Panduan: Amalan Sepanjang Hayat
Minggu lepas, selepas makan-makan di restoren My Friends sempena hari jadi mak kesayangan. Kitaorang sempat la merayau-rayau sekitar stesen bus Larkin (adik berlepas naik bus ke Perlis), yela perut sudah penuh jadi kena bagi turun la kan. Dari satu ke satu kedai kami masuk, macam orang tak betui pun ada (oleh kerana bajet lari, tengok jela). Nak dibuat cerita, kitaorang pun masuk la ke sebuah kedai jual buku-buku agama. Dalam dok menelek-nelek, tiba-tiba mata ni terus tertacap pada sebuah buku. Warna dia biru pekat dan tulisannya kuning (kalau mata den tak kero la). Aku pun selak muka pertama. Emmm… sungguh menarik. Dengan belas ehsan kakak tersayang, dapatlah beli buku tu (akak aku pun beli satu). Jadi, inilah dia buku setebal 126 muka surat: Title: Amalan Sepanjang Hayat Penulisan : Ustaz Ismail Bin Qamus, Ustaz Hj Abdullah Bin Abdul Rahamn, Ustaz Hj Yusof Bin Embi Penerbit: Muafakat Enterprise Sdn. Bhd. Harga: RM5.00 Harganya pun murah. Kandungannya terdir