Scary Or Screwy: Tahap Pengganguran Rakyat Malaysia
Antara email yang aku dapat baru-baru ini adalah ada menyatakan bahawa:
‘You are so jingoism even likes
jardinière to me only.’
-anda mempunyai semangat kebangsaan walaupun
hanya macam pasu bunga kepada saya
sahaja-
<<No comentó.
>>
Dalam membaca
‘newspaper’ sambil makan karipap kentang panas bersama air Milo dengan suasana
mendung tanda nak hujan pagi-pagi begini memang syok!.
Dan anak siapa yang
tak meloncat gembira (rasa macam nak wat penggugguman satu kampong tok bagitau)
bahawa korang dapat cuti seminggu ‘straight’, kan. Mesti jeles tahap Gunung
Alps la jiran sebelah rumah korang, hahhaha. Dan tak lupa macam-macam dah
korang rancang nak buat sepanjang hari tersebut (berjela-jela ‘list’nya).
Pot-pet,pot-pet..
Masuk bab utama,
korang rasa hairan tak mengapa masih ada lagi kawan-kawan korang tak kerja
sedangkan banyak tawaran kerja kosong kat internet Jobstreet.com, surat khabar
Metro, dan tampalan-tampalan di tempat tunggu bus. Pelik bin ajaib kan. Nak
salahkan kawan korang, da banyak kali gak (dekat berpuluh gak la) dia pergi
temuduga. Tapi, tak dapat kerja lagi. Salah dia yang tak mempunyai aura Ally
Iskandar dan muka cam Fasha Sandha atau majikan yang terlalu ‘demand’ meninggi.
Herrmm.. aku pun makan
gaji gak, susah nak ‘explain’ lebih-lebih bab nie. Lainlah jiran sebelah rumah
aku yang baru jadi Ceo kat syarikat besar baru-baru ni. Kang kalau dia baca
‘entry’ nie, dan aku pun cakap tak der bikin , sah-sah ti sok dia gelak
guling-guling sebulan penuh depan rumah aku. Tak nak den. So, ambik
langkah selamat: kita hurai sikit-sikit jek la yer.
Banyak sebab mengapa majikan di Malaysia tak terima korang kerja dengan
diorang adalah, antaranya:
1.
Korang terlebih perasan
- pohon jawatan yang lebih
tinggi daripada kemampuan korang. Lagi-lagi jawatan tu lebih tinggi daripada si penemu duganya. Bikin
panas telinga diorang dengarnya. Kang boleh tercetus acara baling pinggan
mangkuk lagaknya.
2.
Korang tak serius
-mintak kerja cam mintak pinjam
wet dengan kawan korang. Muka dah la takder senyumnya, ayat balas cukup
menggugut dan banyak fius rosak. Huh, korang ingat si penemu duga tu tauke
besar kongsi gelap ker. Ayat
kena jaga, bro.
3.
Korang selekeh
- dengan tak berpakaian kemas,
kasut kotor, dan rambut serabai, bikin rimas bagi sesiapa memandang (ntah-ntah
diorang ingat korang nak mintak sedakah lagaknya). Kalau muka pun ala kadar, penampilan kena la
jaga, ok.
4.
Korang tak yakin
-cakap pun macam berbisik dalam
kelambu, tambah dengan banyak ar, er, tak tau jawapannya. Padahal sebelum masuk
bilik temu duga kemain yakin seribu. Tapi bila da masuk, tahap keyakinan korang
memang jatuh zero dah kena makan nagan T-rex la tu.
5.
Korang cerewet
-mungkin korang diterima tetapi
kecerewetan korang tu terlampau amat sehingga apa yang diorang tawarkan korang
ada aja bantahannya. Maka,
auto dan matiknya korang terkandas di tengah jalan. Merana akhirnya.
Gitu la antara
sebab-sebab majikan korang kemukakan mengapa diorang memang tak boleh terima korang
bekerja. Jika korang da jadi sesempurna mungkin, dan adalah bukan salah korang maka
korang tak der rezeki lagi. Usaha lagi dan doalah banyak-banyak yer.
Semoga tahap
penggangguran akan menurun di negara nie. Dan rakyat Malaysia akan dapat kerja
semuanya. Amin.
Comments
Post a Comment
-please share your thoughts here, dude