Kisah terbaru tentang apa?
Assalamualaikum,
Apa khabar semua? Harap baik-baik sahaja, sihat. Lama tidak menaip disini kerana selepas Covid, kaurantin dan buat Umrah, dan dapat infeksi pada ruang mulut/gingivitis + palate iaitu ruang atas permukaan mulut. Ia bukan sakit gigi atau ulcer, tetapi bengkak dan merah-merah pada gusi-gusi dan macam ada kumpulan cecair terkumpul. Masih tidak tahu kenapa kerana sememengnya orang yang terperinci dalam penjaagaan mulut. Nasib ada ubat alahan, selepas dua hari makan ini, memang ada keberkesanannya. Sekarang tahu sudah, mesti makan benda yang -inflammation foods.
Sekarang tengah tunggu hari untuk balik Malaysia, seminggu sebelum hari penerbangan, akan tempah untuk pemeriksaan alahan-allergic test! Sangat memerlukan, kerana dalam awal bulan ini sahaja-ada dua alahan terjadi. Satu masa minggu pertama, lebam pada dua belah mata. Dan yang kedua, bengkak-bengkak gusi dan ruang atas mulut. Kulit juga gatal-gatal dan kering walaupun hari-hari sapu pelembam dan pencegah matahari. Sekarang musim sejuk, lagilah menjadi-jadi kekeringannya. Memang berharap aakan dapat lakukan pemeriksaan itu secepatnya.
Oleh keran itu juga, sempat menelaah tentang kayu sugi / miswak. Sangat menarik untuk di gunakan dan mengikut sunnah. InsyaAllah akan dapatkan berita yang telah dikaji, dan dikonngsi pada lain hari. Masih belum ada keyakinan untuk menggunakannya, lagi-lagi dengan senditif gusi sekarang. Mungkin selepas dua tiga minggu atau sebulan lagi. Nanti bila sudah guna, akan kongsi kesan--kesan dan kebaikan, dan tip untuk itu. Minta doakan cepat kesembuhannya daripada anda semua!'
Bila makan, selepas kena Covid-memang tak ada rasa lapar ke? Selepas sembuh daripada itu, memang kurang sangat makan, biasa boleh makan penuh dan ada tambahann lagi. Tetapi sekarang, hanya sedikit dan kadang-kadang tidak sampai separuh. Sangat cepat kenyang dan paksa diri untuk makan. Cukuplah tiga kali sehari. Tetapi tetap akan pastikan pengambilan air mencukupi. Hari-hari cuba makan luar untuk tarik minat pada makananan, akhirnya kawan yang habiskan makan atau bawa balik. Tetapi tidak makan, simpan dalam peti ais. Bila hedak makan itu?
Baiklah, apa lagi hendak cerita ya? Banyak sebenarnya tetapi lebih suka menyimpan untuk kenangan sendiri dan sukakan hanya untuk kenalan sahaja mengetahuinya. Kadang-kadang, kita tidak tahu dalam suka bercerita, menaip dan berkongsi gambar-ada yang serba kekurangan, iri hati atau meletakkan kesedihan pada orang lain. Tidak baik itu ya, jadi sampai disini sahajalah. Lain kali, akan rajin-rajin menaip dan berkongsi apa yang menarik dalam hidup ini untuk lebih kepada pengajaran dan mengambil kelebihan dan tip-tip beguna. InsyaAllah ya. Bye!
Comments
Post a Comment
-please share your thoughts here, dude