Cara mencapai kesihatan mental optimal
Hai,
Tatkala semua orang terlalu fokus untuk kesihatan fizikal, badan tegap dan berketul-ketul. Tetapi, ramai yang lupa untuk menjaga kesihatan dalaman iaitu mental. Seperti buah epal, luar boleh nampak merah dan ranum tetapi adakah isi dalamnya rangup? Elok bentuknya? Ulat? Lebam? Begitulah dengan perbezaan antara kita sebagai manusia. Bukan hanya kecantikan secara luaran yang elok teratur tetapi jagalah diri pada emosi dan kemahiran minda.
Yeah, sila jaga diri anda sendiri. Kenali diri, kawal ia dan dalam bentuk hati yang beremosi atau pemikiran di minda. Beberapa hari lepas, saya ada terlihat rakamna di YouTube daripada Dan Banos, physiologist. Menurut beliau dalam rakaman di TED Talk, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian untuk mencapai optimum kesihatan mental. Antaranya ialah:
1-Melalui nutrisi: dicadangkan untuk ''plant-based diet'' atau kurangkan pengambilan daging.
2-Air: pengambilan air yang cukup. Badan terdiri daripada 70% air dan 80% otak adalah berat air. Jadi untuk mengeluarkan tosik, perlulah pengaliran air yang baik.
3-Senaman: pergerakan luaran, pergerakan sistem organ badan. Penghasilan tenaga adalah bagus.
4-Matahari: Panahan matahari pada awal pagi bagus untuk menggurangkan sakit, dan tidur yang cukup di malam hari kemudainnya.
5-Kurangkan makanan yang berbahaya: Seperti minuman beralkohol, menghisap rokok, kurangkan pengambilan kafein. Gula juga haruslah dikurangkan.
6-Udara: Buka pintu, kurangkan penggunaan penghawa dingin. Penggudaraan yang baik bagus untuk paru-paru dan mendapatkan oksigen yang berkualiti tinggi.
7-Rehat: Dapatkan rehat yang cukup dan berkualiti. Untuk dewasa sekurangnya enam jam. Tidak terlalu bekerja kuat hingga tidak tidur.
8- Kepercayaan: Selalu menjaga perhubungan antara sesama keluarga, kawan dan orang-oarang tersayang. Rasa dihargai dan diperlukan, serta disayangi.
Baiklah, sila jaga diri semua!
Comments
Post a Comment
-please share your thoughts here, dude