Translate

Ragam manusia di KTMB dan LRT.


 Assalamualaikum,
Mulai minggu ini, aku akan menunggang motorsikal daripada rumah ke TBS. Bravo, bravo… –sila tepuk tangan-. Tersangat la berdikarinya aku! Kemudian daripada TBS, aku akan naik KTMB ke Kepong. Naik cab then sampai la tempat kerja… Bertahan, bertahan!!!. Awal bulan March baru aku pindah ke perumahan berdekatan tempat kerja. Mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar hendaknya.

Ok. Sepanjang sebulan aku turun naik KTMB/ LRT (if aku duduk rumah kakak ipar di Taman Melati)… banyak benda yang aku boleh di gossipkan tentang ragam rakyat Malaysia nih. Hahhha… mungkin jugak korang adalah salah seorang daripada mereka… how’s know. Jangan malu jangan segan nak gelakkan diri sendiri sama-sama ae.

 I like all experienced that I’m going through. Can you image-- Every day you’ll meet a new people with good/ mysterious/ stylish attire. Not only that, his/her face also showing how their mood today!

Aku akan berhadapan dengan muka mengantuk (sleepy face) seseorang pada setiap pagi. Boleh di kata kan 2/10 orang rakyat Malaysia akan tidur di dalam KTMB… LRT pulak mungkin 8/10 orang. Sebab ketara adalah LRT sekejap aja (every five minute). So, orang sentiasa wake up their mind on that morning. Naya kalau terlepas! Cuba korang imagine yang bos korang tengok keadaan korang time tuh, surely dia akan geleng kepala lapan ratus kali.

 Satu benda yang ter-ter-sangat menarik untuk dikongsi adalah. Kalau you’all anak tahu, rakyat Malaysia sebenarnya rajin bersenam! (di awal pagi lak tu). Why-fakta ke auta nih?? Real fact is kalau pagi-pagi hari, korang akan perasan bahawasanya mereka akan rela menaiki tangga daripada escalator kat KL central. Hhahah… itu cerita pagi, petang pulak… ramai lebih rela naik eskelator daripada guna tangga… penat seharian kerja. Hahhaha… itulah ragam yang paling aku suka. Fakta, fakta… aku? Guna tangga gak. Kita serupa-kita serupa-kita seruppaaa… Oh, oh, oh…


Kalau orang Korea selalu action bab lari-lari, rakyat Malaysia ada gak scene ini. Terutama bila korang keluar train A, tiba-tiba train B dah sampai. Sanggup korang lari pecut macam si Bolt untuk kejar train tersebut. Silalah percaya! Segan? Tak yah nak segan la bab lari-lari coz ramai kot yang marathon bersama korang. Sebab itu aku suka pakai kasut sukan. Banyak kebaikannya daripada keburukan. One more thing, if driver train tu baik hati… dia akan tunggu. Nasib baik! Tapi, paling menggecewakan bila korang dah lari pecut 200 meter kaki kuda, tapi bila time nak turun tangga… train dah gerak. Ke-kecewaan sungguh! Rasa nak gigit-gigit jek landasan kereta api kat area situ.

Paling best bila lari-lari sampai masuk dalam train… terbabas ke tempat duduk penumpang. Admit. Aku pernah camtu, orang kedua last. Aku perempuan, belakang aku lelaki. Dia lagilah lari macam nak gila. Part paling bengong adalah aku terbabas time ruang di bahagian lelaki (hujung sekali kan coach lelaki). Terkejut beruang lelaki tuh… chooiii! Mesti dia ingat aku nak buat serangan seksual. Siap dia angkat kaki dan beg bagai. No adegan terjatuh or terpelok OK. Aku cepat-cepat say sorry dan berjalan tunduk ke ruang wanita. Pastu buat muka tak bersalah padahalnya… Malu-malu-malu!!!

Paling aku tak suka ialah kena berhimpit-himpit. Suasana macam ini, petang waktu ramai-ramai balik kerja la. Area pukul 4.30 petang sampai 8.00 malam- MasyaAllah, mengucap la banyak-banyak. Kalah sardine dalam tin. Kalau kena sebelah orang handsome super cair macam Siwon, penyanyi Super Junior bolehlah tersenyum sepanjang jalan. Tapi bila bangla berdiri sama sebelah hang, boleh sesak nafas nak menyedut oksigen! That’s why, pergilah ke site ladies only… sesame jenis, bersentuhan pun no worries. Wangi pun wangi… Kalau leleki sesat dalam tu, anggap jek la diorang ni lelaki dalam erti kata perempuan: PONDAN!


Satu perkara aku nak share is even korang dapat seat, orang lain akan tengok dengan be-rupa bengis dalam erti kata lain ‘blah la cepat sikit, aku nak duduk kat situ!’: scary gila kan. Reality dalam LRT (KTM tak sangat la)… aku kalau perjalanan jauh (dalam 5-6 stesen lagi), aku duduk jek sambil tidur-tidur ayam. Tapi kalau kejap jek-better berdiri la, mana tau ada yang lagi memerlukan tempat duduk. Paling sempoi, ada yang duduk kat lantai. Tu aku tabik, why not kan… no rules untuk menghalang selagi tak gangu ketenteraman awam. Kotor pun tak la teruk sangat, clear kot lantai train tu. Pekerja diorang cekap dalm bab mengemas nih.

Another story, bila korang berborak dalam train. Memang superb dengar la oleh semua orang. Dekat-dekat kot duduknya. Nak bergossip pun kena pandang-pandang la, kang kalau orang yang di ngata itu same train… perang mulut kot. Bebudak muda especially (macam aku dah tua), suka beborak kuat-kuat. Bising! Drama-drama-drama… cerita bajet macam nak bagi satu dunia tahu, choooiii… slow sikit sound boleh tak. Buat malu kaum sejenis jek la. Balik rumah cerita boleh tak? (kalaulah aku berani cakap camtu).

Okeylah… esok aku kena naik train lagi, kita tengok apa ragam yang terjadi nanti.
Chow-cincau-chow-out!

Comments

Popular posts from this blog

Cara buat Pengekalan Nama / Retention of Name

ME: Example of resign letter/ Contoh surat berhenti kerja

Solat subuh tiga rakaat