapa dia kejor aku, mesti
dia jeles la tu…. Aku kan lawa. Kahkahakah. Ingat nak jimat bil elektrik bulan
ni… tapi, dek kerana panahan matahari yang (*^%&%) maka kipas telah menjadi
watak utama. Apa boleh buat. Lumrah kehidupan…
Cut.
Masa lepas dinner hari itu dan sedang kitaorang chit chat pasal hal
dunia… ada kawan aku siap offer nak buat cendol. Kitaorang pun, rezeki jangan
di tolak dan musuh jangan di carik. Nama cendolnya pun unik bin pelik- ‘Cendol
Bujang’… biasa cendol mesti ada gula merah ++ santan ++ pulut ++ aiskrim! Tapi,
dah katanya bujang trang-trang… so kitaorang tak de la nak collect tu semua
dalam almari dapor. Takkan nak mintak kat Chinese dok sebelah rumah ni kan. Tak
ke buat malu kaum jek nanti…Bujang pun bujang la kan. Ni first time aku try benda
alah ni. Simple jek buatnya…
Meh, belajar memasak bersama Chep Diya.
Memula, tapis cendol yang ditempah import daripada negeri Kelantan. Dah
tu, biar dulu dalam penapis… Bancuh gula dalam cawan + air panas(cepat dilute).
Then, mek mangkuk yang paling cantik dalam dapur tu dan tuang cendol tadi dan
air gula bersama. Last sekali, letak ais… wuhuuu!!! Jadik la macam gambar di
bawah:
Yummy… walaupun boleh di kategorikan sebagai musuh kepada semua mak
mertua (sebab pemalas sangat) tapi apa boleh buat. Janji boleh telan dan
selamat menikmatinya bersama kengkawan or insan tersoooyang. Selamat mencuba.
Comments
Post a Comment
-please share your thoughts here, dude