Ayah.
Assalamualaikum. Ini adalah surat buat ayahku. Ayah, Aku lahir sebagai anak perempuanmu, bukan anak lelakimu. Aku menjadi anak yang ditengah-tengah, punyai abang dan kakak yang seiring membesar. Aku tahu aku bukanlah anak kesayanganmu, tetap yang sekali-sekala engkau sorot pandang. Aku juga hanya anak biasa, tidak manja dan sangat takut ingin meminta-minta. Dan ini adalah tetap aku, anakmu. Ayah, Aku tidak ingat pada baju yang engkau belikan hanya untukku pada waktu kecil. Pasti ada walaupun sehelai, aku yakin itu. Atau aku selamanya berkongsi sahaja. Kadang detik, engkau membawa sesuatu untuk anak-anakmu. Tapi, anakmu ramai ayah. Aku tetap makan tanpa memilih, aku makan semua. Air "vintagen", sejarah tanda engkau tinggalkan masih ada di peti sejuk buat cucu sekalian. Ayah, Aku dididik untuk masih senang bangun pagi dan akan mengambil sarapan tanpa putus. Aku diajar untuk menepati masa dan tidak membiarkan sesiapa menunggu. Dulu, aku selalu lebih awal daripada penjaga se