THE AUTHOR

My photo

Assalamualaikum and hello, o awesome readers!

I guess I'm pretty cool person. I likes be positive, helping others, writing and exploring.  Also a fan of happy ending. Even life is too serious as it is. This blog i called as my second heart. Everything with Allah blessing, i'll share those awesome moments in my life. Overall i think is a lot about my family. 'Cause i love them....LOL.

Thanks for all your support! It means a lot. Anyway, welcome to my life.

Showing posts with label takut apa. Show all posts
Showing posts with label takut apa. Show all posts

Tuesday, May 21, 2013

Lawak Seram Kepialu: Kisah Jenazah yang Ku-tersentuh.


Assalamualaikum.

Morning! Aku suka dengar cerita or story yang berunsur lawak sampai mengalir air mata. Then, masa itu sedang kitaorang lepak-lepak depan TV tengok drama Melayu… ada bab pengambaran di kawasan kubur. So, kawan aku start cerita la kisah dia masa praktikal uruskan orang yang dah mati.

Jeng-jeng-jeng…
One day, kisahnya hari itu ada la orang meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Sedang kawan aku tengah tarik tali bagi menggelakkan menguruskan si mati… habisnya dia tolak mentah-mentah sebab fobia melampau. Takut sangat!

Lepas kawan kepada kawan aku siap buat semuanya dia pun cakap la: ‘Kata orang-orang tua… kalau kita tak uruskan mayat itu, malam nanti dia kan carik kita tau. Sentuh sikit pun jadik la.’
Yang kawan aku ni dalam dok caya tak percaya pun pergilah gak setapak ke setapak kat tempat mayat yang sudah berbalut tu. Antara rela dan paksa, dia selak sikit langsir yang ada dan cepat-cepat sentuh kaki si jenazah tu. Sambil muka toleh tempat lain-tangan saja menghulur. Bengong.
Kawan aku cakap: lepas aku sentuh, aku terus lari laju-laju ke belakang. Takuuutttt!!!

Kitaorang pun tambah la… agak-agak time kau tengah hulur tangan (sambil mata tengok tempat lain)—tetiba ada tangan sejuk sambut tangan kau. Agak-agak mesti kau jerit terkinja-kinja macam orang gila dalam wad tu kan? Hahahha….
Then, rupa-rupanya mak cik Cleaner bagi ice yang dalam sarung tangan buatan tu. Kahkahkah…. Cuak tak???

Sedang dok gelakkan kawan aku, tetiba langsir kat sliding door terangakat tinggi (angin kuat)…
Jeng-jeng-jeng… Tetiba rasa seram sejuk pulak.

Kawan aku yang tadi pun cakap: Hati-hati ada yang memeghatiii..hahahha. (kak Propa punyer ayat).
Choooiii!!!.

Tuesday, May 08, 2012

The Summer Bird Cage: Apa yang kau takutkan?

Baiklah, macam mana perjalanan hari minggu korang? Dok rumah tengok TV aja (cam aku la) atau korang gi mengukur jalan raya kat Malaysia ni. Maklumlah, rakyat yang prihatin untuk melancong dalam negeri dan mengetahui ada tak mana-mana jalan baru yang dibina. Selain jalan-jalan, aktiviti yang tak boleh ‘missed’ adalah bab makan-makan. Memang syiok!

Baru-baru ni, aku der baca satu artikel ni (yelah membacakan amalan mulia): ianya mengenai perkara-perkara ketakutan bagi seorang lelaki dan perempuan. Herm…sangat mengujakan dan menarik untuk dikongsi bersama. Bagaimana pulak dengan korang, apa yang paling korang takut sekali?

Tak cukup gagah macam The Rock, tak cukup ‘handsome’ macam Zac Efron , tak cukup gelap macam Will Smith, tak cukup kaya macam Donald Trump, tak cukup kurus macam Ziana Zain, tak cukup manis macam Preity Zinta, atau tak cukup tinggi macam Amber Chia.

Lelaki:
        I.            Berambut botak
      II.            Mati pucuk
    III.            Perut buncit
    IV.            Kehilangan orang tersayang
      V.            Lamaran ditolak
    VI.            Tiada kerja
  VII.            Gaji lebih kecil daripada pasangan
VIII.            Dipersendakan wanita
    IX.            Bakat diperkecil-kecilkan
      X.            Disamakan dengan lelaki lain
    XI.            Dimalukan di khayalak ramai

Perempuan:
        I.            Kulit muka berkedut
      II.            Lambat berkahwin
    III.            Kelihatan lebih tua
    IV.            Diceraikan
      V.            Jerawat
    VI.            Menjadi lebih gemuk
  VII.            Dimadukan
VIII.            Menopous
    IX.            Tidak mampu lahirkan zuriat
      X.            Tiada teman lelaki

Paper pun yang korang tak cukup dan paling ditakuti, semuanya bergantung bagaimana tahap kesyukuran korang dengan takdir-Nya. Jangan terlalu mengejar kesempurnaan yang mungkin kelak akan membinasakan diri sendirik.

Tak yah dak eh mek segala Botox semua tu. One more rakyat malaysia suka gak mek suntikan vitamin C. (suka hati korang la). Daripada korang suntik sana sini bek makan buah orange sebijik. Original++no pain.

*be yourself!