Budak ini nak jadi alim!
Assalamualaikum.
''Bukan mengaku hebat di atas pentas pidato. Bukan seorang pendakwah yang ingin dipandang mulia 24jam. Bukan syeikh yang ingin dilihat sebagai ketua agama. Tapi hanya orang biasa yang ingin mencuba menjadi luar biasa mahupun sebaiknya... Mengikut aturan al Quran dan Sunnah Rasulullah saw. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan... Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang... Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi...
KEMBALILAH !
Saya tidaklah setabah Ummu Khadijah , tidaklah semulia Fatimah Az-Zahra , apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah , maupun sehebat ummu Sulaim dan seteguh Aisya Humaira . Kerana diri cuma wanita yang cuba untuk menjadi solehah di akhir zaman ini yang dimana aurat semakin dibuka , dimana syahadah hanya pada nama , dimana dunia yang terus dipuja , dimana nafsu fana menjadi santapan utama , dimana batas sentiasa dileraikan , dimana ukhuwah sentiasa di pinggirkan . Ya Rabb , selamatkan dunia ini dari dosa dan maksiat .
Wahai kaum Hawa kita cuma An-Nissa . Para pendosa yang terbanyak di neraka . Wahai muslimahku walau kamu tak setabah para Mujahidah . Namun tabahlah pada ketetapan Allah kerana padanya ada syurga . Walau tidak semulia para wanita sirah tetapi muliakan diri dengan agama yang memelihara . Kerana padanya ada pahala . Walau tak sesabar para wanita solehah . Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyiksa kerana padanya ada bahagia . Jadilah seorang wanita solehah di dunia akhir zaman ini , jadilah sebutir permata dalam berjuta pasir yang menimbun
Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan Tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yang tahu niat aku. Tak perlulah kau hendak tahu..Aku bukan sesetia Khadijah. Aku bukan setakwa Fatimah. Aku bukan sepintar Aisyah. Aku bukan sehebat Sumayyah. Aku hanyalah pendosa tanpa noktah..
Aku tidaklah semulia Khadijah, Tidaklah setaqwa Aisyah, Pun tidaklah setabah Fatimah.. Aku cuma seorang wanita akhir zaman yg mempuyai cita-cita mnjadi solehah. Saya bukan Ustazah. Tapi saya hanya Gadis yang duhulu jahil dan ingin kembali ke pangkal jalan. InsyaAllah. Permudahkanlah ya Allah. InsyaAllah.
Comments
Post a Comment
-please share your thoughts here, dude