Panduan: Amalan Sepanjang Hayat
Minggu lepas, selepas makan-makan di restoren My Friends sempena hari
jadi mak kesayangan. Kitaorang sempat la merayau-rayau sekitar stesen bus
Larkin (adik berlepas naik bus ke Perlis), yela perut sudah penuh jadi kena
bagi turun la kan. Dari satu ke satu kedai kami masuk, macam orang tak betui
pun ada (oleh kerana bajet lari, tengok jela).
Nak dibuat cerita, kitaorang pun masuk la ke sebuah kedai jual
buku-buku agama. Dalam dok
menelek-nelek, tiba-tiba mata ni terus tertacap pada sebuah buku. Warna dia
biru pekat dan tulisannya kuning (kalau mata den tak kero la). Aku pun selak
muka pertama. Emmm… sungguh menarik. Dengan belas ehsan kakak tersayang,
dapatlah beli buku tu (akak aku pun beli satu).
Jadi, inilah dia buku setebal 126 muka surat:
Title: Amalan
Sepanjang Hayat
Penulisan: Ustaz
Ismail Bin Qamus, Ustaz Hj Abdullah Bin Abdul Rahamn, Ustaz Hj Yusof Bin Embi
Penerbit: Muafakat
Enterprise Sdn. Bhd.
Harga:
RM5.00
Harganya pun murah.
Kandungannya terdiri
daripada,
1.
Amalan-amalan sunat mengikut taqwim Islam
2.
Peringatan sembahyang harian dan khusus
3.
Wirid-wirid selepas sembahyang fardu
4.
Doa-doa selepas sembahyang fardu
5.
Cara-cara mengkhusukkan sembahyang
6.
Wirid-wirid harian
7.
Doa umum
8.
Nama-nama Allah
9.
Gambaran Islam secara menyeluruh.
Bagi makhluk yang daif dan baru nak merangkak mendalami Islam macam aku
ini , buku sebegini mungkin boleh menolong. Ianya lengkap daripada doa ke wirid. Amalan detik korang
celik mata daripada lena yang panjang hingga malamnya korang nak tutup mata,
semua ada.
Walaupun bukanlah pakar dalam bab agama. Namun satu nasihat percuma
untuk korang semua:
Tak salah andai kita hendak berubah sekarang dan jangan sampai
terlambat hingga masa yang menghimpit kita.
^^ Beringatlah selalu bahawa mati itu tidak mengenal umur, kaum dan kedudukan seseorang.
^^ Beringatlah selalu bahawa mati itu tidak mengenal umur, kaum dan kedudukan seseorang.
Semoga Allah sentiasa merahmati
dan hati ini tetap bersama-Nya.
Comments
Post a Comment
-please share your thoughts here, dude