Pertama kali.
Assalamualikum.
Bila aku dapat jek tempat kat kawasan KL, benda first aku carik adalah
‘PETA’… bukan peta harta karun tapi peta public transport yang panjang-panjang
tu. KTM/ LRT/ MONOREL… Yes, this is what I mean. Pergi kedai fast food terdekat,
Mc Donald bersama Mak dan Ayah (repair keta dulu)… guna Wifi kat situ dan
upload gambar ini:
Memang tersangat membantu. Biasa la majlis formal mesti start hari
Isnin, so hari Sabtu pagi aku dah gerak ke Kuala Lumpur. Trimas kat Ayah yang
topup kan Touch and Go-Rm 100.00 dan belanja tiket bus ++ Top up kredit card
aku sekali... You’re the best dad ever-lah. Sambil makan roti coklat Gardenia,
dan menikmati pemandangan yang mampu membuatkan aku terus ZZZZZzzzz selama
empat jam setengah…
FYI, aku ni jenis malas nak susahkan orang… lagi-lagi kalau orang tu
malas nak tolong aku. Walaupun ada rasa nak nagis gak la sekejap… tapi keraskan
hati. Aku cakap kat diri sendiri,’nanti lama-lama aku pun kena berdikari
sendiri. So why not aku mulakan daripada sekarang’. Janji ada duit untuk bayar
tambang Taxi balik Johor (gila punya idea) if terdesak dan handphone kat tangan
untuk contact Abang aku or police. Go-go-go-you can do it, girl!.
Ahad petang yang damai… start-lah Operasi Roda-roda Kuala Lumpur.
Daripada Terminal Bersepadu Selatan (TBS), aku beli tiket (kakak ipar aku ajo
beli pakai machine) dan turun KL Central… change train (ni paling aku tak suka)
dan bila da sampai, tanya taxi untuk ke destinasi. Tanya gitu-gitu jek (tak
naik pun). Balik semula-try swap kad Touch and Go for the first time ever.
Jakun gitu! Aku rasalah kan setiap 10 minute aku mesti tengok peta tu kat
Phone. Takut terbabas train punya pasal. Mesti diorang ingat aku gila, tapi aku
peduli apa… janji aku pergi dan balik dengan selamat. So whatever.
Nasihat daripada pakar--- pada sesiapa yang nak turun KL: Don’t be so
takut… map/ peta ini sangat membantu. Kalau korang ada sifat was-was yang
terlampau. Pihak keselamatan/ pengurusan situ sedia berkhidmat. Jangan risau
OK! Kalau salah naik train pun, korang boleh turun… dan patah balik naik train
yang betul.
Comments
Post a Comment
-please share your thoughts here, dude