Posts

Translate

Japan Two: Tempura Kineya Magimaru & Shopping

Image
Hai, bersambung daripada Japan One: Sampai Osaka Station, aku dop kat luggage locker luar station, tapi sebenarnya lebih mudah drop luggage locker dalam station asalkan tahu area mana. Sini baru tahu susah senang seret luggage yer. Jadinya, aku terus ke Osaka Castle-book Klook terus dapat kip que yang panjang gila. Cuti musim golden week Jepun kan. Dan sini, istana luar sangat cantik dan di dalam dia more pada virtual dan kemodenan. Baik lagi istana Kyoto. Aku beli souvenirs fail tempat letak kertas-kertas. Memang hobby collect benda ini daripada tahun lepas. Macam berbaloi daripda beli fridge magnet ke keychain. Park istana besar dan kemas.  Habis sini, kami pergi makan lunch di Dontonburi area-Naniwaya Ramen. Sedap sangat! Sini, pagi kurang sikit dan malam happening. Bawa orang tua kan, jadi kena slow dan steady punya tempat. Siap bawa balik nasi ayam versi Jepun-sedap semua!. Balik hotel, check in kat Wing Hotel.Lewat petang ke malam jala-jalan sekitar dan singgah Daiso Jepun da

Japan One: Makan Ramen & Sushi

Image
Hello,  Antara benda yang aku hendak pelajari di Jepun adalah mengenai mereka punya bunga Sakura-dan aku punya tarikh memang musim bunga tapi Sakura jatuh dekat kawasan Hokkaido. Aku punya rancangan dekat kawasan Kansai pula jatuh awal bulan April. Jadi siapa-siapa hendak tengok sakura sila pilih tarikh yang betul ya. Selain itu, aku hendak tengok cara kehidupan dan makanan mereka- yang Halal. Aku pergi dengan emak aku dan aku pergi DIY-pergi sendiri dan susah sendiri. Ha, begitulah. Takut bercampur gembira, sebab ini adalah trip pertama DIY luar negara dan aku bawa orang tua sendiri. You can do it! Malam 28hb April aku berangkat dengan KLIA Express, Klook yang dapat free cool blog tapi tidak boleh claim di KLIA area. Aci tak aci kan...Aku sampai KLIA 2, makan dulu dan tunggu macam biasa. Proses pergi Jepun sangat senang daripada pergi Korea, hanya perlu buat online registration di WEBPAGE JAPAN dan dapatkan QR code termasuk sekali custom declaration. Siap-siap screenshot, macam aku j

End of 2023

Image
 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan berkongsi kisah hidup dari sisi empunya pemilik ini. Sekarang baru terasa auranya, tetapi tidak tahu sampai bila bertahan. Hendak menaip dan menceritakan sedikit sebanyak jalan hidup ini bukan satu kerja yang mudah. Kadang ia mencurah banjir dan laju sahaja ketak-ketuk papan kekunci. Tak sedar, dan lapan belas baris... Tapi kadang angin sepoi-sepoi bahasa datang, idea lambat sampai dan hendak dapatkan sepatah dua pun susah okay. Masuk hari ini sudah bulan dua belas, hujung tahun 2023. Macam mana tahun 2023 ini bagi kamu semua? Ada baikkan atau sebaliknya? Ada perubahan atau masih sama? Adakah azam 2023 perlu dipanjangkan ke tahun 2024? Bagaimana itu boleh terjadi, mungkin bulan terakhir ini masih ada cahaya untuk pencapaian yang lebih baik? Itu adalah soalan untuk kamu semua daripadaku yang jauh disini. Kita mungkin kawan, kita mungkin asingan, kita m

Ayah.

Image
Assalamualaikum. Ini adalah surat buat ayahku.  Ayah,  Aku lahir sebagai anak perempuanmu, bukan anak lelakimu. Aku menjadi anak yang ditengah-tengah, punyai abang dan kakak yang seiring membesar. Aku tahu aku bukanlah anak kesayanganmu, tetap yang sekali-sekala engkau sorot pandang. Aku juga hanya anak biasa, tidak manja dan sangat takut ingin meminta-minta. Dan ini adalah tetap aku, anakmu.  Ayah,  Aku tidak ingat pada baju yang engkau belikan hanya untukku pada waktu kecil. Pasti ada walaupun sehelai, aku yakin itu. Atau aku selamanya berkongsi sahaja. Kadang detik, engkau membawa sesuatu untuk anak-anakmu. Tapi, anakmu ramai ayah. Aku tetap makan tanpa memilih, aku makan semua. Air "vintagen", sejarah tanda engkau tinggalkan masih ada di peti sejuk buat cucu sekalian. Ayah,  Aku dididik untuk masih senang bangun pagi dan akan mengambil sarapan tanpa putus. Aku diajar untuk menepati masa dan tidak membiarkan sesiapa menunggu. Dulu, aku selalu lebih awal daripada penjaga se

Pengalaman Ramadhan 1444H di Mekah

Image
 Assalamulaikum semua, Alhamdulillah, tahun ini menjalani Ramadhan di Mekah al Mukarramah, Saudi Arabia. Tahun lepas sepenuhnya Ramadan dan Beraya dengan keluarga di Malaysia. Jelas, tahun ini memang pertama kali  merasai sepenuhnya suasana berpuasa dan beraya di negara orang. Alhamdulillah, masa bercuti bulan Januari dan Febuari lepas telah habiskan sebaiknya masa dengan keluarga dan kawan-kawan.  Jadi, semuanya faham keperluan diri ini mencari rezeki di negara orang dan azam yang sama. Moga sama-sama mendapat berkat Ramadan daripada Allah S.wt.  Alhamdulillah, hari ini telah masuk 27 Ramadhan 1444h dan masih lagi berusaha untuk mendapatkan kebaikan dan keberkatan Ramadan yang mulia. Zakat telah ditunaikan secara atas talian. Segala kelakuan baik dan sedekah memang dikejar. Tanya kakak yang kerja kakitangan hospital dan adik yang kerja di sekolah-hulurkan seberapa yang mampu dan mereka sebagai orang tengah menyalurkan pada yang berkenaan. InsyaAllah, sama-sama memperoleh pahala Allah.

How expensive are Korean fruits?

Image
 Hai, Let's talk about fruit prices in Korea, why they are so expensive?! Before you enter, the airport will make big announcement that prohibited you to bring any vegetables or fruits to their country. If that happened, you need to make some declaration and questions back and forth for it. So better be save, don't bring any. Why come to other country if you want to stay same like your country? Explores and be real. That's the point for travelling, right. To me, they do that because want to keep the quality control for their goods and be safe. And they make it right, dude. I really enjoy fruits when travel here because when in winter you drink small amount of water. Like yaeah, who's want to drink cold water in winter season? More freezing! Then, to keep digestive system well, stay up with your high fiber. Get that? I also really enjoy my taste bud and they are nicely sweet too.  I know they are so expensive, so if you want to try it too... bought fruits like the green

Korea? Why not !

Image
 Hey Kpop generation-Annehasayong, How are you guys doing? Hope everything going smooth. Well, when I'm typing this-I already finished my vacation days and started works. Back to normal me and same routine, fighting! So, I will shares some of my major activities during off and the happiness and not so happy moments. To keep it real, guys. For your information, I only got 30 days to spent wisely and I did my best. Then, I hope you all enjoy reading my first Korea trip ! In fact, my 2023 country vacation choice is Japan. This is because I want to play with snow and experiences winter season. But then, with unexpected issues I volunteered change it to South Korea. And it is best decision ever. Lucky me, even everything are last minutes but I settle it down within one day after landing Malaysia. Then, I spent one week with my family-delivered gifts and enjoy foods consume. Take time for helping in house cleaning and back to airport.  I visited to Korea from 18th to 23th January 2023, a