THE AUTHOR

My photo

Assalamualaikum and hello, o awesome readers!

I guess I'm pretty cool person. I likes be positive, helping others, writing and exploring.  Also a fan of happy ending. Even life is too serious as it is. This blog i called as my second heart. Everything with Allah blessing, i'll share those awesome moments in my life. Overall i think is a lot about my family. 'Cause i love them....LOL.

Thanks for all your support! It means a lot. Anyway, welcome to my life.

Showing posts with label salam ucapamn raya 2013. Show all posts
Showing posts with label salam ucapamn raya 2013. Show all posts

Wednesday, July 31, 2013

Raya, raya… Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum dan salam 22 Ramadhan.

Uhui, tinggal lagi beberapa hari lagi nak raya. Wuhuu!! Ok, obviously nampak cam bebudak Ribena even aku dah masuk 23 tahun. Walaupun gitu, aku tetap menantikan sesiapa yang sudi bagi wet raya. Meh hulur sekeping dua! Thetheee…

“I tak kahwin lagi tau…
Cuma I dah kerja jer…
10 sen boleh?”

Aku bukan kedekut cuma berjimat. Hehheh… tak de la, aku just bajet sorang 10 henggit. Cukuplah tu kan. Kang kalau terlebih, aku gak yang papa pas raya. Cool tak cool, belakang kira. Janji iklas, ingat tu anak-anak, IKHLAS… bukan untuk riak! Hahhahah… Siapa makan ayam dia akan terasa KFCnya. Merepek tak sudah.

Hah, sampul tak ada lagi! ganer tu? Hurmmm, tapi nanti aku carik dalam laci. Rasanya cam tahun lepas ada banyak lebih. Boleh digunakan… yer dak? Korang bukan tengok kecantikan sampul tapi ketebalan duit, nagku jek la.

Dan korang tahu tak yang semalam, orang atas bahagian tempat aku, buat roll call isu pasal balik raya (off day). Aku memula dah cuak, takut kena tarik balik cuti seminggu tu… boleh menangis berlagu pop yeh-yeh aku nanti. Tergadai tiket, tergadai harapan… Aku diam jek macam kena pulau time tu. Tapi… sebenarnya dia bagi pengecualiaan untuk tahun ini-tahun depan dan depannya tak boleh gaya gini lagi. Katanya la.

So, aku bercadang nanti sabtu ini sampai ahadnya aku balik kampong - nak buat video and tangkap gambo bebanyak as memories. Tak ketinggalan muka si apiz, ziqa, tina and haris! Gila tak sedih tak dapat rasa tu semua. Ingat aku duk kat obersi ke per? Sekangkang kera jek kot KL and Johor! Op kos kalo Johor, suasana lebih meriah time Raya Aidilfitri… Raya Haji, biasa jek.

Raya kali ini aku tak tahu nak imagine camner, mungkin ada scene meleleh air mata (sob, sob, sob) and gumbira tak terkata! Nanti pas raya aku citer ganer sambutannya, OK.

Tapi, macam tahun-tahun lepas untuk persiapan raya… time pagi besok nak raya tu gak wat turret cleaning-kemas rumah, cuci tingkap pakai surat khabar, tukar sarung kusyen, sapu daun kering sampai paya belakang. Sampah… jangan cakap la, bertimbun cam sepoloh tahun tak sentuh. Tapi, seronok! Naper? Sebab wat kerja ramai-ramai. Gurau, ketawa, gedik, terlebih peramah, dan gitulah.

Mak aku biasa akan wat tempeyek-rempeyek dan muruku (wajib). And kalau kuih raya, anak-anak dia akan wat… tart nenas, almond London (aku cadang nanti nak wat almond paris, baru gempak), dan kuih conflakes madu. Tiga kuih tu la versi homemade kat rumah aku. Best kan kitaorang? Hahhaha…. Yang lelain cam kuih kacang, kuih semperit, etc-kekadang terlebih rajin, wat la… terlebih malas, tunjuk!

Menu masakan pulak, mak aku akan wat serunding-kuah kacang-rendang daging. Anak dia just tolong potong bahan-bahan, bawang merah terutamanya sampai terharu kerana diberikan penghormatan sebegitu rupa *menanggis sebab pedih mata. Untuk ayam masak merah dan lodeh, kitaorang wat pagi raya… dah tu, kena bangun awal la yer anak-anak. Dan menu wajib, ketupat! (orang Johor kalo tak tahu wat ketupat- no comment)… ni home made buat sendiri. Ilmu turun-temurun. Choi!

Lastly, pagi raya… pompuan siapkan semua dan lelaki gi sembahyang Raya. Balik tu, makan dulu reramai dan pastu wujudlah suasana air dan mata. Siap semua, gi raya rumah jiran-jiran. Then, kalau balik kampong pun mungkin stay satu dua hari jer. 

Done! Okaylah, paper hal nanti aku cerita lagi di post seterusnya. Tapi sebelum tu aku nak ucapkan selamat hari raya Aidilfit maap zahir dan batin. Untuk semua muslim dan muslimah di Malaysia dan seluruhnya.
Selamat Hari Raya!

Balik kampong, yea-yea…. Balik kampong…



(Aku suka).