Search This Blog

Friday, September 15, 2017

MBP2018: Heart

Assalamualaikum.

As this is my blog a.k.a my diari harian.
Tak salah rasanya bila i want tulis some what my heart worries about.
Kepada satu perkara dalam hidup ini.
Which I'm afraid of.
Daripada hari ke hari...

My big project 2018 #onmywaytomecca adalah the only of my dream ever.
Ever and forever.
As always, ajal maut di tangan Allah.
Dia adalah sebaik- baik perancang.
Insyaallah, and Alhamdulillah untuk kesempatan yang diberi.

But,
Bagaimana if that day arrived, I can't be the one in that team?
I can't make it?
How?
Not about me,
About them...


In this case, if something happen. Can you help me... bagitau my parents.
Just go, go without me.
On behalf. Please chase my dream.

Touch that Kaabah. Felt that air.
And pray for me.
But don't cry over me.

And i love each one of you.
This is my heart talking.

Mengarut lebih dah pulak.
= )

Thursday, September 14, 2017

Pelarian.

Assalamualaikum.

Sebenarnya dah lama tak tengok news kat TV.
Kalau dulu masa sekolah pukul lapan malam hari-hari wajib duduk teman ayah, mak.
Make the family time together dengan adik beradik lain.
Tapi itu dulu...
Sekarang tak sanggup nak tengok,
Macam-macam yang terjadi.
Banyak bad things daripada good.

Kan?

Part paling yang membawa hati bagai di sagat-sagat apabila tengok mereka yang pegang title pelarian.
Pelarian di negara sendiri.
MasyaAllah.
Pastu rata-rata adalah menindas negara Islam.
Menyalahkan mereka sebagai komunis atas segala-galanya.
Namun siapakah pengganas sebenarnya?

Palestine, Syria, dan sekarang hak asisi manusia, ethik Rohingya dipertikai.
Even mereka nih memang daripada dulu dihalau oleh ketua negara sendiri.
Tapi tak adalah seteruk sekarang.
Melampau dah sekarang.
Masuk bab Islam pulak lagi.

Dilabel sebagai pendatang asing sebab masuk sebelum merdeka dan mengancam keselamatan negara katanya.
Releven tak releven pun tak tahulah.
Kalau nak kekalkan warta hanya untuk anak jati...
Sekarang nih ramai orang mixed dah kot.

Negara mana jer yang still 100% penduduknya memang semua asal negara masing-masing?
Nil rasanya.
Korea utara, i donno.
Sebab sekarang orang boleh travel.
Fall in love dan married suka sama suka.
Etnik dan kewarga negaraan adalah nilai patriotik setiap individu.


Rohingya. Kalau dulu ramai negara Islam nak tolong mereka masuk negara masing-masing.
Jadikan sebagai penduduk tetap.
Tapi sekarang, sebabkan pelarian yang makin teruk. Mereka pon tak tahan. Makin ramai imigrate.
Ramai negara sudah tidak mahu menerima mereka.
Menyekat.
Sebab ada certain perangai boleh tahan kasar.

Yelah nak back up own right.
Jika kita kat tempat mereka pon sama jugak.
Nak jugak anak , laki, bini, jiran tetangga dan saudara mara join sama.
Stay sama-sama.
Keep safe and support each other after apa yang menimpa diri.
Trauma lagi.

One day, ada masa itu oncall.
Kengkawan ajak makan kedai 'telur goyang'.
Ada satu brader nih vokalis kumpulan sahabat kata my friend.
Nyanyi lagu, Selamat malam Rohingya.
Rasa tengok telur kuning dengan telur putih.
Bayangkan mereka kat atas kapal atas laut.
Bergoyang-goyang dilawan ombak.
Macam manalah...

Kesian sebenarnya.
Tapi hanya boleh doakan the best untuk mereka daripada jauh.
Kuatlah iman kamu semua untuk menepuh hari yang belum tahu hujung ceritanya.
Bertahan tapi sampai bila?
Allahuakhbar!

Tuesday, September 12, 2017

My holiday in one post

Assalamualaikum.

Mula-mula cerita pasal my adik punya conference.
Event kat Maeps Serdang. Our homestay kat Putrajaya.
Siap dia conference,check out, and tinggalkan my car kat hospital.
Nak dapat parking free.
Hehhehe...

And terus gerak ke Kedah.
Jem banyak sebelum masuk Tol Sungai Dua.
Pergh rasa nak buat lompat bintang kat luar kereta jap.
Tak tahan.
Apa hari selasa pon nak jem gak ker...

Sampai malam.
Esoknya semua demam, batuk-batuk.
Jalan area Kem Lapangan Terbang Sungai Petani jer.
Naik basikal pergi park and tengok helicopter buat praktikal harian diorang.
Kata anak buah Apiz, rumah sana ada monster.
So, Ultraman datang dengan helicopter datang nak selamatkan dunia.
Imagination budak, boleh kalah tauuu...

Next day, pergi Museum Beras,
Lencong ke Perlis. Padang Besar.
Pergi lah terjah semua sudut kat Perlis tuh.
Sampai malamnya.
Pukul 1100 baru sampai kem balik.

Tengok burung nih. Bagi makan. Rasa macam my angsa tapi versi besar 10 tahun.
Dia punya manja, oh my.
Rindu la pulak.
In my view, malam Raya tuh, kebanyakan mereka boleh stay duduk-duduk luar macam esok tak Raya. Ehhhh...
No kalau kat Johor, engkau dah napa gila dok lepak lagi?
Rendang dah siap?
Serunding dah gaul?
Mak punya sambal kacang kena masak balik tuh, tak ikut ISO mak.
Haip.
Kelentang kelentung.

Dengarnya diorang just masak mee sup, tak ada lodeh, ayam masak merah ke apa.
Betul la tuh sebab kakak ipar pon masak camtu lah.
Huhuhuuu...
I missed my Johor.
Tapi my emak tetap masak gak, dia punya kuah kacang.
Love you la mak.

Pagi Raya, Raya rumah kawan. Mak Cik Emy.
Kiss Baby Nana jap.
And say goodbye kat Kedah.

Say hello kat Penang.
Lalu-lalu sampai tak larat.
Dan out.
Balik KL. Sampai malam.
Nak gih dinner area pukul 0900 malam tuh rasa macam semua tulang nak tertanggal dah.
Semua nak rest.
Bebudak layan cartoon.
Pastu tidur lambat.
Haip.

Esoknya oncall.
Ambil kereta, sebab kunci on hand dapat malam tadi.
Ada orang hantar.
Mekasih la yer.
And pergi call department cakap masuk lambat sebab nak uruskan my family.

Ajak diorang makan kat Taman Tasik Ttitiwangsa.
Balik tuh, gi ambil my barang half kereta soh bawak balik Johor.
And hantar pergi kerja.
Suruh diorang gih rumah kakak ipar punya parents untuk lunch.
Diorang segan without me.
Kang tak buat oncall mau meraung kena sound setepek by my leader.

Just called the aunty, cakap my family dah balik Johor.
Kena marah. Hadoiiii...
My fault kah?
Tau-tau diorang pon ke marah gak.
Padan muka.

Anyway, selamat Hari Raya.
Sorry lambat post.
Postponed lama bebenor.
Cerita dah basi kan.

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...