Friday, January 18, 2013

Cara membuat Kek Batik paling ringkas.


Assalamualaikum.

Semalam petang, sebenarnya aku suka bab masak-mask nih. Kalau ‘menjadi’, aku lagi suka sangat… atapi kalau tak jadi: aku masuk bilik dan terus tidur. Chooiii. So, aku berkesempatan untuk membuat Kek Batik (sebenarnya ini adalah pertama kali mencubanya). Angin boo-boo mana ntah membelai jiwa hingga mencipta jiwa ini berkobar-kobar untuk, “Ya, I can do it!”. Jadi, ikutkan nafsu memanglah nak makan kek segala…so, mari kita try and error.

Dulu masa belajor kat kolej,ada gak kengkawan buat—tapi, tolong TENGOK jek la…. Rugi, tak mintak resepi! Kakak aku pun ada buat gak buat, tapi aku tolong MAKAN aja… sekarang, aku kena berusaha sendirik. Op kos aku yakin, aku mampu…
*aku dah set, kalau tak jadik aku hidangkan je kat kucing bertompok bekas rumah jiran sebelah yang selalu menyendeng nak mintak makan tuh. You deserve for something better than whiskies, cat… dua tanduk tajam sudah muncul.

Then, aku pun mulalah men-skodeng cabinet yang ada untuk mencari bahan-bahan untuk membuat kek Batik. Dan wallah! Dengan lafaz Bismillah aku pun mula la ketang-ketung-ketang-ketekung kat dapur. Dalam tak sampai 15 minit, here I show you all.


Hah, amacam…??? Ada gaya Chef SS (syok sendiri) tak?

Tapi, banyak benda la aku nak komen…(pantang larang buat kek batik) ini:
1-kena guna api yang kecil… kalau tak hangus…hanget…rentung!
2-mentega/butter… mana-mana boleh di guna pakai.
3-kalau korang jenis tak kuat manis, jangan letak gula dan susu berlebihan.
4-kacau selalu… biar sebati sejiwa semua bahannya.
5-bila nak masukkan biskut Marie dalam kuali, pastikan bekas kaca dah ready untuk bahagian mampatan. Kalau tak jadilah kelam kabut macam aku.
6-kenapa kau guna bekas kaca? Coz ianya memang sesuai dalam proses mapat-memapat ini dengan senduk kayu tuh. Loyang? Boleh kot…
7-bahagian atas aku tuh, keras gila… macam milo cracker kot…fail! Seb baik dalamnya lembut macam kek span. Bravo-bravo…
8-ada yang guna telur… tapi, aku tak letak coz aku tak suka letak la…(apa function dia ek?) aku takut kek aku jadi scrumble egg Marie jek nanti.
9-aku tak letak dalam peti ais, tapi dalam suhu bilik aja. Aku tak suka nanti makan rasa “melekit!”.

So, gitulah tingkah bayangan serta sedikit nasihat aku dalam membuat kek Batik. Aku bukan pro mana… jadi, aku rasa ini yang pertama dan terakhir aku buat. Sebab? Aku jenis orang yang suka makan jek.
Sekian, terima kasih!
*Poor you cat, tak jadi nak bagi kau makan. Kucing mana boleh makan manis, nanti kena diabetic. Potong kaki…Siapa nak jawab kat anak bini dia?

P/s- Alia Qistina dapat adik lelaki semalam-Adam Haris Muhammad Ibrahim. Panggil Adam/ Haris… Tahniah-tahniah-tahniah!