Posts

Showing posts with the label berdikari di negeri orang

Translate

Tip buat yang pertama kali datang ke Kuala Lumpur.

Image
Assalamualaikum, *Bacaan ni seseuai untuk para pelancong dan korang yang macam rusa masuk kampong bila datang Kuala Lumpur. Bajet ‘cool’ la nak bagi tip and advice ni semua even tak sampai setahun pun dok sini. Hahahhahah, mari gelak beramai-ramai. Tapi perlu ke itu semua bila pengalaman lebih mengajar kita untuk tabah berdikari. Choi! Ayat… Pertama: Kenalan yang ada. -Adik beradik, sedara jauh, or kawan-kawan yang dipercayai. Ia diketegorikan sebagai jalan yang sedikit senang kerana bila kita datang tempat orang, dan dijemput dengan tangan terbuka. Lagi indah bila dia jenis sempoi dan selamba ya-ya versi kumpulan OAG masa zaman kemuncaknya. Oh yeah… Mesti tak boleh tidaklah bahawa, diorang akan jadi mentor untuk korang. Korang dengar jek la bulat-bulat dia cakap even 30% mungkin ada sikit ayat berlagak pandai… kahkahkah. Sabor jek la. Tapi untuk yang alone,  jangan takut dan jangan segan. Kita negara bebas… mungkin hotel or homestay or rumah tumpangan boleh dijadikan pilihan.