Translate

Pameran buku di Danga Mall, Johor.


Assalamualaikum.
Pada 22 November (Keputraan Sultan Johor) lepas- aku bersama cik Ziqa, cik Jima, Ibu Yam dan Ayah Jid telah gi ke Danga Mall. Menariknya adalah tempat letak kereta yang percuma. Sayezzz…  Suratan atau kebetulan atau perancangan diaorang-adanya jualan buku terbesar daripada pihak pengeluar dan pemasaran buku terkenal, Popular.


Tengok? Keterujaan cik Ziqa pada buku. Kami pun teruja jugak… sungguh murah dan berbaloi-baloi amat! Stok penghabisan sampai 60, 70%!!!! Walaweh, saper tak meleleh air liur ye dak. Sesuatu yang sangat best untuk di kongsi adalah-maser korang masuk-korang akan di sajikan dengan satu aura kipas-susah-mati-pada-semua-spesis-buku. Fuh, bebudak kecik cina sederet duduk kat lantai sambil baca komik, buku pape. Dibuatnya ekspo tu macam bapak diorang punyer la. Dan mak ayah diorang pun senang-senang tinggalkan dan jejalan beli buku lain. Setakat nih, tiada kes penculikan di laporkan yek.


Ada la gak dalam dua jam meroyan kat dalam dewan ekspo buku tuh. Semua buku nak beli, tapi-berjimat-jimat yek… Der gak la mat saleh tua sesat sempat beborak ngan aku-sarankan aku belajor bahasa cina bagai (aku nampak dia pegang kamus cina dengan enam, tujuh buku Inggeris lain). Aku cakap la, dalam proses belajar (masuk kanan kuar kiri). Dia cakap gak bahasa Inggeris nih penting, saranakan gak kamus B.I yang terbaik kat situ. Pak cik nak belanja saya ker? Hehheeh.. Dia cakap gi, dia memang peminat buku-kat rumah dia der satu bilik penuh dengan buku (macam perpustakaan gitu la). Siap ajak bertandang rumah lagi. Aku pun cakap, lain kali la yek. Ada jodoh jumpa lagi, ye dak.


Aku borong enam, tujuh buah buku-satu aku hadiahkan kat cik Jima. Bior membaca sikit budak tuh. Ada la dalam 1++ aku belanjakan. Takper, ilmu tuh. Benda baik. Sementara tunggu proses pembayaran yang kena beratur panjang, aku layan cik Ziqa men belon di tengah laman Danga Mall-hebat tak kitaorang?.  Ada budak kecik pompuan India nih tengok-tengok. Aku pun suh la cik Ziqa lambai. Dia pun lambai balik-dalam lambai melambai. Budak India tuh terlajak ke tong sampah yang besor tuh. Seb bek tak terlanggar. Hhahaha…ayoyo…minachi!

Pas siap semua, makan dan jejalan kat dalam Danga Mall (sungguh ku tak sangka-kedai kasut pun tak der). Metrojaya adalah. Okeh, ku kechewa!. Jalan-jalan lagi dan balik.

*skema telur ayam tak ayat aku? Hhahaha…

Comments

Popular posts from this blog

Cara buat Pengekalan Nama / Retention of Name

ME: Example of resign letter/ Contoh surat berhenti kerja

Solat subuh tiga rakaat