Search This Blog

Showing posts with label berdikari di negeri orang. Show all posts
Showing posts with label berdikari di negeri orang. Show all posts

Saturday, September 07, 2013

Tip buat yang pertama kali datang ke Kuala Lumpur.

Assalamualaikum,
*Bacaan ni seseuai untuk para pelancong dan korang yang macam rusa masuk kampong bila datang Kuala Lumpur. Bajet ‘cool’ la nak bagi tip and advice ni semua even tak sampai setahun pun dok sini. Hahahhahah, mari gelak beramai-ramai. Tapi perlu ke itu semua bila pengalaman lebih mengajar kita untuk tabah berdikari. Choi! Ayat…

Pertama: Kenalan yang ada.
-Adik beradik, sedara jauh, or kawan-kawan yang dipercayai. Ia diketegorikan sebagai jalan yang sedikit senang kerana bila kita datang tempat orang, dan dijemput dengan tangan terbuka. Lagi indah bila dia jenis sempoi dan selamba ya-ya versi kumpulan OAG masa zaman kemuncaknya. Oh yeah… Mesti tak boleh tidaklah bahawa, diorang akan jadi mentor untuk korang. Korang dengar jek la bulat-bulat dia cakap even 30% mungkin ada sikit ayat berlagak pandai… kahkahkah. Sabor jek la. Tapi untuk yang alone,  jangan takut dan jangan segan. Kita negara bebas… mungkin hotel or homestay or rumah tumpangan boleh dijadikan pilihan. Tepuk duit poket dan tanya hati. Bagi aku biarlah ikut kemampuan dan keselesaan. Hah, beware dengan system keselamatan dan kecekapan kat situ.

oh-yeah, mungkin ini sesuai di cakapkan kepada mentor kamu. 
Kedua: Kertas cabuk tapi penting.
-Sebelum keluar rumah/hotel, pastikan korang simpan nombor phone emergency polis dan ahli keluarga tersayang. Ianya hendaklah sentiasa berada di dalam phone and tulis sekali kat sehelai kertas. Kenapa kertas even dah ada dalam Iphone, Ipad dan Samsung keluaran terbaru! Kenapa? Kenapa? Kenapa? (sila ulang sampai 800 kali). Senang jek jawapannya… Malang tak berbau, korang kena tapau and ditinggalkan kat satu pekan yang asing,  pastu semua gajet terhilang ker… So, kertas cabuk tu la yang boleh tolong korang. Nak tak nak, simpanlah dan selitlah kat poket belakang. Please, saat-saat emergency semua orang tak pikir kau tu OKB (orang kaya baru) Kampong Dusun.

jangan jadi malas!
Ketiga: Barang-barang berharga milik siapa ini.
-Bag tangan. Punca utama korang kena rompak. Percayalah. Nak tips lebih… Cer tengok aku, sempoi lagi rugged sumbat handphone dan wallet dan kunci rumah dalam poket kiri kanan. Pastu jalan lenggang kangkong sambil buat tarian tango! Tapi, sedikit sensitip akan aura si penyeluk saku. That’s why aku tengah carik seluar yang ada zip yang ada mangga sekali. Korang pernah jumpa tak? Ti contact-contact aku OK. Dan sob, sob, sob… baru-baru ini aku hilang (salah sendiri) kad Touch and Go. Bajet cool lepas touch kat LRT sensor selit kat kocek, then maybe masa buat bayaran… terjatuh. Oh-ho… aku baru top up Rm 50.00… sedih-sedih la gak kan, tapi apa boleh buat. Tak ada rezeki.

Keempat: Duit dalam tangan or bank.
-Aku bukan nak cakap yang aku ni mata duitan la kan.. tapi hakikat. No money, no talk… okay. Cuba hang pikir kalau nak gerak, kira berapa banyak tol kat Kuala Lumpur ni. Kalau dah sehari kena lalu dua kali, mahu rabak gak kat hujung bulan. Bab makan luar lagi. Tu belom financial budget nak campur tolak bahagi dengan nak hulur situ, hulur sini. Ahaks! Ikut aku… paling jimat, guna motor. Tol, confirm-nya tak payah bayo. Boleh cilok dan isi minyak just lima henggit sahaja. Senyum sampai telinga la yer dak. Jangan jeles. Hurmmm… Tak ada moto/ keta/ kata lainnya, tak ada apa-apa? Don’t worry dan jangan gelabah, public transport berlambak. Nak selesa? Kita ada taxi. Mahal? Oh, bus ada. Nak lagi adventure… KTM@Train, LRT, Monorail sedia berkhidmat. Kalau nak lagi jimat, jalan kaki pun kira halal. Sanggup tak sanggup jek la kan.

Kelima: Peta untuk kemudahan awam.
-Hei, bersambung lagi… missal-lah kalau one day kena gi obersi pun, korang wajib beli satu peta untuk Negara tersebut. Am I right? Jangan dok superb pandai la kan. Even kita boleh guna GPS, internet semua tapi bila battery dah kiok… Peta berapa henggit tu la yang di carik-carik. So in case nanti, bila kena tercampak benua sudut mana-mana, korang dah dapat imagine-kan keadaannya serba sedikit. Stop, jangan puji lebih-lebih coz aku tahu idea aku sangat bernas. Choi, padahal budak tadika pun tahulah! Hahahha… sajer bikin gempak. Another yang aku nak kongsi bila sebut pasal public transport adalah benda di bawah ini. *Aku suka simpan peta ini untuk kesenangan bersama. Ianya sangat penting dan kebabom senang. Tara!

peta yang sedia 1000x lebih baik daripada peta aku lukis masa buat research penempatan untuk subjek Kajian Tempatan.
Keenam: Kelajuan untuk berlari.
-Ini aku perlukan untuk bab mengejar KTM, LRT masa nak pergi kerja awal pagi dan balik kerja lewat petang. Kesan sampingannya adalah tak perlu exercise tambahan kerana korang akan berpeluh berlari, pastu berhimpit lagi dalam train macam tin sardine yang nak meletup, versi buat ‘spa steam in train’. Perisa tambahan? Bau yang…. (fill in the blank, ikut suka). Sebab itu, setinggi-tinggi penghargaan buat my purple Reebook sport shoes! I love you.

Ketujuh: Jakun yang mesti dikawal.
-Tahap kejakunan sampai level sepuluh pun, ianya mestilah dikawal. Gane? Senang jek. First, tengok sekilas. Pastu buat muka bosan (macam dah selalu tengok padahal teruja gila), pastu lihat jam tangan sambil mengganggukkan kepala bajet cam ada masa nak tunggu. Then, pandang la benda tu sepuas hati. Hebat tak? Hehheheh…. Aku la orangnya yang berperangai sebegini. Mengaku tanpa rasa malu, apatah lagi segan.

lelagi bila ada lelaki bawak keta beso gaya gini sambil melemparkan senyuman mautnya. Rasa terlempar ke lapisan syurga dunia. Melampau gila.
Kelapan: Peramah tak kena tempat.
-Ni untuk jenis yang pot-pet 24 jam. Kalau tak bercakap, rasa berdebar debar dan susah hati… so, kita labelkan sebagai peramah terlampau. Biasanya kalau kat kampong, mak cik-mak cik la. Tapi, untuk anak muda lagi dara… bahaya berada di hadapan. Jangan cakap yang korang ni ‘first time datang Kolumpo dan tak tahu jalan’. Huish, ini mengakibatkan anda di dalam zone 360 pengawasan jembalang tanah. Satu tip, masa pot-pet pot-pet tu gak, mata kenalah melilau. Peka terhadap alam sekeliling.

Kesembilan: Berseronok, seronok jugak. Malam kena beringat.
-Jangan ingat hantu rambut panjang dan muka hodoh tu jek melilau waktu malam, ni zaman 2013. Hantu sekarang rambut cutting cantik, handsome, menggoda dan tenungan yang mencairkan para pemuda pemudi. Sekali dia jeling, terbaring kat bilik tanpa pakaian. Nau’zubillah! Di jaukanlah. So, paling selamat adalah keluar bila perlu, beramai-ramai dan dengan orang yang di percayai. But… sekarang ni kegiatan jahat dah tak kenal siang malam. O.M.G! Berhati-hati.

ni muka pun tak boleh percaya OK!
Kesepuluh: Terdesak bertanya soalan.
-If korang memang spesis dingin beku dan tak nak amik nasihat seperti di atas dan lebih rela tanya pendapat orang ramai. Aku sarankan, cari dulu sampai dapat dan bila terdesak baru utarakan soalan. Why? Kerana aku akan beranggapan sedikit negative… bukan semua orang baik macam aku. Remember? Hahhaha. Dan jangan ever and ever berani tanya dekat lelaki (bagi yang perempuan cantik) yang pakai baju biasa-biasa. Lebih afdal, tanya petugas yang pakai baju uniform dan di tempat terbuka. Tonasi suara kena tegas dan bermaruah. Heheheh, biar dia tak de niat nak ngurat or ambil kesempatan. Cayok! Dan kalau orang tanya korang… jawab apa yang tahu dan pastu blah.

better this way.
Okaylah, sepuluh tip yang sangat berguna, best dan cool habis! Kata-kata terakhir, selamat beramal and welcome to Kuala Lumpur!

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...