Translate

30 cara berjimat paling berkesan-cara aku

Assalamualaikum.

Bila baca tajuk atas jek dah me-label-kan aku sebagai spesis makhluk Tuhan yang memang ter-over bangat la kan.
‘Cara aku?’
Cheit, siap buat versi sendirik-101% di adaptasi daripada pengalaman selama 22 tahun hidup.
Fuh, hak cipta terpelihara la jadinya kan.
Ehem-ehem, sila jangan jelous.

BTW, aku bukanlah jimat sampai boleh beli BMW 8,10 bijik-tapi ala penjimatan dua, tiga ratusan aja sebulan.
Okay?
Kalau korang dah kaya tak dimamah tujuh generasi, abaikan aja.
Jangan banyak comment.

Baiklah para pembaca yang nak baca, mari mulakan daripada asas:

1.       Tetapkan diri/minda/badan untuk misi utama, ‘Penjimatan berbelanja’.
2.       Hasilkan satu buku kewangan, buku tulis garis satu pun boleh.
3.       Simpan semua resit dan rekodkan senarai belanja, setiap hari okeh.
4.       Perhatikan cara berbelanja 2,3 bulan dan potong mana pembelanjaan yang tak berkenaan.
5.       Akses balik pemotongan dan penjimatan yang korang dapat.
6.       Aplikasi-kan sebulan ke sebulan dan ubah mana yang korang rasa lagi jimat tersangat.
7.       Akhir sekali, jangan putus asa. Aja-aja fighting!.

Seterusnya, untuk lagi ummpphhh:

1         Bayar bil/ hutang balik tepat pada waktu.
2         Masak di rumah dengan lebih kerap. Bersih, jimat dan terbaik!.
3         Rajinkan diri untuk buat air sendiri daripada beli di luar.
4         Pakai talian kredit telefon, top-up.
5         Cuba untuk tidak membeli kenderaan, tapi rumah mungkin.
6         Jalan kaki, berbasikal, guna perkhidmatan awam ke tempat kerja/belajar.
7         Batalkan keahlian kad yang tak de untungnya, lagi lagi yang ada kenakan bayaran tahunan.
8         Pastikan ada kad diskaun dan tebus mata pasaraya besar, contohnya The Store.
9         Gunakan tunai daripada kad kredit, banyak baik daripada buruknya.
10     Buat senarai sebelum berbelanja, even korang ke 7eleven sekalipun.
11     Barang basah di pasar malam/ pagi lebih murah daripada pasaraya besar.
12     Tanya diri sendiri: Adakah aku memang memang memerlukan sangat benda alah ni?.
13     Pergi berbelanja dalam keadaan nak cepat, ala kelam dalam terkawal.
14     Berhati-hati dengan tarikh tamat tempoh, tolong bukak mata besor-besor.
15     Beli satu percuma satu, ni yang paling aku paling suka.
16     Beli baju/ hadiah masa jualan murah, aku suka gak.
17     Cek semula 10,11 kali bila beli barang mahal.
18     Jauhi laluan rak makanan ringan untuk lebih sempurna.
19     Jauhi ‘vending machine’, bagi signal 100km laluan berbahaya.
20     Amalkan minum air mineral daripada air warna warni. Plus, sihat!.
21     Bawa botol air sendirik.
22     Minum air sebelum makan dan makan perlahan-lahan, cepat kenyang dan lambat lapar.
23     Lapar? Cuba buat sesuatu yang memerlukan tumpuan penuh dah menyeronokkan.
24     Suka makan buah? Berbelanja bila musimnya. Pastinya amat murah.
25     Gila baca novel? Dari beli, baik pinjam buku. Ahaks!
26     Malu nak pinjam? Gi perpustakaan, atau beli secondhand punya.
27     Rancang awal untuk setiap percutian.
28     Amalkan sikap kitar semula, boleh jana duit juga.
29     Jaga jarak daripada high-roller friends, pengaruh kuat nih.
30     Belajar untuk bercakap ‘T.I.D.A.K / N.O !!!’

Selamat berjaya!

Popular posts from this blog

Cara buat Pengekalan Nama / Retention of Name

ME: Example of resign letter/ Contoh surat berhenti kerja

Solat subuh tiga rakaat