THE AUTHOR

My photo

Assalamualaikum and hello, o awesome readers!

I guess I'm pretty cool person. I likes be positive, helping others, writing and exploring.  Also a fan of happy ending. Even life is too serious as it is. This blog i called as my second heart. Everything with Allah blessing, i'll share those awesome moments in my life. Overall i think is a lot about my family. 'Cause i love them....LOL.

Thanks for all your support! It means a lot. Anyway, welcome to my life.

Showing posts with label penyakit kencing manis di malaysia. Show all posts
Showing posts with label penyakit kencing manis di malaysia. Show all posts

Wednesday, January 23, 2013

DIABETIC: Kenapa kena potong kaki?

Assalamualaikum.

Daripada pendedahan/ perbincangan terhadap penyakit kencing manis (diabetes mellitus).
Aku telah menerima banyak feedback tentang tajuk ini.
Aku suka…
Kerana daripada sini, aku tahu yang rakyat Malaysia sangat care tentang bab ini.Bagus la tu kan…  Aku dapat gak link untuk ‘kenapa orang kencing manis, berkait rapat dengan memotong kaki?.
OK.
Dengan semangat jiwa raga yang berkobar-kobar… aku ingin meneyelesaikan masalah tersebut (menurut pandangan akau la)… dan itulah tajuk entry untuk kali ini.
Sila baca-sila baca-sila baca-sila baca, jika berminat.


Swap… ianya sangat mudah untuk di jelaskan…
Berbalik semula pada segi sains perubatan, kencing manis adalah ketidak normalan/ masalah dalam penghasilan insulin (daripada pankrease). Stop sini:

Let’s say yang En. A suka ambil gula lapan senduk sehari... Melampau gila la kan.
Jadi, lama-kelamaan kandungan gula dalam badan adalah sangat tinggi.
Time nih diabetic/ kencing manis dah mai dah.
Risikonya: darah akan menjadi pekat dan likat lagi berat (ayat kampungnya).

Bila ini terjadi, En. A akan mengalami ganguan gula dalam badan daripada keadaan normalnya. So, si pankrease ini pun try harder untuk kembalikan ke-normalan-itu.
Bila tak berhasil… ini akan mengganggu system peredaran darah (circulation system) ke seluruh badan.
Maka, terjadilah: kidney failure stage one… (tahap penapisan yang tersangat kureng baik)… heart atherosclerosis, coronary artery (masalah jantung)… darah tinggi, mata problem… stroke.
Padah gila gula!

So, dengan permasalahan yang dialami oleh En. A…
System sarafnya (nerves system) juga mengalami benda yang sama.
Sampai keadaannya dah tak dapat dikawal, saraf boleh mati dan menyebabkan kaki terasa kebas (tiada tunas rasa), dan kaki menjadi hitam (Gangrene, peripheral vascular atherosclerosis).

Macam pokok yang akarnya (saraf utama) telah dipotong, pokok itu akan layu dan mati.
Fakta itu sendiri: istilah sains menyebut potong kaki dikenali sebagai amputation (nice to know).

Kenapa kita kena potong kaki tersebut? Kalau tak buang tak boleh ker?
Actually: jika kita tak potong… benda ini akan spread dan merosakkan saraf-saraf yang baik terpelihara berdekatan situ. Then, untuk menghalang keadaan itu terjadi dan menjadi lebih terok seluruh badan… kenalah buang mana yang dah tak elok itu kan.

Bila bab ini, aku teringat teka teki semut.

*Semut memang makan gula (tak taulah if korang pernah nampak semut makan rumput join lembu), dia hitam (gangrene tahap kronik)… tapi dia tak pulak de kena potong kaki. Ramai-ramai masuk hospital sebab stroke satu badan. Tak dengor lagi kan… Kenapa?
*Siapa pengkaji semut sila jawab soalan hamba ini.

Swap balik tajuk asal… sebenarnya, kita bukan hanya fokus kepada bahagian kaki sahaja… tangan pun boleh jadi gak. 
Tetapi sebenarnya adalah ke-ko-fokus-an utama adalah untuk mengelakkan luka/ sebarang kecederaan pada mana-mana bahagian badan.
Ini kerana teramatlah sukar nak kawal gula (I knew it Malaysia!)… andai ter-jadinya luka, walaupun sekecik lalat… proses baik pulih tisu kulit adalah amat lambat.
So, take care of your own kaki OK (terutamanya).

Seperti yang di ura-urakan dalam iklan Tv: Lebihkan manis dalam senyuman dan kurangkan manis dalam makanan. Ader paham?

Sweet thing will make you smile, but it’ll kill you inside also. Think again.

P/s—Esok, Cik Ziqa dan family datang KL!!!! Tak sabor nak jumpa cik Ziqa yang comel tu. Aku nak makan, nak main permainan Alia, nak ketawa, nak baca buku, nak tidur sama-sama dengan dia. Missed her so much.

Thursday, December 13, 2012

Penyakit kencing manis di Malaysia.

Assalamualaikum.

Hait. Apa kabor kalian semua?
Baiklah, let's face the fact yang 2.6 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis/ Diabetes Mellitus. Big amount tuh-means yang perkara ini sangat la serious untuk di ambil tahu. Okeh, mungkin bukan untuk diri sendirik tapi may be for your lovely father and mother, wife/hubby tersayang, anak-anak in future, or untuk kominiti sekitar kita. Biasa la "penyakit orang kaya-darah tinggi, kencing manis dan jantung".



Then, bila dah kena mula la cakap ianya buatan orang>> jumpa bomoh saner, situ, sini. Lastly, rugi RM 12.4 juta... Tapi, sebenarnya salah sendirik. So, maner silapnya? For sure, takkan dah kena baru nak cari cure!. Another option, try makan produk-produk kesihatan yang di jual kat pasaran (ntah betul yer dak jek). Between, mencegah itu lebih baik daripada merawat. Cara terbaik adalah lakukan perubahan dalam hidup korang mulai saat ini. Kurangkan pengambilan gula, kurangkan, kurangkan, kurangkan please...

Important note: Sugar is not a bad guy. Kerana gula actually adalah sumber utama terhasilnya tenaga dalam badan. May be, we can called--sugar is a naughty guy!
Banyak sebab kenapa korang boleh dapat penyakit kencing manis. Antaranya melalui Pola pemakanan, cara hidup, genetik, ketahanan badan, etc... Boleh la tanya pada Doktor yang berkenaan okeh. Aku pun bukan pakar dalam hal nih, because i'am not a doctor. OK.

Antara simptom-simptomnya pula adalah:

  1. Haus yang terlampau-lampau. Sikit-sikit nak minum. Kalau minum plain water, itu acceptable lah. It became more worsen bila korang minum air tin berkabonat. Fuh, itu namanya menyahut seruan kubur.
  2. Berat badan menurun. Sila cek berat badan anda sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Perempuan anti betul nak cek-cek berat badan nih. Aku tau, kita sama. Jiwa kacau nanti. 
  3. Penat, cepat letih. Buat kerja sikit, peluh bukan main. Tapi, keluar peluh itu bagus apa. It's sign bila peluh sejuk yang keluar. Hah, tahap gula rendah la tuh. Please, make an appointment with your doctor. 
  4. Penglihatan kabur. Saraf mata ini kecik ajer, paper hal senang rosak. Then, cecepat jumpa pakar mata. Letak eyedrop bagi pupil dilated and check up inside of your eyes. Once a year sekurang-kurangnya okeh.
  5. Gatal-gatal. Most yang orang selalu ambil ringan. 
  6. Ada kudis, luka yang lambat sembuh. That's why ada penyakit kencing manis yang kena potong kaki bagai. Coz luka diorang lambat sembuh dan bila lambat, bakteria mula la wat kilang percuma dan meluaskan empayar Rome mereka.
  7. Otot lemah. Another sign yang orang selalu tak ambil peduli gak. "Biasalah, atuk dah tua cu".
  8. Kebas. Kebas terjadi bila tunas saraf kita tidak berfungsi dengan baik/ dah mati. So, ini adalah simptom yang worsen sekali.
  9. Kerap kencing terutama di waktu malam. Gompol itu lain cikit yek. Ini, juga lain.

For the best action, aku sempat grab this great book @ Danga Mall Books Fair. Everything in one--all the meaningful advises, superb knowledgeable, other patient experience and the best of the best, their diabetic recipes. For sure, aku still trying hard untuk khatamkan buku nih. 


Mekasih pada sumber-sumber yang membantu:
Wikipedia
Klinik Cybermedik
Dia buat dah