Translate

Tambah pahala dengan amalan-amalan ini di Bulan Zulhijjah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah SWT diatas permudahan menjalani bulan Zulhijjah 1443. Tahun yang sangat istimewa kerana menjalaninya di bumi Mekah walaupun hanya atas urusan kerja dan bukanlah untuk menunaikan Haji-niat bekerja demi Allah dan agar mepermudahkan urusan-urusan Hajah dan Haji ini di sini.  Apa yang menarik, hospital kerajaan Arab Mekah akan melakukan sehabis baik bagi pesakit-pesakit untuk pengangkutan ke Arafah-hingga mereka yang boleh adaptasi BIPAP (pernafasan menggunakan mesin dan pesakit sedar) jika boleh. Ini yang sangat dihargai, MasyaAllah Tabarakallah-sampai begitu sekali.

Ada satu pesakit bukan Arab, kedatangannya sangat tidak stabil dan betul-betul di hari Arafah dan hospital tidak membenarkan dia ke sana. Tetapi dia mahu turun katil dan menarik semua wayar-betapa sunggul wajahnya bila banyak kali dipujuk-dan sampai sahaja habis waktu Arafah dia hanya redha dan terbaring lesu. Dan hari ke hari, kesihatan semakin merosot dan semakin kritikal. Semalam, dia pergi dengan wajah yang bersih dan tersenyum. Al Fatihah. Banyak sebenarnya kisah-kisah yang dipelajari akan Hajj tahun ini. Mereka-mereka adalah insan terpilih, meninggal di bumi Mekah-tanah Haram dan jihadnya berpanjangan di jalan Allah, moga menerima Jannah kurniaan Allah.

Bagi Muslim-Muslimah lain, moga-moga penat lelah dan peluh panas ini dikurniakan Allah akan Haji Mabruk dan limpahan pahala. Mekah sangat panas dan mencecah 38-40 darjah, jadi kekuatan kesihatan sangat penting. Sebab itu dinasihatkan, jika masih muda-pergilah menunaikan umrah. Rasai Tawaf di tengahari dan Saie. Dan jika tidak berkesempatan untuk yang sudah lanjut usia, boleh juga siap-siap bersenam di Malaysia. Jadinya sudah kebiasaan dan otot-otot badan tidak terkejut. Perbanyakkan juga minum air, dan makan makanan sihat sebelum berlepas. Lawat doktor peribadi untuk mendapatkan ubat sepatutnya dan bekalan yang cukup. InsyaAllah urusannya dipermudahkan.

Dan bagi yang tidak menunaikan Haji, jangan melepaskan peluang untuk menjalani ibadah korban-jika berkemampuan. Korban bahasa Arab-qariba-yaribu-qurban yang bermaksud dekat. Iaitu mendekatkan diri kepada Allah, dengan menyembelih binatang yang dibenarkan pada hari Aidiladha 10 Zulhijjah dan Tasyrik 11,12,13 Zulhijjah. Hukumnya sunat Muakkad-sangat dituntut bagi mereka yang beragama Islam, Baligh, Berakal, Berkemampuan, dan Merdeka. Surah al Kauthar ''Oleh itu, kerjakanlah sembahyang keran Allah dan sembelilhlah koraban sebagai tanda bersyukur''. Mereka juga perlu patuhi larangan tidak memotong kuku-rambut-bulu daripada 1 Zulhijjah hingga Korban-Mazhab Syafie.

Bagi mereka yang mengejar juga pahala di bulan Zulhijjah, banyak amalan-amalan yang disunatkan dan antaranya ialah dengan berpuasa! Puasa Sunat daripada 1-7hb dan Puasa Tarwiyah 8hb, Puasa Arafah 9hb. 10hb tidak boleh berpuasa sebab sudah Hari raya. Dalam berpuasa juga amalkan Membaca Tasbih (SubhanaAllah-Maha Suci Allah), Tahmid (Alhamdulillah-Segala Puji bagi Allah), Tahlil (Laila hailallah-Tiada Tuhan Selain Allah), Takbir (Allahuakhbar-Allah Maha Besar). Di Mekah sama ada di masjid atau hospital atau di ''shopping mall'', laungan takbir akan dibuka selepas solat dan kemudian sepanjang masa dan ia sangat istimewa. Sedih sebab dengar takbir Raya tetapi gembira sebab sama-sama laung takbir sambil buat kerja. Nanti bila dekat Malaysia, boleh la buka sepanjang awal Zulhijjah.

Amalan lain adalah, banyakkan membaca al-Quran. Di Mekah, sebelumnya hanya paparan langsung Majidil Haram akan disiaran di Tv hospital atau suasana di Madinah. Dan masa mula wukuf Di Arafah, tengah-tengah jaga pesakit, sambil-sambil tengok Haji dan Hajah buat Wukuf berjalan sejauh-jauhnya ke Arafah sambil takbir. Sangat-sangat menyentuh hati-betul-betul mereka insan terpilih. Banyakkan juga bersedekah, sedekah la walaupun RM 1 jika itu mampu. Alhamdulillah, niat dan amalan terlaksana tahun ini. Solat malam dengan Tahajjud dan Taubat sebanyaknya. Walaupun Arab dan Malaysia jarak 5 jam-ambil kesempatan itu. Setahun sekali sahaja, tahun depan tidak tahu panjang umurnya.

InsyaAllah, ini adalah perkongsian daripada hati yang niatnya untuk menunaikan Haji pada tahun depan. Aaamin Ya Allah-jemputlah hamba mu ini-mampukanlah dan redhailah. Ada rezeki lebih, bawa keluarga datang sekali. Untuk yang di luar sana, janan putus doanya-jika tidak berkemampuan Haji-buatlah umrah. Pergi masa muda dan masa tengah sihat walafiat. Petik hati yang terikat pada duniawi, nak kejar apa dengan kumpul duit--duit itu semua. Pergilah ke Tanah Haram dan pandanglah Kaaba, itulah ''rumah'' sebenar kita. Mereka yang terpanggil, mereka insan terpilih. InsyaAllah, niat baik semuanya akan lancar selancarnya.

Comments

Popular posts from this blog

Cara buat Pengekalan Nama / Retention of Name

ME: Example of resign letter/ Contoh surat berhenti kerja

Solat subuh tiga rakaat