THE AUTHOR

My photo

Assalamualaikum and hello, o awesome readers!

I guess I'm pretty cool person. I likes be positive, helping others, writing and exploring.  Also a fan of happy ending. Even life is too serious as it is. This blog i called as my second heart. Everything with Allah blessing, i'll share those awesome moments in my life. Overall i think is a lot about my family. 'Cause i love them....LOL.

Thanks for all your support! It means a lot. Anyway, welcome to my life.

Monday, May 28, 2012

Potongan ayat Al-Quran--Amalkan.

Surah Al-Furqan (surah 25, ayat74):

74) Dan orang yang berdoa, "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kmi pemimpin bagi orang yang bertakwa."

75) Mereka itu akan di beri balasan dengan tempat tertinggi (dalam syurga) atas kesabaran meeka dan di sana mereka akan disambut dengan penghormatan dan doa kesejahteraan.


Surah Al-Ahqaf (surah 46, ayat 15):

15) Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah  (pula). Tempoh mengandung sampai menceraikan susunya ialah selama tiga puluh bulan, sehingga dia (anak itu) telah dewasa dan umurnya mencapai empat puluh tahun, dia berdoa:
"Ya Tuhanku, berilah petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada orang tuaku dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebajikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang muslim."
Mereka itulah orang yang Kami terima amal baiknya yang mereka kerjakan dan (orang) yang Kami maafkan kesalahan-kesalahannya, (mereka akan menjadi) penghuni-penghuni syurga. Itu adalah janji yang benar yang telah dijanjikan kepada mereka.

*Amin.

Plus a bonus that i found.
Nice ayah, picture to share with you all.

(2) Saima Ayub | via Facebook

Petunjuk daripada Allah: Buat aku menginsafi diri.

Assalamualaikum,

6:15 am-Hujan renyai-renyai manja membuatkan suasana begitu nyaman dan bila Barney-me and my teddy (alarm ring), aku tekan snooze! Perasaan malas (hasutan syaitan) sungguh kuat mengikat dan membuai diri agar terus diulit mimpi di hari minggu ini (tak kerja la kata, kan). Nak gi exercise pun sebeban malasnya.

6:24 am-Alarm ring again, turn off (selamat pagi). Terus bangkit dari tidur, dan gi bilik air untuk basuh muka, berus gigi dan ambil wuduk.

Masuk aja bilik, TV yang tengah on dari malam tadi (pembaziran yang melampau) tayang pulak 'tip -specialist steak'. Apa tunggu-layan jap la (tangguh solat lagi).:

  1. daging yang terbaik terhasil daripada umur sewaktu di sembelih, makanan hariannya, cara pemotongan dan peyimpanan, serta cara penyediaan masakan sebelum di hidangkan.
  2. plus, lembu yang makan rumput (adalah lebih murah) berbanding makan bijirin (lebih mahal) kerana perbezaaan lemak yang banyak serta lembut bila di panggang.

Huh, bila iklan je (turn off TV) dan terus bentang sejadah dan pakai telekung (buat solat Subuh). Habis solatnya, dengan lafaz Bismillah-tandaan pemandangan biru laut--Al-Quran terjemahan al-hidayah--. Alhamdulillah, Al-Waqiah, habis satu surah.

Tiba-tiba, mata tartacap pada buku 'Amalan Sepanjang Hayat' (yang pernah aku bagitau dulu). Terpana cahaya Subuh (atau aku masih bermimpi di alam fantasi misi si Wonderland).

Terus aku capai pen , highlight dan pensil serta helain demi helain bab Al-Quran aku telek (masih bertelekung), Semua surah dan potongan ayat yang ditekankan untuk dibaca lebih sedikit telah aku tandai penuh makna.
Amalan pagi dan petang (aku tanda warna pink di tepi atas sekali), malam (hijau di tepi bawah sekali) dan sebelum tidur aku tanda garis 1/2 pink di antara helaian.

Terasa lengkap, Al-Quran itu aku bawa ke dada dan ku titipkan di hati agar sentiasa mengamalkannya. Sepanjang hayat di kandung badan. Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmatiku selamanya.. Amin.

Because I know, I can't stay long because Allah itu Maha Kuasa. 

Sunday, May 27, 2012

chunky loaded with bigger bite to SHARE !

Assalamualaikum,

10420371_326735140842604_741292749239422232_n.jpg (480×458)

Because i know, all you need to do is...
pray.
Merry go round your life is. 
Just pray.
Allah is the Greatest listener.

Do not trusting me?
Let's see this picture below,
may it help us.


♥

Thursday, May 24, 2012

Rahsia bibir menawan: VASALINE, Intensive care

Assalamualaikum,
Berita lama, berita lama >> sila ambil perhatian! (cerita empat tahun dulu). Aku baru terjumpa benda alah ini (2008) dan menarik bangat untuk dikongsi bersama. Serta bikin heboh sama para ibu dan bapak di kampung, ya.

Oh, ya. Semua orang sememangnya mahukan bibir yang menawan, lembap dan menggoda. Tapi, kita selalunya terlalu bergantung kepada lipstik/ gincu di pasaran. Tapi, untuk aku yang sukakan natural beauty (susah la, kan) aku nak bibir yang sentiasa lembap, dan gojes setiap hari dimana jua.

Jadi, amalan ini mungkin membantu:

Oleskan vaseline-intensive care setiap kali sebelum tidur. Yeah.

"100% pure petroleum jelly is good for your baby and you".
Direction: apply to relieve skin discomfort, use as a lip moisturizer or to softenroughspots on skin.
Ingredients: petrolatum
Min net weight: 50 g
Made in : Thailand

*in the list, please.

Tuesday, May 22, 2012

Dunia Photographer: Harjeet Kaur

Harjeet Kaur once said:

"If art knows no boundaries, does is extended to photography? When photographer take a compelling picture- because of what they choose to focus on and the way in which they do so- they capture our imagination and give us new insight into the world we live in."

Saturday, May 19, 2012

Kasut sekolah: Plastica de Kasutte.


No point and nothing to said!. Just this picture can shows the art in my mind (pape jek la)..

Wednesday, May 16, 2012

Lawak teka teki yang bisa pecah perut.

Asalamualaikum..

May... Biasanya if I in this mid of month, I will felt so laaaazy and berharap that please somebody help me out of here! Fast!
'Cause between may and june, that my energy needs to refill. And means  I need a break/vacation.

And i need to laugh until meleleh air mata too.
Then, i focusing in lawak teka teki. It's sound silly, but nah... this is free country.

So, here i uploaad lawak superb 50 soalan.
*** so--bagi sesiapa mengakui dia owner of this, i just want to say: feel proud cause i promoted for you, okay! wink-wink-


Soalan 50:  Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan: Penguin
Soalan 49: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.
Soalan 48: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
Jawapan: Stokin tu basah lah....
Soalan 47: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
Jawapan: Telur
Soalan 46: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
Jawapan: Kuih Donut
Soalan 45: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)
Soalan 44: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
Jawapan: Pengail yang dapat ikan.
Soalan 43: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?
Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!
Soalan 43: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?
Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.
Soalan 42: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?
Jawapan: Spedometer bas lah...
Soalan 41: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
Soalan 40: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?
Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
Soalan 39: Kenapa mayat dibungkus kain putih?
Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!!
Soalan 38: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?
Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.
Soalan 37: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?
Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.
Soalan 36: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?
Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.
Soalan 35: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.
Soalan 34: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?
Jawapan: Orang naik beca semasa hujan
Soalan 33: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
Jawapan: Tapak kaki kitalah.
Soalan 32: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?
Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.
Soalan 31: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?
Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!
Soalan 30: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya?
Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.
Soalan 29: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?
Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.
Soalan 28: Apakah yang berada diantara langit dan bumi.
Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah "dan"
Soalan 27:Apakah benda bertali  yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?
Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.
Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah itu?
Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.
Soalan 25:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?
Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.
Soalan 24: Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.
Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada....
Soalan 23: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
Jawapan: Buang tebiat
Soalan 22: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.
Jawapan: Batang hidung engkaulah!
Soalan 21: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu? 
Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
Soalan 20: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?
Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan
Soalan 19: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
Jawapan: Bahrain - bah tu banjir, 'rain' tu hujan...
Soalan 18: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
Jawapan: Pemandunya lah yang mati...... kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar....mati lah orang tu, kan-kan?
Soalan 17: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?
Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.
Soalan 16: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
Jawapan: Pisang Goreng
Soalan 15: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?
Jawapan: Kutu ler...Sebab memang dok kat kepala orang!
Soalan 14: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?
Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.
Soalan 13: Apakah haiwan yang berkaki 3?
Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.
Soalan 12: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?
Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.
Soalan 11: Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?
Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.
Soalan 10: Haiwan apakah yang paling tidak sopan?
Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.
Soalan 09: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?
Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!
Soalan 08: Seorang lelaki memakai pakaian  serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?
Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!
Soalan 07: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?
Jawapan: Anak mancis daaa.
Soalan 06: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?
Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam  kapal... ha...ha...ha..
Soalan 05: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?
Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM
Soalan 04: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?
Jawapan: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.
Soalan 03: Binatang apakah yang paling kaya didunia?
Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang)
Soalan 02: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?
Jawapan: Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah perkataan Jawa.
Soalan 01: Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati... 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang... 3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan.
Jawapan: Mereka akan kata. 1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun. 2- Astagh firullah hal azim. 3- Alhamdulillah.


-------------------------------------------------------------

Tuesday, May 15, 2012

++++++ Mari dengar ini cerita

Pada suatu hari, terdapat seekor kura-kura yang sangat cantik. Namanya ialah si Kura Yang Cantik. Ramai yang tertarik pada si Kura ini, termasuklah VVIP bagi kerabat di raja Goldfish. Namun jauh di semak kegelapan sana, terdapat si serigala yang jahat. Namanya si Gala yang Jahat. Macam-macam serangan edisi ke-lapan yang dilakukan oleh si Gala untuk menjatuhkan maruah dan kehodoh-an si Kura. Semuanya tidak berhasil. Kerana kepanasan serta dendam yang kesumat, Si Gala pun memasang hajat untuk mengintai si Kura setiap hari. Kononnya mahu mengetahui apakah rahsia kekuasaan abadi musuh tradisinya itu.

Nak dijadikan cerita, ternampak si Gala bahawa si Kura pergi menyelam ke dasar sungai yang penuh makluk paling ganas dan liar di alam semester. Dalam dok intai, tiba-tiba terkejut beruk si Gala bila ternampak kemunculan si Kura yang penuh misteri bersama bangkai darah si Jerung. Tanapa perasan kewujudan si Gala, si Kura terus menarik makanannya ke tepian hulu. Lahap sungguh si Kura meratah daging White Shark itu.

Maka dengan kuasa Tuhan- Maka jatuh pengsan serta koma tak sedar selamanya si Gala akan ketidak percayaannya itu terhadap apa yang dilihat. Rahsia si Kura juga masih menjadi misteri!.

Tamat.

...................................................amacam?.......................................................... 

Best tahap Gunung Alps tak cerita kanak-kanak versi The Hulk aku nih?? Satu dalam sejuta la korang tentunya nak jumpa cerita 'limited edition' camni kan. Takper, mungkin lepas sejuta lagi, korang dapat mendengar cerita versi lain pulak yang lebih adventures lagi. Bersesuaian dengan cerita dogeng rakyat lain yang telah di versi moden-kan.

Perkongsian lain yang ingin dikongsi adalah:

  1. Tip paling berguna bagi korang yang mempunyai kereta lima enam buah tu: Isi minyak pada waktu sejuk (kerana minyak lebih tumpat). Contohnya pada waktu malam.
  2. Tip kedua bagi pembeli kasut sedunia: Beli kasut pada waktu tengahari (waktu lunch tu korang vise versa dengan waktu shoppimg kasut la). Kerana kaki lebih mengembang pada waktu camni.
  3. Tip seterusnya untuk yang suka minum air mentah: Chlorine berlebihan adalah tidak baik untuk badan. Boleh membawa kanser (terutamanya bagi air yang tidak dirawat dengan baik).
  4. Tip lagi adalah mengenai kulit ayam: Peminat kipas mati kulit ayam goreng tentunya wajib mengetahuinya. Bahawasanya kulit ayam tidak bagus dan boleh membawa kanser.
Baiklah, itu aja perkongsian pada kali ini. Selamat membaca. Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Tokoh Membaca SE-Malaysia!. Dukung teus..

Sunday, May 13, 2012

The Dr. Oz Show--> must see this!


Assalamualaikum.
Hai, hai, hai semua. Sihat ker dak? Hehheeh... Orait kawan, story mory pada kali ini adalah under health talk. Health talk? Naper? Walaweh, korang jangan buat muka lapan posen yek bila cerita pasal forum perdana terutamanya bab kesihatan. Untuk korang yang spesis pemalas (bahasa kasar) atau beruang kutub (bahasa alimnya) aku tetap nak cerita gak. Apa benda yang bestnya aku nak sharing yek? Op kos la bes sampai menggigit ibu jari kaki pastinya. Euwww.... pengotor!

So, meh rapatkan bahu ke bahu memasing. Sediakan popcorn di sebelah kanan dan air sirap sebelah kiri. Jeng-jeng-jeng...
Inilah dia orangnya...


Kenal tak? Kenal tak?
Aku perkenalkan Mr. Mahmet Cengiz Oz. Just called him, Dr. Oz. Orangnya pandai, talented, very friendly dan master mind. Kipas-susah-mati-sama-dr-oz!!!

Aku suka jengah-jengah web dan show dia. Stalker memanjang la kau yer... Tapi, apa aku kisah kerana banyak tips, petua, ilmu yang korang akan dapat daripadanya.


So, untuk yang buta pasal dunia kesihatan-- nak tambah ilmu lebih? Rajinkanlah diri menjenguk sesaat dua kat laman web pak cik Oz nih.

Berbaloi-baloi-baloi...

OFFERING someone dead!


Assalamualaikum...
Wahai para ahli kubur.

Walaweh, kenapa permulaan blog aku begini ya (sambil muka berkerut). 
Is it 'cause story mory pada kali ini berkisar mengenai 'kegelapan', 'hantu', atau 'malang'. 
Or death note.
'L' in da house.

Hermmm... nothing special. 
If korang nak tahu, i'm not a fan of horror movie. At all.
Take a note please.
But lately, i try watched some of it. And it's not too bad. Yek-yek jer. Even takut sebenarnya. Plus-make sure I had a pillow beside me.
Hehheh...

This horror film is like bad exercise to your heart. Trust me.
So much surprising!
Usually happened when a actor/actress alone, and I like... here we go.
Get ready for super ugly/bloody soul. 
And...
Pelakon time tu pulak cam berlagak hero, memang sound safe la kan. 
Hate that part.

In this runaway movies, kalau nak lagi menambahkan perisa ke-seraman itu, apa kata try wujudkannya dengan mematikan lampu bilik korang dan bukak kipas kuat-kuat. 
Cam seram-seram sejuk.
Choi!

Friday, May 11, 2012

Bervin Cheong: Staying Healthy, Wealthy, And Wise.

Assalamualaikum guys.

So, ini adalah post i took from majalah Calibre (living the good life), RM12.00-keluaran March. and not sure what year its published.
Cannot be denied that this writer memang, memang dan memang superb ohsem!
This article really good.
And i like it sooo much.

Its about how you manage your financial life wisely.
To all gentlemen, check it out. For all ladies, check it in:

1.       Cut out unnecessary medical tests
-All of us are afraid of getting sick but unnecessary medical tests can inflate your bills.
*segala scan, Xray dan ultrasonic yang tak berkenaan cukuplah setahun sekali, jangan wat bulan-bulan pulak. Membazir.

2.       Choose an appropriate health insurance policy
-Consider the costs, benefit and the extent to which your needs are met when choosing insurance.
*jumpalah pakar untuk mengetahui segala kebaikan juga keburukannya dan jangan lupa untuk membandingkan setiap insuran di pasaran.

3.       Get generic drug whenever possible
-If a generic name drug is available, it’s almost always smarter to buy that.
*untuk ini, korang bolehlah berjumpa doktor tetap untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenainya.

4.       Avoid health supplements that aren’t needed
-You don’t need health supplement supplements if you’re eating balanced meals-that means a mix of fruits and veggies, lean meats, legumes and whole grains.
*contohnya, kandungan vitamin C dalam sebijik buah orange berkali-kali ganda daripada pil tambahan yang korang dok makan hari-hari.

5.       Eat healthy for way less
-Shop at your local farmer’s market instead of opting for fancy grocery stores to cut costs.
*kat mana nak dapat yang paling murah lagi banyak pilihan? Jawapannya adalah di setiap pasar pagi atau pasar malam berdekatan rumah korang.

6.       Work out the free way
-You don’t need a gym membership if you’re able to run at a park near your home.
*selain menjimatkan, korang boleh hirup udara segar daripada pokok dan bukan udara aircond, malah boleh juga berjumpa ramai kenalan baru dan lama.

..…. (Silent in typing)……

“As the cost of healthy continues to rise, money is needed more than ever for good health. Here are some simple tips to make smarter financial decisions about where to put your health dollars.”

Tuesday, May 08, 2012

The Summer Bird Cage: Apa yang kau takutkan?

Baiklah, macam mana perjalanan hari minggu korang? Dok rumah tengok TV aja (cam aku la) atau korang gi mengukur jalan raya kat Malaysia ni. Maklumlah, rakyat yang prihatin untuk melancong dalam negeri dan mengetahui ada tak mana-mana jalan baru yang dibina. Selain jalan-jalan, aktiviti yang tak boleh ‘missed’ adalah bab makan-makan. Memang syiok!

Baru-baru ni, aku der baca satu artikel ni (yelah membacakan amalan mulia): ianya mengenai perkara-perkara ketakutan bagi seorang lelaki dan perempuan. Herm…sangat mengujakan dan menarik untuk dikongsi bersama. Bagaimana pulak dengan korang, apa yang paling korang takut sekali?

Tak cukup gagah macam The Rock, tak cukup ‘handsome’ macam Zac Efron , tak cukup gelap macam Will Smith, tak cukup kaya macam Donald Trump, tak cukup kurus macam Ziana Zain, tak cukup manis macam Preity Zinta, atau tak cukup tinggi macam Amber Chia.

Lelaki:
        I.            Berambut botak
      II.            Mati pucuk
    III.            Perut buncit
    IV.            Kehilangan orang tersayang
      V.            Lamaran ditolak
    VI.            Tiada kerja
  VII.            Gaji lebih kecil daripada pasangan
VIII.            Dipersendakan wanita
    IX.            Bakat diperkecil-kecilkan
      X.            Disamakan dengan lelaki lain
    XI.            Dimalukan di khayalak ramai

Perempuan:
        I.            Kulit muka berkedut
      II.            Lambat berkahwin
    III.            Kelihatan lebih tua
    IV.            Diceraikan
      V.            Jerawat
    VI.            Menjadi lebih gemuk
  VII.            Dimadukan
VIII.            Menopous
    IX.            Tidak mampu lahirkan zuriat
      X.            Tiada teman lelaki

Paper pun yang korang tak cukup dan paling ditakuti, semuanya bergantung bagaimana tahap kesyukuran korang dengan takdir-Nya. Jangan terlalu mengejar kesempurnaan yang mungkin kelak akan membinasakan diri sendirik.

Tak yah dak eh mek segala Botox semua tu. One more rakyat malaysia suka gak mek suntikan vitamin C. (suka hati korang la). Daripada korang suntik sana sini bek makan buah orange sebijik. Original++no pain.

*be yourself!

Scary Or Screwy: Tahap Pengganguran Rakyat Malaysia

Antara email yang aku dapat baru-baru ini adalah ada menyatakan bahawa:
‘You are so jingoism even likes jardinière to me only.’
-anda mempunyai semangat kebangsaan walaupun hanya macam pasu bunga  kepada saya sahaja-
<<No comentó. >>

Dalam membaca ‘newspaper’ sambil makan karipap kentang panas bersama air Milo dengan suasana mendung tanda nak hujan pagi-pagi begini memang syok!.
Dan anak siapa yang tak meloncat gembira (rasa macam nak wat penggugguman satu kampong tok bagitau) bahawa korang dapat cuti seminggu ‘straight’, kan. Mesti jeles tahap Gunung Alps la jiran sebelah rumah korang, hahhaha. Dan tak lupa macam-macam dah korang rancang nak buat sepanjang hari tersebut (berjela-jela ‘list’nya).
Pot-pet,pot-pet..

Masuk bab utama, korang rasa hairan tak mengapa masih ada lagi kawan-kawan korang tak kerja sedangkan banyak tawaran kerja kosong kat internet Jobstreet.com, surat khabar Metro, dan tampalan-tampalan di tempat tunggu bus. Pelik bin ajaib kan. Nak salahkan kawan korang, da banyak kali gak (dekat berpuluh gak la) dia pergi temuduga. Tapi, tak dapat kerja lagi. Salah dia yang tak mempunyai aura Ally Iskandar dan muka cam Fasha Sandha atau majikan yang terlalu ‘demand’ meninggi.

Herrmm.. aku pun makan gaji gak, susah nak ‘explain’ lebih-lebih bab nie. Lainlah jiran sebelah rumah aku yang baru jadi Ceo kat syarikat besar baru-baru ni. Kang kalau dia baca ‘entry’ nie, dan aku pun cakap tak der bikin , sah-sah ti sok dia gelak guling-guling sebulan penuh depan rumah aku. Tak nak den. So, ambik langkah selamat: kita hurai sikit-sikit jek la yer.

Banyak sebab mengapa majikan di Malaysia tak terima korang kerja dengan diorang adalah, antaranya:
1.       Korang terlebih perasan
- pohon jawatan yang lebih tinggi daripada kemampuan korang. Lagi-lagi jawatan tu lebih tinggi daripada si penemu duganya. Bikin panas telinga diorang dengarnya. Kang boleh tercetus acara baling pinggan mangkuk lagaknya.
2.       Korang tak serius
-mintak kerja cam mintak pinjam wet dengan kawan korang. Muka dah la takder senyumnya, ayat balas cukup menggugut dan banyak fius rosak. Huh, korang ingat si penemu duga tu tauke besar kongsi gelap ker. Ayat kena jaga, bro.
3.       Korang selekeh
- dengan tak berpakaian kemas, kasut kotor, dan rambut serabai, bikin rimas bagi sesiapa memandang (ntah-ntah diorang ingat korang nak mintak sedakah lagaknya). Kalau muka pun ala kadar, penampilan kena la jaga, ok.
4.       Korang tak yakin
-cakap pun macam berbisik dalam kelambu, tambah dengan banyak ar, er, tak tau jawapannya. Padahal sebelum masuk bilik temu duga kemain yakin seribu. Tapi bila da masuk, tahap keyakinan korang memang jatuh zero dah kena makan nagan T-rex la tu.
5.       Korang cerewet
-mungkin korang diterima tetapi kecerewetan korang tu terlampau amat sehingga apa yang diorang tawarkan korang ada aja bantahannya. Maka, auto dan matiknya korang terkandas di tengah jalan. Merana akhirnya.

Gitu la antara sebab-sebab majikan korang kemukakan mengapa diorang memang tak boleh terima korang bekerja. Jika korang da jadi sesempurna mungkin, dan adalah bukan salah korang maka korang tak der rezeki lagi. Usaha lagi dan doalah banyak-banyak yer.

Semoga tahap penggangguran akan menurun di negara nie. Dan rakyat Malaysia akan dapat kerja semuanya. Amin.