End of 2023
Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan berkongsi kisah hidup dari sisi empunya pemilik ini. Sekarang baru terasa auranya, tetapi tidak tahu sampai bila bertahan. Hendak menaip dan menceritakan sedikit sebanyak jalan hidup ini bukan satu kerja yang mudah. Kadang ia mencurah banjir dan laju sahaja ketak-ketuk papan kekunci. Tak sedar, dan lapan belas baris... Tapi kadang angin sepoi-sepoi bahasa datang, idea lambat sampai dan hendak dapatkan sepatah dua pun susah okay. Masuk hari ini sudah bulan dua belas, hujung tahun 2023. Macam mana tahun 2023 ini bagi kamu semua? Ada baikkan atau sebaliknya? Ada perubahan atau masih sama? Adakah azam 2023 perlu dipanjangkan ke tahun 2024? Bagaimana itu boleh terjadi, mungkin bulan terakhir ini masih ada cahaya untuk pencapaian yang lebih baik? Itu adalah soalan untuk kamu semua daripadaku yang jauh disini. Kita mungkin kawan, kita mungkin asingan, kita m