Search This Blog

Thursday, December 20, 2012

Johor: Awas, dengan pak cik nih.

Assalamualaikum.

Hari ini Johor cuti-Hari Hol. Beshnyer... Banyak aku plan special untuk hari ini. Wuhuu... Hopefully, aku dapat buat semua. Anyway, semalam masa aku tengah tunggu bus kat bus stand--aku nampak la memo nih bertampal kat wall. Behalf of the good community environment, aku nak sharing penjenayah yang wanted. See.


So, segala urusan jual beli-pengakun pelik sesangat-be ignore them. Anything business you do-attach it by a resit. Perfect proven (pastikan bukti tu kena betul gak, okeh). 
Be aware!. 

Wednesday, December 19, 2012

DIY-Cara buat rantai leher, Flower.



Okeh, sangat gorgeous untuk di cuba. Memang cantik giler la kan. Korang wajib mencuba membuatnya sendirik. Rantai nih mesti di jadikan accessories tambahan korang mulai sekarang! . Cantik sesangat lah. Mau, mau... Then, dengan idea kreatif tak seberapa--let's satrt dear. So, aku pun sungguh-sungguh try la buat. Guess what, Yeah!!!!

Tengok jejari runcing ni la. I'am done!


Pheewit!

DIY: Satu Sweater, 16 cara memakainya.



Helloo... lepas korang bergaya dengan satu fabric seperti di bawah. Let's try another cara 16 multiple bergaya membunuh dengan hanya satu sweater!.
Wallah.

DIY: 20 cara bergaya hanya dengan satu fabrik.



Another gojes style daripada genius girl. Please, kena try nih.

Tuesday, December 18, 2012

PART ONE: Cerita budak dahulu dan sekarang.

Assalamualaikum.

Direct to the point--sejak dua tiga hari ini, aku tersangat anti sikit ngan bebudak kecik. Memang dah tahap cipan selam lumpur lah. Asal nampak bebudak kecik tepi jalan, aku sanggup tengok jalan berturap hitam yang tak handsome lansung itu daripada pandang spesis muka innocent nih. Pastu, bila stress...  siap post kat Facebook lagi:

"You as a parents, should teach proper manners to children. Do not leave them alone for did something that i can called he/she-sauciness-to be. Someone may said, "bebudak lagi, biasa la". To me, i don't care what ever it is even-though they smile like angle. Behaviors symbolize their real life. Please take a note!."

See? Memang anti tak hengat la aku time tuh. Alhamdulillah sekarang (hari ini), aku dah boleh calm down sikit-sikit. Susah betul nak describe perangai bebudak zaman sekarang nih. Kalau bukan anak orang, dah lama aku campak masuk laut biar di makan dek jerung putih. Geram kot, perangainya Subahanallah! Uncontrolled. Dan parents diorang, boleh pulak buat muka selamba persis badak hitam. "Uit, prihatin la sikit kat anak ko tu weh"--seb bek aku tak fire diorang camtuh. Rilex-rilex-rilex...

Anyway, mungkin diorang nih terlebih gula. Siapa tahu? Yek la, sakit sikit--bawak gi hospital. Telan ubat nih, tak baik...telan ubat yang itu pulak. Makin imun la budak tuh. Sama gak dengan perangai diorang. Mak Ayah tak marah, makin naik kepala la diorang nih. Then, aku nih as outside person boleh ker tetiba nak bagi teguran. Huish, kalau bagi yang acceptable parents--ok lah--vise versa--diorang balas "My son, only we can teach them!". Tak pasal-pasal esok pakai helmet la aku gi kerja.

I still remember, kalau dulu--apa yang kita buat (kesilapan), mak bapak akan bagi double bila balik nanti. Huh, gitulah cara orang dulu mengajar anak-anak. Peringatan! Confirm dah tak mau buat lagi. Serik kot. Tapi sekarang, bukan setakat makin di bela, di belai anak itu... tak pasal-pasal melayang surat cinta daripada mahkamah (saman). Hailoo... bila mau anak itu di terapkan proper manners? Sampai teenager la diorang camtuh.


Those kids today... susah nak paham. Mak bapak diorang lagi susah nak di pahami.

Sunday, December 16, 2012

Maxi Dress: Transforme your lovely maxi dress

Assalamualaikum.

Hai.
So, as my previous post (try click sini).
I bought it and till now never used it.
Hurm... I think, I should do something with this dress.
Join me to see what we can do with this abstract maxi dress.
Yah or Nah...


So basically, these are rough idea i get from this maxi dress,
Seven styles to rock and roll in seven days on going.
To me, if i has an emergency long journey to attend.
These maxi dress quite good.
: )

-1-combining with long cardigan-

-2-cut down the long cardigan with smart belt-

-3-sometimes all we nedd is black shirt to look just simple-

-4-change it to awesome blouse-

-5-added a belt and pastel cardigan, look classy-

-6-why don't just transform the maxi dress become a cardigan?-

-7-can use as scarf, epic!-
Ehem.
; )
So... you know what to do next right.
Heheheh...

Happily trying and just have fun.
Fashion is not bad as you think.
OK.
As long as you comfortable.
Go with it.

Gambar kahwin: Cerita photoshoot perkahwinan Malaysia

Assalamualaikum.

Happy Sunday morning uolls. Yeeehhaaa... i like weekend! Hari ini, tak ada benda yang so special untuk di lakukan coz semalam lepak gila merayap sana sini. Just plans that: i must clean up my room and do packing, hailoo. Well you know me--aku still bermalasan di tilam--ngadap laptop cap Dell sambil surfing internet. Hhuhu... petang sikit ar aku buat eh.

Orait. Seperti biasa, bulan December ramai orang nak dirikan masjid-tak pun bertunang dulu-sambut menantu-sambut cucu sulung. Happy la kan. Aku pun tumpang gumbira gak. Mudah-mudahan everything berjalan dengan smooth and fine.
Main topik aku kali ini adalah berborak pasal bakal pengantin. Acece... aku pun tak kahwin agi, nak sibok-sibok pasal hal orang kahwin ni apsal pulak? Malu, malu.

Aku tak masuk campur la pasal hal dalaman nih kan. Maksud aku di sini adalah aku nak bercerita pasal gambar perkahwinan. The great moments untuk di kenangkan selamanya. Kahwin sekali seumur hidup, bro- so let's make it meaningful, unpredictable and wallah! Then, atas sebab ini--aku just nak sharing one of the best references yang sangat membantu. Harapannya. Let's see the web:


Inilah dia rujukan yang aku cakap tadi. Member ahli: 7, 434. Not bad la kan. So--sebahagian photographer popular ke, tak popular ke, semua berkampung kat sini. Post gambor, mencurah idea, bercerita pasal dunia diorang, berkongsi pendapat, cit chat... Kita as orang luar pun boleh gak tau pasal dunia camera man nih. Top-up ilmu baru. 


Semua ada--rings poses, black and white, creative flash, bride preparation, wedding decor, group photo, high key, pre wedding...


-by Mohd Amin-

Once more. Bukan sahaja dijadikan sebagai reference untuk all photographers tetapi included the lovely groom and bride (ti takder la idea tuh kering-tak tau nak poses camner). Mood kalo idea macam kat padang pasir pun boleh membawa kepada meletusnya pengantin down gila-gila. So, inilah cara nak elakkan korang dan photographer korang ding dong, kacau bilau. Biar ti gambor siap--nampak la seri senyuman ikhlas korang. Fuh, ayat. 

Lastly, congratulations buat sesiapa yang akan/ nak berkahwin. Wish you all always in Allah blessing and happy ever after. Amin.

Saturday, December 15, 2012

Hutan Simpan, Johor Bahru di Jalan Awal Yahya

Assalamualaikum.

Sambung sini... After mood penuh ke-hampaan tak dapat gi kebun bunga--kitaorang pun gerak ke Hutan Simpan Johor, di Jalan Awal Yahya. Hurm.. aku rasa dulu pernah datang sini-tapi, just makan kat area atas tu jek ngan Ibu Yam dan family. Tak tau pulak other side bahagian bawah tuh banyak benda yang menarik. Huhu... jakun memang kena tempat.


Heaven la sangat, jejalan sambil makan aiskrim perisa coklat. Slurppp!! Bes, makan. Aku ternampak la der kolam renang (untuk bebudak okeh). Patut la ramai kanak-kanak ribena kat area sini, siap ngan pelampong bagai. 
First impression, tempat dia memang lawa dan der gak dua, tiga pasangan pengantin yang photoshoot kat sini. Boleh la. Ramai gak yang wat riadah sambil minum petang. Orang tua dan remaja yang berjogging. Sihat-sihat-sihat. 


Lastly, aku terpandang sign board "Rumah Melayu Johor". Ohooo... Aku teruja sangat! Der makan, makan tak? Then menapak sikit, sampai la kat rumah contoh tu. Besor nyer...tapi tak leh masuk ar. Ukiran kayu penuh kemelayuaan dia tuh yang buat aku terpersona at the first sight. Tingkap dia yang kecik kiut miut. Hhehhe... Tapi, i see the aircond (dah maju dah Melayu zaman sekarang). Hhehheh... Never mind.


Penat sesangat, pas jejalan tawaf satu pusingan tempat tuh. Kami gi makan jap. After perut dah kenyang--time to go back home. Asar tak lagi nih.
Bubbye!.

Zoo Johor: Ceritaku pasal binatang di Zoo Johor.

Assalamualaikum.

Hai. Petang tadi dalam area kol 3.00 petang kitaorang dah terpacak kat depan pintu gate di Zoo Johor. Nak buat apa yer? Op kos aku nak buat show case besar-besaran coz dapat jumpa kawan-kawan lama yang dalam kandang tuh. Peh. Baguih tahap cipanzi tak idea aku nih. Hhehhe.. Orait, kitaorang park kereta bertentangan ngan area Zoo (parking di Masjid Abu Bakar). FOC, don't worry!


Seperti yang korang nampak--tiket masuk adalah RM2.00 (bagi dewasa). Uhuks, dah besor dah aku--perangai tu jek yang tak berubah. Hehhe... Malu-malu. OK. First binatang yang aku take a picture is Unta/ Camel. Comel gila kot unta nih, tapi aku tak pasti la dia dok asyik bebenor mengunyah aper (chew gum, may be). Tetiba aku teringin plak nak makan daging unta, raser pe yek... Kejam gila kot aku. Unta tu pun jeling maut kat aku. Cabut!


Then, aku pun jejalan la tengok beruang hitam yang tengah makan semut, tupai yang tertidur sambil pelok dahan pokok, monyet yang bergayut-gayut kesana kemari, ular yang rileks jek, harimau yang tawaf satu kandang, Alex (singa) yang control cool memanjang, buaya yang tersadai menikmati hari petang, kura-kura yang comeh, rusa ala santa clause, flamingo yang dok cuci kaki memasing (coz kaki dia kan lawa)... Macam- macam ragam binatang-binatang nih. Teruja!


Sambil jejalan menjengah-jengah membuat lawatan tak rasmi ke setiap binatang di situ. Ada gak la bebudak sekolah buat program (ramai gila kot)--baju Merah dan half sukarelawan, pakai baju Biru Putih. See?


Orait, dalam area kol 5.00 petang... kitaorang pun gerak ke Taman Bunga Diraja (hadapan Danga Bay). Tapi tutup plak untuk di naik taraf. Pe ke hek!!! Takpela... tak der rezeki. Next time may be.
Ok. Bersambung...

Thursday, December 13, 2012

Penyakit kencing manis di Malaysia.

Assalamualaikum.

Hait. Apa kabor kalian semua?
Baiklah, let's face the fact yang 2.6 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis/ Diabetes Mellitus. Big amount tuh-means yang perkara ini sangat la serious untuk di ambil tahu. Okeh, mungkin bukan untuk diri sendirik tapi may be for your lovely father and mother, wife/hubby tersayang, anak-anak in future, or untuk kominiti sekitar kita. Biasa la "penyakit orang kaya-darah tinggi, kencing manis dan jantung".



Then, bila dah kena mula la cakap ianya buatan orang>> jumpa bomoh saner, situ, sini. Lastly, rugi RM 12.4 juta... Tapi, sebenarnya salah sendirik. So, maner silapnya? For sure, takkan dah kena baru nak cari cure!. Another option, try makan produk-produk kesihatan yang di jual kat pasaran (ntah betul yer dak jek). Between, mencegah itu lebih baik daripada merawat. Cara terbaik adalah lakukan perubahan dalam hidup korang mulai saat ini. Kurangkan pengambilan gula, kurangkan, kurangkan, kurangkan please...

Important note: Sugar is not a bad guy. Kerana gula actually adalah sumber utama terhasilnya tenaga dalam badan. May be, we can called--sugar is a naughty guy!
Banyak sebab kenapa korang boleh dapat penyakit kencing manis. Antaranya melalui Pola pemakanan, cara hidup, genetik, ketahanan badan, etc... Boleh la tanya pada Doktor yang berkenaan okeh. Aku pun bukan pakar dalam hal nih, because i'am not a doctor. OK.

Antara simptom-simptomnya pula adalah:

  1. Haus yang terlampau-lampau. Sikit-sikit nak minum. Kalau minum plain water, itu acceptable lah. It became more worsen bila korang minum air tin berkabonat. Fuh, itu namanya menyahut seruan kubur.
  2. Berat badan menurun. Sila cek berat badan anda sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Perempuan anti betul nak cek-cek berat badan nih. Aku tau, kita sama. Jiwa kacau nanti. 
  3. Penat, cepat letih. Buat kerja sikit, peluh bukan main. Tapi, keluar peluh itu bagus apa. It's sign bila peluh sejuk yang keluar. Hah, tahap gula rendah la tuh. Please, make an appointment with your doctor. 
  4. Penglihatan kabur. Saraf mata ini kecik ajer, paper hal senang rosak. Then, cecepat jumpa pakar mata. Letak eyedrop bagi pupil dilated and check up inside of your eyes. Once a year sekurang-kurangnya okeh.
  5. Gatal-gatal. Most yang orang selalu ambil ringan. 
  6. Ada kudis, luka yang lambat sembuh. That's why ada penyakit kencing manis yang kena potong kaki bagai. Coz luka diorang lambat sembuh dan bila lambat, bakteria mula la wat kilang percuma dan meluaskan empayar Rome mereka.
  7. Otot lemah. Another sign yang orang selalu tak ambil peduli gak. "Biasalah, atuk dah tua cu".
  8. Kebas. Kebas terjadi bila tunas saraf kita tidak berfungsi dengan baik/ dah mati. So, ini adalah simptom yang worsen sekali.
  9. Kerap kencing terutama di waktu malam. Gompol itu lain cikit yek. Ini, juga lain.

For the best action, aku sempat grab this great book @ Danga Mall Books Fair. Everything in one--all the meaningful advises, superb knowledgeable, other patient experience and the best of the best, their diabetic recipes. For sure, aku still trying hard untuk khatamkan buku nih. 


Mekasih pada sumber-sumber yang membantu:
Wikipedia
Klinik Cybermedik
Dia buat dah

Tuesday, December 11, 2012

Cerita kes ragut--Kenapa wanita selalu menjadi mangsa?

Assalamualaikum.

Tadi pagi, masa pas datang kerja--colleague aku gitau yang masa dalam perjalanan balik petang  semalam ada Chinese girl kena ragut di jambatan tempat kitaorang kerja masa nak turun tangga. Beg dia jek la kena ragut. Terjerit-jerit lady tuh soh orang ramai kejor peragut tuh. Seb baik rakyat Malaysia caring terlebih dan ada sorang dua kejor la peragut tuh. The rest, colleague aku tak tahu coz bus dia dah sampai.

RAGUT.
Peh, dengor perkataan tuh jek dah wat aku kecut perut, usus segala. Wallaweh, saper nak dengan rela hati jadi mangsa ragut-ye dak. Orang otak dia mereng sebelah jek yang sudi terima job camtuh.  Masa kena ragut, ada yang melawan-ada yang blur kejap-ada yang jatuh dan cedera. Dan paling menakutkan, ada yang koma tiga empat hari kat hospital dan paling parah, meninggal dunia. MasyaAllah!

Wohooo... si peragut moden sekarang nih bukan lagi cam yang dulu-dulu. Mereka nih, kadang-kadang muka jek baik, handsome, smart, jaga penampilan tapi dalam diam- peragut misteri! So, jangan leka sangat main handset SMS, MMS, talking-talking sambil berjalan. Beware sikit keadaan sekeliling. Walaupun kita di tempat awam, perhentian taxi, perhentian bus atau kedai makan mamak. Peragut ada di mana-mana. Ingat tu bek-baik.

Beg tangan wanita/ handbag --benda paling disukai peragut. Why? coz dalam dia der banyak benda berharga.  Op kos beg tangan barang paling "hot" coz selain ada wallet, kad bank, alat solek, buku, air mineral-wanita suka letak barang berharga lain gak. Hanya para wanita sahaja memahami jiwa wanita. Itulah orang perempuan kalau nak tahu. Kalau boleh kami nih nak jek jadikan almari baju kat rumah tuh sebagai handbag/ beg tangan kesukaan kami. Tapi, besor sangat la pulak (jiwa kacau).


Wanita--suka tayang handbag Gucci, Chanel, Prada--pegang/ letak/ sangkut jek kat tangan ala mak Datin nak gi Majlis makan malam dengan Tan Sri. Weeehaaa... Si peragut pun buat gaya ala nak cepat mcam Cinderella kena paksa balik sebelom kol 12 malam. Hhahah... Jap gi--Tolong! Tolong! Peragut amek bek Chanel keluaran terbaru saya! Saper mau jawab. Gaya ke mana, beg ke mana, Tan Sri ke mana dan awak pun ke mana. Lastly, awak dan beg awak juga jang berpisah talak tiga.

So, as a conclusion:
Ikut ajer gaya aku. No handbag (wallet pakai yang segi empat jaring-jaring), masuk duit dan kad or anything dalam tuh dan masuk kocek. Here I come dengan jalan gaya ala catwalk lepas dapat anugerah Grammy Awards. Peragut pun tak tau nak ragut kat maner--semua dalam kocek siap berzip lagi. Aman hidup aku!

Peace no war! No peragut!

Bila Malware serang blog aku.

Assalamualaikum,

Huhuhu... dah dua hari (semalam dan hari ini) aku tak dapat nak bukak blog. Why? Op kos kerana Atok Notification melepek kat screen lappy nih. "Maware Ahead!"-gila ah. Apsal tetiba lak diorang cakap aku penternak virus yang berjaya. So, aku takkan nak take risk to my own computer. Nehi! Then, bila tak dapat nak update blog-aku pun raser bengang ar. So, tekatkan matlamat-let's fighting!. Siapa kuat dia menang, let's the best man win. Aku nak ajak ko perang lari balapan tujuh pusingan la Atok Virus Malware. Huh.

Then, aku pun jengah la gak Pak Cik Google (mintak tolong) "cara nak buang malware di blog".
Aku pun masuk blog Qaseh Hafiza, Puan Bee, Fatisya Pinky, Diy Shop, Osman Yusoef,... masuk Webmaster Stool-cek, dan diorang cakap aku takder malware virus-clear! 
Tapi, tetap atok tua tuh still melebarkan sayap notification: Malware di lappy. Sampai satu tahap aku geram gila. Apa aku nak wat nih!

Ya Allah, tolong aku. Then tetiba aku terpandang la "Advanced". 

Bila aku tekan click, barulah aku paham bahawa NuffnangX is suspicious! Then, aku masuk Layout dalam blog. Dan aku delate/ hapuskan terus jejak HTML/Java script untuk NuffnangX. Keputusannya--I'am proud to my self. Selesai!. Wohoo....Kau rupanya penternak virus kecil-kecilan. 

Then, blog aku berjalan warna warni seperti biasa. 
Alhamdulillah. Syukur!.

Sunday, December 09, 2012

Bengong: Lelaki melancap depan public.

Actually, this incident "memalukan" happens masa minggu lepas-aku datang kerja seperti biasa la. Then, patient pun masuk cam biasa. Prepare diorang untuk cataract operation cam biasa gak. Nothing happen lagi time tuh. Greet all uncle and aunt yang datang. Then, aku gi belakang jap (toilet time). Private zone.

Bila aku dah bereh, gi kat counter depan dan Miss E nih suh aku tengok mamat baju biru yang siap helmet lagi. Aku pun tengok jek la gerak geri lelaki tuh. Lelaki tu pun pandang kitaorang, naik motor dia dan blah gitu jek. Hurmm, tak der paper yang menarik pun. Ok, aku tak paham la-explanation please.

My colleague aku time kat depan counter tuh adalah Miss S (indian girl) dan Miss E (Chinese girl). Maka diorang pun start la story kat aku yang cam orang blur sesat jalan kat bumi Malaysia sendirik.

Here we goes,
Mula-mula lelaki tu parking motor kat depan nih (depan bangunan kitaorang). Then, dia buat panggilan/ jawab call. Pastu, dia tengok atas (tingkat atas) dan tengok sini (counter). Next, dia pegang "anu" dia.
What??? Aku dah start nak pengsan dengor. What the h**l lelaki tuh buat kat depan public. Gila apa!
Pastu, dia (Miss E, sambil menggerakkan tangannya keatas dan  kebawah), ok "melancap" la tuh. Then, dia siap duduk kat tembok saner.
Orait, stop. Aku rasa cam nak tembak jek lelaki tadi. Ok, bila dia bangun dan zip seluar... then baru kamu sampai (aku la tu).
Woisshhh... dan what can i say is yang aku si bengong adalah lelaki baju biru yanga ku tengok tadi.

Ok, firstly-Bersyukur (Allah masih sayangkan aku) kerana aku tak tengok perkara yang disgusting + stupid + menjijikkan itu. Second, aku hanya boleh menggelengkan kepala sebanyak lapan kali. Third, aku tak tau nak beri komen apa. Just, what the "good luck" you all can seen that. Hhahah... dan whole day diorang still bercakap pasal kes itu.

Diorang yang non muslim pun tak suka benda tuh semua (daripada pendapat diorang la). Lagilah kita (muslim/ muslimah). Allah lagilah tak suka kalau korang buat benda laknatullah itu. Kalau tak tahan sangat, kahwin la bro. Agak-agak la nak melancap pun jaganlah depan public. Are you nut? Tak mek ubat per pagi tadi?.

Another aunt said, apasal you tak tegur jek dan cakap, Hah-buat apa tu?
Sometimes, speaks more easy than action. Op kos zaman sekrang nih. Ramai stalker psycho kat luar saner. Tegur sikit, sampai lobang cacing diorang kejor ko. Huisshh.. dijauhkanlah ya Allah.

When a man sees a naked women, he becomes dumbstruck,
When a women sees a naked man, she usually burst out laughing!

A special word untuk lelaki itu-Bengong!.

Reebok: Akhirnya, aku dapat jugak kau!

Assalamualaikum.
Happy! Excited! Speechless!
Please, aku rasa macam nak naik roket ker planet Marikh jap and say to all resident alien over there yang aku da dapat kasut Reebok!
Reebok okeh, korang ader?
Lantak la diorang paham ker tak. Huahuahua... Pastu aku berjalan + berlari balik ke bumi dengan gaya penuh karisma. Peh, two thumbs up untuk diri aku sendiri.

Alright, falshback:
Cik Jima is the one who wants to buy a sport shoes actually. So, we'all try usha Al-Ikhsan... some khabar angin said-this outlet is more cheaper... Then, after a few round kami out-cause the display not too much untuk membuat pilihan.

Pakat go to Jusco Tebrau, Johor. Dan here the magical bermula dengan indah. Sale saner, sale sini, sale situ. Oh My Geeeeeezzzzz. Aku nak save duit la--Huhuhu...
Dan, ada banyak gak la kedai kasut. Tiga, empat deret lot kedai gitu. Kitaorang masuk ke kedai Royal Sporting House. : )

Try saner, try sini. So finally--cik Jima satu.... dan aku satu (we all picked Reebok), cik Ziqa satu (Nike girl) dan ayah satu.
And pastu we'all give a big smile to our brother Ayyub to paid for it!
I love you, bro.

 See... aku mek Premier Zigfly SE Zignano (running type-purple colour), here there are:


Why i choose running type? 'cause you can use it for exercise and walking (means jejalan).... Walaupun nampak out fashion (not in list korang), tapi--apa ku kesah!. Abaikan, abaikan. Janji hati aku senang dan burgembira hendaknya.
Peace!. Tido sambil tersenyum la aku malam ni. 

Lastly--Oh, Alhamdulillah Ya Allah. Murahkanlah rezeki abangku, Amin. 

Ada apa dengan hari ini / hari Ahad?

Assalamualaikum.
Oh, bulan December (musim sejuk / salji di sesetengah negara la)-Cik ziqa memberi poses how cold it is. Salute! Tak sangka dia boleh wat muka kiut miut camtuh. Peace.

Go back to our real topics-Hari ini, Aku, cik Jima dan cik Ziqa (sekali lagi) telah pergi ke kenduri kahwin di rumah my BFF (cik Liha). Ala yang dulu aku pernah gi kenduri majlis pertunangnya. Uhuit, aku juga dapat jemputan khas daripada tuan rumah (emak dia la). So, aku gi la-orang dah jemput. Op kos aku teruja nak datang, udah lama tak jumpa cik Liha. Nak update gak gossip terbaru kan. Yehaa...


Kitaorang bertiga ke rumahnya dan hallooo makin cantik la cik Liha kita. Pheewitt!! I wore a red colour baju kurung / merah mak ngah gitu. Mane aku jumpa baju nih? Masa tu sempat aku menyelongkar kotak baju-baju lama and aku rasa baju ni still cantik lagi. Maka, aku basuh dan as you all seen. Cantik tak. Hehehhe...


Hehhehe... Bab paling aku suker. Makanan percuma. Makan rojak, nasi putih, bubur kacang perisa durian (coz tak der pun duriannya) dan air cincau. Just talk-talk-talk sambil makan and here i met her fiance. Then about half and hour like that, time to go home. Next time jumpa lagi ye cik Liha. I will miss you. Bubbye.

Saturday, December 08, 2012

Alhamdulillah for Islam

Assalamualaikum,

Alhamdulillah :)

Yeah,
And Alhamdulillah for where i stand now.
Islam still strong in my heart.

But when i think about my life.
Sometime,
I like a cat who afraid in facing a water.
And waving of water like my future.

What if i fail, and make others down.
Especially my family.
Family are everything to me.

And just hoping Islam give me a light.
it's all i need now.
I know it.

Uncle, tolong jangan puji aku lebih-lebih!

Assalamualaikum.

Senyum, senyum jek, senyum memanjang (biasa la kalau ada orang puji kita cantik-kita senyum-ucap mekasih). Senyum lagi. Heheeh... Woish, ti orang ingat aku dah mereng ker senyum sesorang. " Mental problem budak nih," Uit, uit...

Bukan per, relative pesakit cakap: "Amoi, you cantik la. You ni cina ker? Cina masuk Islam ea?"
"Eh, tak la. Saya pure malay la uncle."--ada aura pelangi sikit sikit dah.
"Tapi you putih la amoi. Itu family ada cina ker?"
"Tak tau la, mungkin ada kot."--hehehe...

*Dalam hati tertanya-tanya, uncle nak belanja saya makan ker-puji lelebih nih. Hehheh... dim sum satu!

See? Aku nak senyum lagi.
Jangan tanya kenapa. Dalam hati dah penuh bunga-bunga lily. rose, daisy... Hurmmm...
Senyum.

*Ilutrasi*

Friday, December 07, 2012

DIY (do it yourself): Daripada biasa ke gaya mewah

Assalamualaikum.

Good nite olls. Hurm... Korang tengah watper memalam ginih-- Lepak-ing, facebook-ing, blog-ing, twitter-ing or what? Op kos, malam masih muda (ayat orang sekarang). Nak masuk tidur pun tak raser ngantuk lagi, kan. So aku rerajin la nak update blog bagi menghilangkan boring petala ke lapan. Rasernyer cam akhir-akhir nih aku rajin sangat wrote kat blog, an. Hurmm... no comment (aura rajin datang). Ti aku tak tulis kang, korang tertunggu-tunggu pulak (ada ker?). Malu ah.

Anyway, let's talk sesuatu yang tak membosankan. Apa yer? Makanan? Barang kemas? Kawan? Pengalaman? Hurmmm... Hah, fashion! Sound quite interesting, right. Ok, aku baru teringat-ada laman web yang baru aku jumpa bersoal tentang DIY (do it by yourself). Sangat menarik selain yang pernah aku postkan sebelom nih. ---Wobisobi, bergaya tanpa keluar duit.

So, inilah dia:




Banyak sangat DIY yang dia tunjuk. Sangat-sangat teruja untuk di cuba. So, adalah benda nak di buat bila boring-boring kan. Yeeehhaaaa!!!.

Balik ke tajuk asal, sebagai seorang muslimah (menutup aurat) dalam berfashion amatlah dititik beratkan. No baju ketat-ketat, no baju pendek-pendek, no itu no ini. Walaupun looks so susah-tapi ianya kalau korang pandai mix and match-no matter it is, you can handle it.

Biarlah kita cantik di dunia dan cantik di akhirat kelak. Baru fair and square. Ye dak. Hakhakhak... Oklah, aku pun tak pandai nak borak bebanyak pasal dunia fashionita nih. Yelah, baju aku maner der jenama Channel, Gucci, Prada, Armani tuh semua-lainlah korang. Saperlah hamba ini (ceewah).

Ok, Nite olls!. Jangan luper baca al-Fatihah, surah tiga kul dan doa sebelum nak tidur yek...

Nur Fatin Liyana Asri: Kenapa ramai orang jeles kat dia?

Assalamualaikum.


Hai, para pembaca blog. Entry kali ini memang best-pasal sedara kita jugak. Seorang blogger yang memang dah super ummpphh...

Biasalah kalau orang dah popular bak hot cakes nih memang banyak orang jeles kan. Lumrah kehidupan, no comment. Op kos kurniaan Allah-ditambah ngan muka comeh cik Patin nih, lagilah membuak-buak ke ladang gandum tahap kejelesannya tuh. Hurmm..

To me, saper tak jeles kat dia:


  • Ada family yang hampir perfect.
  • Seorang doktor.
  • Cantik dan comeh.
  • Pandai bergaya (muslimah).
  • Friendly.
  • etc...
Hailoo.. Korang jangan gitulah. Biasalah adat-ada orang yang cantik, ada kurang cantik. Ada kaya terlampau, ada kopak terlampau. (sopan tak bahasa aku?) Apa yang nak di taksubkan sangat dengan jeles tuh? Pastu, hack saner, hack sini... stalker memanjang. Orang pun takut nak dekat dengan korang (buang jauh-jauh please). Kita semua sama jer. Hamba Allah-Dia lebih mengetahui mana yang terbaik buat kita.

Mungkin kita rasa "hodoh la aku", "apsal aku tak cantik ek". Ohhooo... Cara kita menonjolkan kecantikan diri bukan hanya pada wajah, ok. Memang silap besor la kalau asyik pikir camtuh (itu namanya bukan dasar pandang ke hadapan tapi dasar pandang ke belakang). Anyway, kecantikan diri boleh di sepsikan dengan pelbagai sudut. Mungkin, mungkin, mungkin, mungkin kita anggap diri kita tak seberapa cantik-tapi ketahuilah kecantikan lahiriah tak menjamin paper berbanding kecantikan kesucian hati dan niat kita sehari-hari (Wuhhuu...ustazah muda in line).

Kelak, muka korang yang berkedut-kedut menahan kejelesan, tapi cik Patin kita rilex jek (siap makan rojak buah lagi). Dah, saper yang rugi? Korang dan family jugak yang merana.


Okeylah, happy reading!

Thursday, December 06, 2012

Short Memory Problem

Assalamualaikum.

Hello there.
My soul stirring and screaming.
Why?

Difficult to say because lately my memory on new things happening quite disturbed. usually when it happens even though just a few minutes ago, but I sometimes can not remember it all. Pity me. Then I'am tried to remember what happened before what am I do it now.

Oh, but i can rewind accident a decade ago. How upset I to through this situation.

When I noticed this matter, I began to ask: "Is it my brain got some problems?", "Do I have obsessive compulsive disorder disease?"--The person who do the work over again. I was the women most likely like this. Then, I try to cultivate a CONFIDENT attitude. Yes, I will be confident in all things.

But, but not every time I has a sunny day.

For example, if I want to go out--I will make sure to switch all electric current, and when I'm sure there're close then I walked out. However, less than 10 seconds I will feel that I did not make it and will go back and check again. Sometimes, I was indeed correct (that i off everything already) but sometimes, I didn't as happened today! My fan is still turning when I get back from work.

As you know my spread job requires to remember a lot of things and procedure. It's sometimes press me to do more better than I can. This is because I don't want to be ordinary people but became a strong extraordinary person among them. I knew i can do it. Then, this condition makes me little depressed.

Hurm...



I should further sharpen my memory from now! I hope I can do it.

Wednesday, December 05, 2012

Bila aku boring.

Assalamualaikum.


Bila aku boring, aku akan tengok awan.
Bila aku boring, aku akan tengok pokok.
Bila aku boring, aku akan kemas bilik.
Bila aku boring, aku akan baca surat khabar.
Bila aku boring, aku akan reka ayat yang terpikir dalam kepala otak.
Bila aku boring, aku akan makan-makan-dan-makan.
Bila aku boring, aku akan tidur sampai pengsan.
Bila aku boring, aku akan usik orang lain.
Bila aku boring, aku akan termenung panjang.
Bila aku boring, aku akan tengok kanan.
Bila aku boring aku akan tengok kiri,
Bila aku boring, aku akan pikir apa pencapaian yang aku dah buat.

Bila aku terlamapu boring, aku akan pikir... daripada aku buat pelik-pelik kat atas nih. Kenapa aku tak ingat Allah, berzikir bebanyak, baca Quran, buat solat sunat, banyakkan amal...
Tapi, kekadang aku hanya berpikir tanpa melakukan apa-apa tindakan kearah-Nya. 

Itulah aku.
Seseorang yang mem-boring-kan.

Tuesday, December 04, 2012

Cepat-cepat-Jualan akhir tahun!

Assalamualaikum.
Ehem, Assalamualaikum.

Yeah... Year end sale  (Y.E.S) sudah mali. I like. So, tentu ianya sesuatu yang sangat heaven kan. Siapa tak suka beli baju cantik, kasut lawa, beg baru. Mungkin orang gila jek say tak nak. Heissshh... gila, gila nih jangan sebut. Syyhhh...

So, di area JB nih. Banyak gak la pasaraya besar untuk korang terjah. Then, on the way nek bus ke tempat aunt aku keja. Aku sempat la tangkap picture nih (Plaza Pelangi, Johor Bahru) :


Pelik jap, apsal siap ada model tiga orang tuh. Okey, aku pun tak kenal. Automatik jadi model tak bergaji la kan. FOC.

Obviously, semua orang dah tau. Y.E.S mesti related sikit dengan jualan akhir dan awal tahun plus sambutan Merry Christmas plus more untuk bebudak nek sekolah. Jadi, discount barangan mereka amatlah murah, murah. 60%, 70%... Habis clearance stock sekali jalan la kan. So, nak berbelanja secara cermat dan berjimat: Inilah masanya!... Cepat, cepat korek tabung buluh masing-masing (aura negatip dah kuar).

Anyway, selamat berbelanja sekalian.

Sunday, December 02, 2012

Married-- my neighbor's wedding

Assalamualaikum.

Happy wedding day.
Op kos bulan December-- selain kanak-kanak Ribena bergumbira dengan school holiday nya, ramai la orang kampung buat majlis kahwin. Sambut menantu la mereka semua. Aha, aku suka gi majlis keramaian camni nih. Sambil makan free menyelam mek tau hal sekeliling sekali.

Orang nak dirikan masjid, aku sokong-sokong-sokong 100%.
So, anak perempuan jiran sebelah nih akad nikah masa jumaat December 1, 2012. (Aku tak dapat hadir atas alasan kerja esoknya). Takper, mak ayah aku dah wakilkan seluruh keluarga kitaorang. Adik, abang, kakak aku pun hadir gak. No probs la kalau aku tak datang kan. I'am not a VVIP person.

Anyway, esoknya (Sabtu) lepas habis kerja terus aku cabut balik kampung naik bus JB ke Kota tinggi  then nek taxi ke rumah. Sampai jek tepat depan rumah pengantin, jam 3.10 petang!. Sempat-Alhamdulillah. And I seen my mum jadi penyambut tetamu di bawah pokok manggar jadian. Heheh... Salam first mak cik sekalian then, makan time!.

Menu utama: Nasi ayam + air sirap
Menu sampingan: Kuih, Kerepek, Rojak dan bubur kacang.
Oleh sebab aku datang lambat, rojak dan bubur dah licin. Bagus. So, aku makan nasi ayam dan kuih... jangan jeles, siap dapat lauk makan besar pengantin lagi. Heaven la kejap kan. Hahahha... Santapan se-kenyang yang boleh. Kemudian baru tengok pengantin. Inilah seri pengantin:
The beautiful lovely bride and handsome groom. 
Faizah Senin dan pasangan.


Here we go, my sist Tira @ pengapit dan pengantin perempuan (sebaya diorang nih). Tema biru la kan... Nice picture.


Lastly, aku bersama cik Jima dan cik Ziqa bergambar dengan pengantin. See? aku tak sempat tukar baju. Blouse? pra formal la kan. Layan... tak der orang comment pun. Kalau diorang comment, aku hemtam balik. Please behave girl. 


As a last word,
I wish them always be blessed by Allah and happily ever after. Amin.

Si Pemakai contact lens/ kanta lekap.

Assalamualaikum.
Apa kabor orang kampung? Baiklah, bertemu lagi kita di rancangan "Oh aku lagi" (okeh, aku dah start merepek meraban).

So, tengok tajuk: Contact lens @ kanta lekap.
Seriously, walaupun aku tak der pengalaman pakai benda alah nih, tapi, it doesn't mean yang aku tersangat anti sama ini benda.
Admit, kawan aku ramai pakai contact lens. Dan it's so scary bila tengok diorang macam nak cucuk mata sendirik! Uishh... kang jadik macam Kassim Selamat. Menangis tak berlagu.


Just, aku nak nasihatkanlah sikit. Waspada sikit bila korang pakai contact lens nih. Keterujaan nak cantik bila mata hazel, biru baby blue la, grey, green esmeralda, warna warni cam pelangi... etc... bajet macam minah salleh celop la. Tapi alih-alih, dapat red ayes FOC dan paling teruk membawa kepada kebutaan! OMG, OMG (oh, my goat)... beware, girls! (uit, man pun kekadang pakai gak tau).

Seperti kita sedia maklum, kanta lekap adalah seperti memasukkan sesutu benda asing ke dalam mata. Oleh itu, ada hadnya bila pakai kanta lekap nih. Bukannya korang boleh pakai 24 jam (take note). Coz, bila kita pakai kanta lekap nih-- mata kita kekurangan oksigen. Just imagine: manusia tanpa oksigen? 24 hours? Aplikasikan kat mata kita (organ yang sensetip). How?

One more thing yang aku nak cakap, jangan lupa tanggalkan contact lens sebelum tidur. Walaupun ngantuk tahap petala ke tujuh pun, please tanggalkan dulu. Mata. Aset yang paling berharga!.

Ok-bagi yang baru nak berjinak ternak dengan kanta lekap, pemilihan saiz, ketahanan, expired date, larutan air, allergy... haruslah di ambil kira. Okeh gegirl/ beboy. Jangan nak kira murah, cantik, gojes jek. Safety first (eyes)!

Jangkitan, dry eyes, kebutaan adalah kesan buruk daripada pemakaian contact lens. So, basuh tangan bersih-bersih sebelum dan selepas pakai, sebelum nak tanggalkan pun basuh tangan juga. Bila der raser tanda-tanda pelik dengan warna, berair, gatal-gatal ker... Cepat-cepat jumpa Doktor Mata!! Ingat, Dr. Mata (them specialist in it). Salah-jika anda berjumpa dengan Dr. Biasa. Kerana mereka hanyalah specialist in general/ medical doctor only. Ok. So, tak payah lah korang jumpa 2,3 doktor ti.

Lastly, pastikan korang der back up. Apanyer? Bagi yang rabun la. Make sure, glassess always in your side. Papehal emergency, senang sikit.

Adious si pemakai contact lens.
*Bak kata orang, biar tak cantik asal sihat.
Tapi-kata aku, biar cantik asal sihat juga!. Hahhaha...lawan tokeh nampak.

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...