Translate

Sayap yang cedera


Ini pulak versi panjangnya.
Yang tersangat panjang.
Sebab takut nanti korang rindu lelebih.
And ada part buat leleh air mata sikit. Sikit jer.
So, silakan baca.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sujud syukur.
Waktunya telah tiba.
Seruaan itu makin memanggil-manggil.
Semakin kuat.
Semakin hampir.
Gelombang yang memukul iman dan hati.
Saat inilah yang selama ini dinanti-nanti.

Pada tahun demi bulan dan hari yang ditinggalkan.
Setiap kegagalan.
Setiap sayap yang cedera.
Setiap air mata yang diseka.
Ia tidak menghancurkan, ia mengguatkan.
Sungguh.
Kini, aku bersedia menghadapinya.

Debar dia pulak jangan nak ceritalah.
Beribu rasa.

Tapi inilah yang ku cari.
Daripada detik mimpi yang menggubah niat dan cara hidupku.
Ia sentiasa menggigatkanku.
Tak lama, dah. Pujuk hati.
Tanah itu bakal ku jejaki.
Bakal ku langkahi.
Tanah Haram.
Mekah.

Sujudnya ku di sana.
Atas rahmat Nya.
Harapan dan perjalanan ini daripada seorang hamba pada Penciptanya.

Aku perempuan.
Pasti ada batasan.
Waktu dan kawasan.
Cukuplah sesiapa menemankan ku.
Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Tolong temankan aku melawat Rasulullah.
Tolong temankan aku berdoa di Raudah.
Pada setiap masjid dan apa yang disaksikan.

Sepenuh kiriman doa yang dititip.
Penuh juga harapan aku untuk kau berada di sana mendoakan ku kelak disini.
Doakan apa sahaja aku terima.
Tolonglah doakan.
Tolong relakan.

Kelopak mata dipejam.
Rapat.
Serapat yang bisa.
Aku tunggu saat itu, aku tunggu jiwaku merasa itu.
Biarlah ia meresap penuh, memenuhi runag dan peluang.
Tanpa sisa.

Allah!
Aku hanya hamba. Hamba.
Penuh dosa.
Dosaku bagaikan pepasir di pantai.
Tapi akulah hamba yang mengharap belas dariMu.
Aku banyak dosa, ya Allah.

Tolong lagi sekali.
Doakan aku.
Terima kasih…

Popular posts from this blog

Cara buat Pengekalan Nama / Retention of Name

ME: Example of resign letter/ Contoh surat berhenti kerja

Solat subuh tiga rakaat