Translate

Kisah aku di malam Tahun baru cina.

Assalamualaikum,

Memandangkan adik aku dekat Perlis datang turun Kolumpo, so aku spend holiday dekat sini loh. Dapat cuti start Jumaat sampai Isnin depannya. Aku pun plan balik Khamis petang. Pas balik kerja. Jem? Aku guna public transport kan, ko nak cerita benda jem ke dak ni… salah orang ok.

Okay, nak dijadikan cerita… aku lepak tengok olang-olang lamai maa, dekat KL Central. Pastu gi TBS (terminal bersepadu selatan). Aku sampai dalam area kol 7.30 malam. Time nih, rasa sedey tetiba sebab terlepas tengok Arianna Rose! Okay. Huhuhu…


Aku pun gilah tunaikan solat Magrib jap… pastu gi buat rondaan free kat toilet, adik aku cakap yang dia jap gi sampai Pudu, aku pun excited lah. Tak lama kemudian, aku dapat mesej, adik aku cakap dia terlepas perhentian bus tetapi menuju ke Shah Alam?! What the horse! Alasannya, dia cakap driver tu BISU… titik. Woishy, apa perlu aku cakap ker yang kalau ingat diri tu tau kekurangan orang lain. Ko kena jadi alert lah. Dah menyusahkan aku kena tunggu dia---lama lagi la tuh. Yang si driver ni pun satu, takkan asyik nak jadi dependant kat orang lain, mahi bikin orang sakit hati. At least buatlah sign atas white board kecik or bunyikkan horn ker, apa lah. Ni lah… takkan semua kerja aku nak kena buat. Aku dah start membebel bukan-bukan.

Lapar. Aku pun gi la makan dekat restaurant Teratai. Tingkat atas tuh. Disini, aku terjumpa sorang kakak ni yang daripada skudai, johor. Baru sampai. Dia spend time gak raya cina dekat sini sebab adik dia kerja Kolumpo. Satu benda menarik aku nak share adalah, akak ni korang jangan pandang salah mata. Sebab dia cikai-cikai pun in progress to PHD holder okay. Wa caya sama lu la akak! Aku pun tanpa segan silu, aku ajak dia makan sama dengan aku (time ni kitaorang tengah beratur tunggu makanan siap). Aku makan nasi goreng jek, sebab aku kebulur nasi. Nasi.

Lepas siap makan, aku pun solat Isyak. Bagus betul. Then, tunggulah adik aku buat u-turn daripada train Shah Alam ke Kl Central ke TBS. aku tak tahulah pulak kalau adik aku memang berniat buat stroll satu KL memalam ginih. Tak tahulah kan motip sebenar. Dan aku pulak jadi Tugu Wanita Perasan Cantik, dekat jambatan depan KTM. Bayangkan aku tunggu situ sampai pak cik yang main alat music (alat kecik yang kita tiup tuh) tutup kedai. Giloh lah. Adik aku kena hargai pengorbanan aku!
Lastly, adik aku pun nampak la btang hidungnya yang tak berapa nak mancung tuh, huh… akhirnya… kini pasti. Aku dapat katil! Huhu… kitaorang sampai rumah dala kol 11.00 malam gitu..

Nak menaip pun aku rasa malas dah…

Comments

Popular posts from this blog

Cara buat Pengekalan Nama / Retention of Name

ME: Example of resign letter/ Contoh surat berhenti kerja

Solat subuh tiga rakaat