Translate

Japan Two: Tempura Kineya Magimaru & Shopping

Hai, bersambung daripada Japan One:

Sampai Osaka Station, aku dop kat luggage locker luar station, tapi sebenarnya lebih mudah drop luggage locker dalam station asalkan tahu area mana. Sini baru tahu susah senang seret luggage yer. Jadinya, aku terus ke Osaka Castle-book Klook terus dapat kip que yang panjang gila. Cuti musim golden week Jepun kan. Dan sini, istana luar sangat cantik dan di dalam dia more pada virtual dan kemodenan. Baik lagi istana Kyoto. Aku beli souvenirs fail tempat letak kertas-kertas. Memang hobby collect benda ini daripada tahun lepas. Macam berbaloi daripda beli fridge magnet ke keychain. Park istana besar dan kemas. 



Habis sini, kami pergi makan lunch di Dontonburi area-Naniwaya Ramen. Sedap sangat! Sini, pagi kurang sikit dan malam happening. Bawa orang tua kan, jadi kena slow dan steady punya tempat. Siap bawa balik nasi ayam versi Jepun-sedap semua!. Balik hotel, check in kat Wing Hotel.Lewat petang ke malam jala-jalan sekitar dan singgah Daiso Jepun dan beli Strawberry tepi jalan 350 yen sahaja. Aku sudah cakap ia murah dan besar. Support local market! 

Paginya, aku pergi jalan dua minit- sampai Don Donki Quijote popular itu. Shopping beauty product Jepun dan gift kawan-kawan emak aku. Aku memang tidak beli hadiah orang lain-bila rajin travel ini, kalau kau hendak gift, pergi lah sendiri. Pocket money untuk travel aku sahaja. Nanti aku beli sorang, sorang lagi hendak jugak. Lepas itu, melarat sorang-sorang tempah. Ah, sudah! Aku beli Japan chopstick untuk masak itu. Menarik!

Balik hotel, packing dan naik train Namba ke Rinku Station-sini aku drop luggage dalam train sattion. Pandai sudah okay. Dan sambung jalan ke airport sebab hendak makan Ramen dan Tempura di Kineya Magimaru. Memang pening cari tempat makan ini. Sejam pusng, rupanya daripda train airport tu yang Haruka masa mula-mula terus sahaja. Mauk gate 2F or E dan jumapa Tasty  Street dalam lagi, dan Jumpa sebelah kiri ada kedai ini. Rasa curry noodle Jepun dan beli tempura sweet potatoes dengan udang besar-sedap. 

Balik hotel, solat dan jalan area Ringu Outlet-tax free, bawa passport okay. Aku beli barang dekat Gu shop dan kedai area situ. Balik singgah Family mart, nampak facemask Jepun. Lupa hendak beli di Don Donki masa itu. Beli tiga set dan kemas-kemas barang. Daripada hotel layan sunset dan pantai Rinku. Cantik. Malam layan drama Jepun tanpa substitle. Engkau ada? Hahhahahha...



Tiket balik Malaysia pukul 10 pagi, jadi aku gerak dalam pukul 8.30 pagi. Sebab satu station dan dekat sangat. Sampai, aku breakfast dekat Kineya lagi. Makan breakfast set Jepun lengakap. Ada ikan salmon slice, ramen noodle, telur separuh amsak, dan nasi. Rasa ada dua pilihan. Tapi portion memenag cukup sorang. Tempura pagi tidak jual. Nasib semalam beli banyak-merasa jugaklah.


Masuk luggage, dan pulangkan pocket Wifi. Dan jalan-jalan di airport dia. Emak aku pandai sudah beli air vending machine dekat Jepun. Hahahah.. Cerita tentang Jepun, aku suka makanan dia. Aku belajar masakan Jepun yang jarang guna minyak. Garam? mereka guna soy sauce light or dark. Dan semua sedap dan sihat. Patut orang Jepun kulit cantik, pemakanan gut care. Pemandangan Jepun sangat kemas dan bersih. Penggangkutan bagus. One day, I will repeat to eat nice foods again, Japan!

Kos di Jepun? -sambung part three! Klick here!

Comments

Popular posts from this blog

Cara buat Pengekalan Nama / Retention of Name

ME: Example of resign letter/ Contoh surat berhenti kerja

Solat subuh tiga rakaat