Boyfriend kau, pakwe kau-Idiot.
Assalamualaikum. Setiap hari ada aja kes pasal remaja lari rumah ikut BF (boyfriend, pakwe), lahir anak luar nikah, pembuangan bayi macam buang anak patung dan lain-lain. Tapi, aku kerut dahi bila diorang sanggup letak 101% kepercayaan pada BF-seseorang lelaki yang mungkin kenal 3,4 bulan atau tahun sahaja. Kenapa kau tak letak kepercayaan tu pada Allah-atas takdir jodoh kau nanti atau pada mak ayah yang dari dulu sampai sekarang bersama kau. Kenapa? Kenapa kau sanggup titiskan air mata bila BF ko mintak putus? Kenapa tak kau titiskan air mata kerana kegagalan kau menjadi hamba Allah yang yang terbaik. Kenapa kau tak titiskan air mata atas kesalahan kau meyinggung perasaan mak ayah. Kenapa kerana lelaki itu kau snggup titiskan air mata yang berharga itu! - ‘Idiot.’ Apa lelaki tuh buat sampai dia mampu memiliki kepercayaan kau? Ada BF kau bancuhkan susu masa kau terjaga dan merengek di awal pagi? Ada BF kau bazirkan duit untuk beli pampers kau yang mahal ya amat