Kalau engkau kejar ayam
Assalamualaikum,
Alkisahnya berlaku pada beberapa hari lepas… sebelum Tahun Baru Cina? May be, aku tak berapa nak ingat la. So, nak di mulakan--- tumpuan pada seekor ayam yang tak@sungguh tak berapa nak cantik dan tak berapa nak hodoh. Sebab sehabis fakta aku, sehingga 80%
spesis dekat area rumah kampung sana adalah ayam jenis ‘katik’. Katik? Yolah yang
kecik-kecik, berjalan pun langkahnya tak panjang mana.
Then, apabila melihat ayam 'bertuah' tuh buat catwalks depan rumah aku… anak
sedara-cik Ziqa ni gilah sarung kasut besor yang ada dekat beranda dan kejor
ayam tersebut. "Kejar-kejar dia-kejar dia sampai dapat!"
Time tu pulak, adik dia. Si Apiz telah terdengar kakak dia buat
screaming hola-hola dekat luar. "Kena join nih, cam best jek". Dia pun bukak pintu depan dan berlari
bersama. Tak pakai kasut! Ni budak baru satu tahun hah, mahu kena sunat ke apa.
Atoknya yang melihat…. pun berlari bersama mendapatkan cucunya yang tak
berkasut itu, "hey, anak orang."
Lalu, terjadilah kejadian di mana si kakak mengejar ayam… si adik mengejar
si kakak dan atok mengejar cucunya.
Bila melihat ‘ancaman keretapi’ dibelakang, si ayam pun apa lagi, pecut
macam Usain Bolt! Argghhh!!! Kenapa aku yang jadi mangsa. Lari-lari-lari. Walupun sedor diri tu langkah pendek. Tapi nasib baik sebab panjang nafus... sebab...
Tiba-tiba, kasut yang dipakai si Ziqa (kan besor gedabak) terlari
daripada paksinya… maka-Gedebuk! Aduhai, tersadai la dia kat tanah. Selepas
sesaat, tangisannya mula kedengaran.
The end.
Moral of the story, mari kita makan sup ayam malam nih. Hehehehh….
Inilah dia budak-si Ziqa( hero sebenar dalam ini cerita). Adik dia
relax jek sambil minum susu dn buat gimnastik kat sebelah.
Comments
Post a Comment
-please share your thoughts here, dude